Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ci/] | ڤرچيق

Definisi : titik-titik air dll yg berserak-serak ke sana sini (setelah air terhempas ke batu dll), recik, renjis; berpercikan berhamburan, bersemburan, bertaburan ke sana sini (bkn benda cair spt air dll): air hujan dr bumbung rumah mencurah jatuh menimpa batu dan ~; memercik menghambur ke sana sini (utk titik air dll): kereta itu berjalan dgn laju menempuh air menyebabkan air itu ~ ke kaki lima; ombak menghempas ke batu dan air laut ~ ke udara; memerciki menaburkan titik-titik air kpd, merenjisi: baju yg hendak diseterikanya itu dipercikinya dgn air; memercikkan menyebabkan berpercikan (air dll), merenjiskan: seorang lepas seorang ~ air mawar pd kedua-dua pengantin yg sedang bersanding; kain yg dipercikkan dgn air emas kain yg disulam dgn air emas; terpercik 1. kena percik (air dll): tepuk air di dulang ~ muka sendiri juga; 2. memercik, keluar menghambur: air di dlm bekas itu ~ bajunya; percikan 1. sesuatu yg memercik (air dll), renjisan: sudah nampak ~ air dan budak-budak berenang dan menyelam; luka matanya kerana termasuk ~ karat; 2. fikiran (perasaan, sinar, dll) yg tiba-tiba timbul atau memancar: beberapa ~ telah terbit dlm fikirannya; kelihatan ~ cahaya matahari menyuluh langit berpinar-pinar; pemercik alat yg digunakan utk memercik­kan air dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ci/] | ڤرچيق

Definisi : titik-titik air yg berhamburan ke sana ke mari; recik. memercik berhamburan merata-rata (bkn air dll): Apabila kereta lalu, air di jalan itu ~ pd pakaian kami. memerciki memercik pd: Bajunya basah kerana diperciki air. memercikkan menyebabkan sesuatu memercik; merenjiskan (sesuatu): Dia ~ air mawar ke bajunya. terpercik terkena air dll yg memercik: Menepuk air di dulang, ~ ke muka sendiri. percikan 1 sesuatu yg memercik (air dll): ~ air itu membasahi bajunya. 2 ki sesuatu yg dihasilkan dgn berpandukan buah fikiran orang lain: Dikatakan bahawa fikiran-fikiran Al-Maturidi sebenarnya merupakan ~ buah fikiran Abu Hanifah. pemercik alat yg digunakan utk memercikkan air dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
percik
Kata Terbitan : berpercikan, memercik, memerciki, memercikkan, terpercik, percikan,


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
RESTORAN23601/2015ALIA AYAM PERCIKTiadaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201506/07870Lulus12/06/201517/06/201507:05:21
PROMOSI MERDEKA37827/2016BELI SEEKOR AYAM PANGGANG (GOLDEN/PEPPER/PERCIK) HANYA RM19.90Majlis Perbandaran Johor Bahru TengahMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201608/08560Lulus03/08/201605/08/201615:39:21
RESTORAN NASI KUKUS CIK RA16542/2017RESTORAN NASI KUKUS CIK RA AYAM BEREMPAH & AYAM PERCIK (NASI KERABU - NASI LEMAK - NASI BERLAUK) AZURRA KITCHEN NO.01-03, PANGSAPURI RIMBA 2, NO.5 JALAN LENGKUAS 16/19, SEKSYEN 16, 40200 SHAH ALAM, SELANGOR. MBSA/LSP/LS/600-4/1/1490-16Majlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201703/18224Lulus23/03/201724/03/201708:00:53
NIKMATI PROMOSI ISTIMEWA6528/2016DAHULU DIKENALI SEBAGAI VIET-THAI CANTEEN NIKMATI PROMOSI ISTIMEWA DEGAN "LIKE" LAMAN FB KAMI 2HIDANGAN UTAMA (MAIN COURSE) PADA HARGA RM9.90 SHJ. * SAH HINGGA 31/3/16 AYAM PERCIK ALA THAI NASI COP AYAM RANGUP BERSOS KRIM MENTEGA NO.6, BLOCK E, JALMajlis Perbandaran SepangMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201602/07858Lulus15/02/201615/02/201616:09:29

Kembali ke atas