Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri] | ڤري

Definisi : 1. hal, keadaan, sifat: diwartakannya kpd wazir-wazirnya ~ kebesaran negeri Melaka; terdengarlah ke Singapura ~ baik paras puteri itu; ~ kebinatangan sifat-sifat yg terdapat pd binatang; ~ kehidupan keada­an kehidupan; ~ kesopanan sifat sopan; 2. cara (mengerjakan sesuatu dll), laku: akibat perbuatan suaminya itu jugalah ia terlantar demikian ~; betapa ~(nya) bagaimana cara­nya (halnya); ~ yg layak bagi manusia per­buatan yg layak bagi manusia; 3. bagaimana, betapa: kita hendaklah sentiasa sedar ~ mustahaknya perpaduan dan taat setia rakyat pd negara; 4. sl hal (yg berlaku), kejadian, peristiwa: pd bicara patik, baik juga Duli Yang Dipertuan menyuruh membantu Pahang, dr kerana barang suatu ~ Pahang itu tidaklah Duli Yang Dipertuan rugi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri] | ڤري

Definisi : sl kata; berperi berkata, berucap: bukan beta bijak ~, pandai menggubah madah dan syair; berperi-peri bersungguh-sungguh (mengata­kan sesuatu dll): Yazid ~ mengajak kami minum di kedai kopi; ia ~ benar mengatakan berita itu palsu; hujah yg ~ dikemukakan oleh panglima-panglima tentera Rusia; memerikan 1. mengatakan, menceritakan, mengisahkan, menggambarkan (sesuatu hal): saya selalu membaca buku-buku cerita yg ~ kisah-kisah cinta; tidak dapat diperikan bagaimana hancurnya hatinya oleh perbuatan kekasihnya; 2. menerangkan, meng­huraikan, menjelaskan; terperi, terperikan terkatakan, tercerita­kan, tergambarkan; tidak ~ tidak terkatakan (tergambarkan): adinda suka tidak ~; sedih hatinya bukan kepalang, tak terperikan; pemerian 1. perihal memerikan (mengisah­kan), pengisahan; 2. penjelasan, penerangan, penghuraian: masalah pertama yg dihadapi oleh penyusun kamus dlm ~ makna ialah pemilihan atau penentuan makna sesuatu kata; pemeri yg menerangkan (menghuraikan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri] | ڤري

Definisi : sj jin (menyerupai perempuan yg can­tik): kami bukannya drpd bangsa jin dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri] | ڤري

Definisi : 1 sifat atau keadaan sesuatu; hal: Terdengarlah ke Singapura ~ kecantikan paras puteri itu. 2 cara berbuat sesuatu; laku: ~ yg layak bagi manusia. 3 sesuatu yg berlaku; peristiwa: Jika negeri Melaka sesuatu ~, datang juga patik mengadap Duli Yang Dipertuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.ri] | ڤري

Definisi : ; berperi mengeluarkan kata-kata; berkata. berperi-peri bersungguh-sungguh; beria-ia: Yazid ~ mengajak saya ke rumahnya. memerikan menceritakan sesuatu hal; mengatakan; mengisahkan: buku-buku yg ~ kisah-kisah cinta. terperi dpt digambarkan; dpt dikatakan: Gadis itu ketakutan tidak ~. pemerian hal atau cara memerikan sesuatu; penghuraian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.ri] | ڤري

Definisi : jin yg dpt merupakan dirinya spt perempuan yg cantik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peri

Peribahasa

Bagai ayam mengarang telur.

Bermaksud :

Peri keelokan, merah muka seseorang. mengarang telur = hampir bertelur.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Ayam Peri Peri Nandos155/2016'Ayam Peri Peri . Nikmatinya di Nando's Lot G89, Tingkat G.' Nandos logo bersama dengan tagline dan halal logo.Majlis Bandaraya Melaka BersejarahMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201601/07425Lulus04/01/201604/01/201615:01:54
Ayam Peri Peri Kini Di AEON Klebang45204/2015Ayam Peri Peri Kini Di AEON Klebang Nando's Logo , Laman web , tagline & halal logo.Majlis Bandaraya IpohMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201511/07069Lulus08/11/201509/11/201514:27:23
Nando's Ayam Peri Peri16462/2015Ayam Peri Peri. Nandos logo ,tagline dan halal logo.Dewan Bandaraya Kuala LumpurMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201505/05320Lulus29/04/201505/05/201509:38:39
Nandos Ayam Peri Peri Giant Banner28516/2014"Ayam Peri Peri betul betul syiok ! Nikmatilah Nandos di LG53 & LG55, Tingkat LG " bersama dengan Nandos Logo & Halal LogoDewan Bandaraya Kuala LumpurMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201411/05084Lulus18/11/201420/11/201409:33:09
Nando's Ayam Peri Peri Giant Banner5898/2015"Ayam Peri Peri betul betul syiok ! Nikmatilah Nando's di G89, Tingkat G " bersama dengan Nandos Logo & Halal LogoMajlis Bandaraya Melaka BersejarahMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201502/05997Lulus16/02/201523/02/201509:36:01
Nando's26333/2014Peri-Peri Flamed Grilled Chicken -is a product name Pergi Nando's tak payah bayar tol - been approved earlier on 23655/2014TiadaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201411/03546Lulus03/11/201403/11/201411:58:33
NANDO'S32381/2014Ayam Peri-Peri. Betul, betul, betul, betul, betul, betul, betul Syiok! Nikmatilah Nando's di Lot G25, Tingkat GMajlis Perbandaran KlangMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201412/05484Lulus18/12/201422/12/201415:08:57
Nandos Giant Banner14429/2014Gegaran rasa peri peri. Nikmati Nando's di Lot 1.03, Level 1, Plaza Pelangi "Nandos" logo ,slogan & laman webMajlis Bandaraya Johor BahruMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201406/05798Lulus26/06/201427/06/201416:25:39
Nandos USJ Main Place Banner28519/2014"Ayam Peri Peri betul betul syiok ! Nikmatilah Nandos di Tingkat GF23-26. bersama dengan Nandos Logo & Halal LogoMajlis Perbandaran Subang JayaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201411/05085Lulus18/11/201420/11/201409:33:35
Nandos Papan Tanda31075/2015Nandos Logo dan Tagline ' Peri Peri Flame Grilled Chicken'Dewan Bandaraya Kuala LumpurMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201508/05568Lulus06/08/201510/08/201509:10:39
12

Kembali ke atas