Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri/.sa]/[pe.rik.sa] | ڤريقسا

Definisi : selidik, penyelidikan, siasat; kurang (tiada) ~ a) (saya) tidak tahu, entah; b) kurang hati-hati (teliti); salah ~ agak lambat (perbuatan); usul ~ penyelidikan (penyiasatan, penelitian); memeriksa 1. mengamat-amati (meneliti, melihat-lihat) utk mengetahui keadaan atau menentukan buruk baik dll sesuatu: ia ~ seluruh rumah itu sebelum memutuskan akan menyewanya; tugas jawatankuasa ini ialah ~ kira-kira jabatan kerajaan; 2. menyelidik (mengkaji) utk mengetahui atau mempelajari sesuatu, menelaah (perkara, peristiwa, dll): doktor yg ~nya menyatakan ia tidak menghidap penyakit tersebut; bahan kimia ini harus diperiksa lebih lanjut sebelum diketahui kandungannya; 3. menyiasat (keja­dian, perkara, dll), mempertimbangkan dan mengadili (perbicaraan), mengugut, menyoal (orang yg dituduh dll) utk mengetahui kebe­narannya (kesalahannya): Jabatan Pencegah Rasuah akan ~ segala tuduhan menerima rasuah; 4. mengamat-amati, mengawasi: beg-beg kami lama diperiksa kastam di Changloon; baginda ~ barisan kehormatan sebelum merasmikan persidangan; memeriksai sl menyiasat (kejadian, perkara, dll), menyelidiki: maka titah Raja Pahang pd Laksamana, “Orang tuan membunuh saudara sepupu Seri Akar Raja, baiklah tuan periksai”; memeriksakan 1. memeriksa utk (orang lain): sesudah disiapkannya rencana itu ia meminta kawannya ~; 2. meminta (mem­biarkan) supaya diperiksa; peperiksaan ujian (utk menentukan ke­bolehan atau kepandaian seseorang): kira-kira 60% sahaja penuntut-penuntut sekolah itu masuk ~ Sijil Rendah Pelajaran; pemeriksaan 1. perbuatan memeriksa, pe­nyelidikan, penelitian, pengusutan: di hospital, doktor telah menjalankan ~ terhadapnya utk menentukan jenis penyakit yg dihidapinya; 2. hasil atau pendapat drpd meme­riksa: ~ yg baik akan memberi panduan kpd kanak-kanak dlm pelajaran mereka; pemeriksa orang yg memeriksa: ~ kira-kira. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri/.sa]/[pe.rik.sa] | ڤريقسا

Definisi : ; memeriksa 1 melihat-lihat dgn teliti utk mengetahui betul tidaknya dll: Pd sebelah malamnya pula, beliau sibuk ~ buku rampaian murid-muridnya. 2 menyelidik atau mengkaji utk mencari pengetahuan: Dia telah dipilih utk ~ gunung berapi di Jepun. peperiksaan ujian yg diadakan utk menguji pengetahuan (kebolehan dll) seseorang. pemeriksaan perbuatan atau hal memeriksa: Pusat Penyelidikan Getah Tanah Melayu selalu mengadakan ~ ke atas kilang-kilang yg mengeluarkan getah. pemeriksa orang yg memeriksa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
periksa
Kata Terbitan : memeriksa, peperiksaan, pemeriksaan, pemeriksa,

Puisi
 

Dari Arab ke negeri China,
     Sampai ke China bertukar nama;
Harap tuan saya terima,
     Sudahkah periksa keadaan bunga.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kalau gajah hendaklah dipandang gadingnya,
     kalau harimau hendaklah dipandang belangnya.

Bermaksud :

Hendaklah diusul periksa dengan saksama tentang sesuatu perkara itu sebelum dibuat kesimpulan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
SEPANDUK53113/2015TOLONG PERIKSA DENGAN BAIK-BAIK LAGI SEKALI. DI DALAM BANNER INI TAK ADA LETAK HARGA DAN APA ITU SPA SANTAI? INI PERMOHONAN UNTUK BANNER.Majlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201512/10108Lulus30/12/201530/12/201514:39:54
Kain Rentang- Cef Cilik16423/2016Encik / Cik Sila periksa pembetulan. Terima KasihMajlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201604/10243Lulus08/04/201611/04/201608:44:21
KEDAI CERMIN MATA39100/2015MENJUAL CERMIN MATA DAN PERIKSA MATAMajlis Perbandaran Sungai PetaniKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201510/06953Lulus02/10/201505/10/201509:15:46
PERKHIDMATAN PENGHANTARAN DAN PEMASANGAN BATERI KERETA49424/2016PERKHIDMATAN PENGHANTARAN DAN PEMASANGAN BATERI KERETA. BATERIKU.COM. DIRECT DELIVERY HANTAR, PERIKSA, PASANG PERCUMAMajlis Perbandaran Pasir GudangAksesori dan Alat Ganti KeretaTiadaDBP/KPB/201610/12105Lulus11/10/201611/10/201616:30:40
An-Najah Optometry Centre26038/2014Anda rabun warna? Kami menyediakan pemeriksaan rabun warna di sini Kami menawarkan: Pakej cermin mata menarik untuk semua Nasihat profesional dari optometris berpengalaman JOM!! Periksa MataMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201410/06296Lulus27/10/201430/10/201411:00:37

Kembali ke atas