Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.rin.du] | ڤريندو

Definisi : ; buluh ~ a) sj tumbuhan (buluh), Bambusa magica; b) sj seruling. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rin.du] | ڤريندو

Definisi : orang yg menanggung rindu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rin.du] | ڤريندو

Definisi : ; buluh ~ = talang ~ bunyi-bunyian yg dibuat drpd buluh yg mengeluarkan bunyi dgn sendirinya apabila ditiup angin; spt buluh ~ suara (bunyi) yg merdu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rin.du] | ڤريندو

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek), Premna divaricata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rin.du] | ڤريندو

Definisi : 1 orang yg menanggung rindu. 2 sesuatu yg membangkitkan rasa rindu: buluh ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perindu

Puisi
 

Buluh perindu di atas gunung,
     Habis luruh buah padiku;
Rindu hamba tidak tertanggung,
     Hancur luluh rasa hatiku.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Seperti bangsi buluh perindu.

Bermaksud :

Suara yang lemah lembut dan merdu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Pasar Segar RH2406/2014PASAR SEGAR RH DIMILIKI OLEH: RH FISHERY TRADING (SA0104253-T) PEMBEKAL DAN PEMBORONG HASIL LAUT SEGAR DARI HUTAN MELINTANG, PERAK. No. 7, Lot 122, Jalan Buloh Perindu, Bt. 16 Sg. Pelong, 47000 Sg. Buloh, Selangor.Majlis Bandaraya Shah AlamKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201402/03309Lulus13/02/201413/02/201412:05:48

Kembali ke atas