Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pin.dah] | ڤينده

Definisi : bertukar tempat (kediaman, kerja, dll); ~ milik bertukar pemilik atau tuan punya; ~-randah selalu bertukar tempat (kediaman, dll); ~ tangan bertukar tuan (barang, harta benda, dll); tujuh kali ~ jadi papa = orang pindah-pindahan bertanam tak boleh dimakan prb pekerjaan yg tiada tetap akan meru­gikan; berpindah 1. beralih tempat (kediaman, ker­ja, dll), beranjak: dia mengajak isterinya ~ ke Brunei; dia ~ dr tempat duduk yg di hadapan ke tempat duduk belakang; 2. bertukar atau berganti (kenaikan, tempat, tajuk perbin­cangan, dll): datang pula fikirannya hendak ~ ke sekoci kecil; setelah membentangkan isi-isi penting, kita akan ~ kpd pembentangan pendapat yg asasi; 3. = berpindah­-pindah menjangkit, menular; ~ ke negeri yg baqa (ke akhirat) meninggal dunia, mati; ~-randah selalu berpindah­-pindah; ~ tangan berganti pemiliknya; memindah 1. bp = memindahkan; 2. = me­mindah-mindah, pindah-memindah men­jangkit(-jangkit), menular(-nular); memindahi 1. ark banyak yg dipindahkan, banyak kali memindahkan; 2. menjangkiti, menulari; memindahkan 1. meletakkan ke tempat lain, membawa berpindah, mengalihkan ke tempat lain: kerajaan mendirikan rumah-rumah harga murah ini utk ~ setinggan-setinggan; pangkat-pangkat tinggi yg dipegang oleh orang putih akan dipindahkan ke tangan anak negeri ini; 2. menterjemahkan: hikayatnya terlalu indah, ceritanya dipindahkan drpd bahasa Jawa ke bahasa Melayu; 3. menjangkitkan, menularkan: penyakit ini berjangkit dgn sebab dipindahkan oleh lalat; ~ hak memberikan hak kpd orang lain; ~ perhatian mengalihkan perhatian; pindahan barang (harta dll) yg dipindah­kan: barang-barang ~; kaum ~ kaum atau bangsa yg hidupnya berpindah-randah; kepindahan kejangkitan, ketularan; perpindahan perihal (perbuatan, kejadian, dsb) berpindah, peralihan: sebab pertama penduduk bertambah ialah adanya ~; ~ pejabat; pemindahan perbuatan memindahkan (meng­alihkan): ~ penduduk; melatih orang-orang Malaysia melalui beberapa rancangan ~ kemahiran dan teknologi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pin.dah] | ڤينده

Definisi : ; berpindah 1 beralih tempat (kediaman); pergi menetap ke tempat lain: Minggu depan saya akan ~ ke Kelang. 2 bertukar atau berganti kenaikan (tempat kerja dll): Sesampai di Melaka, mereka telah ~ bas. 3 = berpindah-pindah merebak atau menular (bkn penyakit): Kurap ialah sj penyakit yg mudah sekali ~. ~-randah selalu bertukar tempat. ~ tangan bertukar pemiliknya. memindahkan 1 meletakkan atau mengalih ke tempat lain; membawa berpindah: Kerajaan telah ~ kaum setinggan ke rumah-rumah pangsa. 2 mengubah bahasa sesuatu karangan dll; menterjemahkan: Tidak mudah ~ bahasa Arab ke bahasa Melayu. 3 mengalih kuasa dll ke pihak lain. 4 mengalih anak semaian dsb ke tempat lain: Semasa ~ semaian itu, perhatikan bahawa sistem akarnya tidak terjejas. pindahan sesuatu yg dipindahkan: barang ~. perpindahan hal berpindah: ~ haiwan, baik jauh atau dekat, berkaitan dgn masalah mencari makanan utk hidup. pemindahan perbuatan atau hal memindahkan: Inilah permulaan ~ kuasa syarikat ke tangan kerajaan Inggeris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Orang pindah-pindahan,
     bertanam tak boleh dimakan.

Bermaksud :

Pekerjaan yang tidak tetap, selalu mendatangkan kerugian. (Peribahasa lain yang sama makna: Orang bini-binian, beranak tak boleh disuruh).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Kami sudah ubah kadar faedah32472/2017sudah ubah; ubah kadar faedah mahu tambah? menambah pinjaman mahu pindah? *pindah hutang lama dari syarikat lainTiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201705/20037Lulus30/05/201731/05/201713:40:57
PROMOSI PINDAH KEDAI17761/2016PROMOSI PINDAH KEDAIMajlis Perbandaran MuarMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201604/11136Lulus14/04/201618/04/201607:49:45
sudah pindah2788/2017sudah pindahMajlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201701/13510Lulus18/01/201718/01/201708:41:25
PINDAH MASUK SEKARANG KE TAMAN ANGKASA PERIBADI ANDA19566/2016PINDAH MASUK SEKARANG KE TAMAN ANGKASA PERIBADI ANDA DARIPADA RM410 KPS UNTUK ARMANEE TERRACE SAYAP C SIAP SEPENUHNYA DENGAN CFO UNTUK KUNJUNGAN PERIBADI SILA HUBUNGI 0377330303Majlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201604/12451Lulus22/04/201625/04/201609:37:05
KAMI SUDAH PINDAH25225/20151. KAMI PINDAH 2. AKHIR BULAN JULAIMajlis Perbandaran Ampang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201507/06329Lulus23/06/201503/07/201508:41:51
SUDAH PINDAH22456/2017KHOONG F&B ENTERPRISE SUDAH PINDAH DI SINIMajlis Bandaraya Petaling JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/16533Lulus14/04/201717/04/201712:32:00
telah pindah14330/2015ENGSIN FRAMES & ART GALLERY TELAH PINDAH KE 68 JALAN MERSING 86000 KLUANG JAWATAN KOSONGMajlis Perbandaran KluangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201504/07254Lulus16/04/201517/04/201511:13:47
Pindah Rumah / Kereta Ke Sabah / Sarawak / Brunei ?24716/2014MID VILL AGENCY SDN BHD (983426-T) PINDAH RUMAH / KERETA KE SABAH / SARAWAK / BRUNEI? AGENSI KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN LOGISTIK BAGI SESIAPA YANG INGIN MEMINDAHKAN BARANGAN RUMAH ATAU KENDERAAN KE SABAH / SARAWAK / BRUNEI. HUBUNGI KAMI MELALUMajlis Perbandaran Pasir GudangMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201410/05269Lulus14/10/201417/10/201409:26:10
Pindah Rumah / Kereta Ke Sabah / Sarawak / Brunei ?23410/2014MID VILL AGENCY SDN BHD (983426-T) PINDAH RUMAH / KERETA KE SABAH / SARAWAK / BRUNEI ? AGENSI KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN LOGISTIK BAGI SESIAPA YANG INGIN MEMINDAHKAN BARANGAN RUMAH ATAU KENDERAAN KE SABAH / SARAWAK / BRUNEI . HUBUNGI KAMI MELAMajlis Perbandaran Pasir GudangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201410/04273Lulus01/10/201408/10/201409:19:03
PINDAH KLINIK BARU63655/2016TiadaMajlis Bandaraya Johor BahruMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201612/12922Lulus20/12/201621/12/201608:59:44
12345

Kembali ke atas