Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ping.gir] | ڤيڠݢير

Definisi : tepi: ~ jalan; ~ kota; ~ laut pantai; ~ sungai tebing sungai; meminggir pergi ke pinggir, menepi; meminggiri memberi berpinggir, berada (ter­letak, tumbuh dsb) di pinggir sesuatu: kawasan-kawasan sesak yg ~ kota; burung-burung yg menangkap serangga mempunyai mulut yg lebar dipinggiri rambut-rambut keras; meminggirkan mengesampingkan, menge­tepikan: masyarakat semakin ~ bahasa Melayu; terpinggir ki sudah diketepikan kerana di­anggap tidak penting: bukan sahaja ekonomi sosial semakin ~, tetapi jurang kemiskinan juga semakin nyata; keterpinggiran perihal atau keadaan ter­pinggir: kita mampu meramalkan ~ nasionalisme yg ditelan zaman; pinggiran 1. tepi, perbatasan: peneroka tanah ~; 2. ki tidak penting, kurang ber­pengaruh: Panglima Salleh, dlm menghadapi pergolakan sosial dan politik di daerahnya, bermula hanya sbg insan biasa dan ~; 3. tidak berapa (kurang) penting: masalah-masalah ~; peminggiran 1. perbuatan mengesamping­kan atau mengetepikan: ~ bahasa Melayu sejak lima tahun yg lalu; 2. perbatasan atau sempadan negeri (kota dll): maka adalah di ~ negeri itu seorang peladang tiga beranak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ping.gir] | ڤيڠݢير

Definisi : bahagian tepi sesuatu: ~ jalan; ~ laut. pinggiran (sesuatu) yg terletak di pinggir: tanah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pinggir
Kata Terbitan : pinggiran, berpinggir, meminggir,

Puisi
 

Hari-hari mengetah tekukur,
     Tekukur banyak di pinggir desa;
Kukur apa pada kukur,
     Nyiur jugalah yang akan binasa.


Lihat selanjutnya...(5)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
RESIDENSI THE EDGE55825/2016Nama ini dipilih kerana THE EDGE bermaksud pinggir / tepi / bucu. Tapak projek ini berada di pinggir kawasan USJ 1, Subang Jaya dan berada di tepi Sungai Klang.Majlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201611/11962Lulus09/11/201611/11/201609:06:01
D'PINGGIR SG SOI13523/2015TiadaMajlis Perbandaran KuantanPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201504/06843Lulus15/04/201515/04/201514:11:17
Papan Pengiklanan31582/2016Ketenangan di pinggir tasikMajlis Perbandaran Seberang PeraiPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201606/13636Lulus24/06/201627/06/201615:27:08
Papan pengiklanan30219/2016Ketenangan di pinggir tasikMajlis Perbandaran Seberang PeraiHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201606/12508Lulus17/06/201620/06/201608:23:03
NILAI IMPIAN2456/2015Kediaman impian anda di pinggir ketenangan tasik nan indahMajlis Perbandaran NilaiPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201501/05572Lulus20/01/201521/01/201509:11:24

Kembali ke atas