Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pin.jam] | ڤينجم

Definisi : 1. = memberi ~ memberi sesuatu utk digunakan buat sementara (dgn janji akan dikembalikan apabila sampai tempohnya): siapa boleh ~ saya pisau raut? 2. = minta ~ meminta menggunakan sesuatu buat semen­tara (dgn maksud mengembalikannya apabila sampai tempohnya): buku ini baru saya ~ dr perpustakaan; ~ sewa membeli dgn mem­bayar beransur-ansur (dan sebelum selesai bayarannya barang itu dianggap barang sewaan sahaja); syarikat ~-meminjam syarikat yg memberi pinjaman (wang dll); ~ kayu ara prb meminjam barang orang dgn tidak berniat utk memulangkannya; meminjam 1. menggunakan barang (buku, wang dll) orang lain utk sementara waktu, minta pinjam: kedatangannya pd saat itu adalah kerana hendak ~ sedikit wang; 2. mengambil dan menggunakan (perkataan, konsep dll) yg dipetik dsb drpd sesuatu sumber: penasihat UNESCO itu ~ konsep Majlis Penyeliaan ini dr agensi berita Perancis AFP; meminjami 1. memberi pinjam kpd: kami tidak perlu membeli semua jenis buku, perpustakaan dapat ~ kami; 2. meminjam barang dll pd; meminjamkan memberikan barang dll utk dipinjam: dia pula tidak sepi drpd ~ beras atau wang kpd tetangganya; pinjaman 1. barang dll yg dipinjam (dipin­jamkan); 2. wang yg diberikan kpd seseorang dll utk sementara dan perlu dikembalikan kemudian, hutang; ~ bercagar (Eko) pinjaman yg bercagarkan sesuatu aset (mis rumah dan tanah) sbg jaminan terhadap pelunasan pinjaman berkenaan; ~ kenderaan pinjaman wang dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh insti­tusi kewangan atau majikan utk memboleh­kan seseorang (pekerja dsb) membeli kenderaan sendiri, mis kereta dan motosikal; ~ peribadi = ~ persendirian pinjaman wang tunai dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh institusi kewangan dsb kpd individu yg memo­hon, dgn syarat tertentu; ~ perumahan pin­jaman wang dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh majikan atau institusi kewang­an kpd seseorang (pekerja dsb) utk membeli rumah; kata ~ (Lin) perkataan yg diambil drpd bahasa asing; peminjaman perihal (perbuatan dsb) memin­jam atau meminjamkan; peminjam 1. orang yg meminjam: ~ wang dr bank harus membayar bunga; 2. orang yg memberi pinjam: seorang ~ wang mengenakan bunga atas pinjamannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pin.jam] | ڤينجم

Definisi : ; memberi ~ memberikan sesuatu utk dipakai buat sementara waktu (sesudah itu dikembalikan). meminjam memakai barang orang utk sementara dan sesudah dipakai, dikembalikan kpd tuannya: ~ buku dr perpustakaan. meminjami memberi pinjam kpd: Kakak ~ saya jam tangannya. meminjamkan memberikan sesuatu utk dipinjam: Dia telah ~ sebuah buku hadis kpd saya. pinjaman 1 apa-apa yg dipinjam atau dipinjamkan: buku ~. 2 hutang. peminjaman hal (perbuatan dsb) meminjam, meminjami atau meminjamkan. peminjam orang yg meminjam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pinjam
Kata Terbitan : meminjamkan, pinjaman, peminjaman, peminjam,

Puisi
 

Halia ini tanam-tanaman,
     Ke barat juga akan condongnya;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
     Akhirat juga akan sudahnya.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Utang (hutang) (= pinjam) kayu ara.

Bermaksud :

Hutang yang tak mungkin terbayar.

 

Lihat selanjutnya...(3)

415

Don't make a mountain out of a molehill

Membesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius).

Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain.

''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Don't make a mountain out of a molehill. You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said.

''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik. ''Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. Kau kemikkan kereta aku hari itu, aku tidak merungut sikit pun!'' kata si abang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PINJAM WANG60391/2016PINJAM WANGMajlis Daerah BentongPerbankanTiadaDBP/KPB/201612/10520Lulus30/11/201601/12/201618:30:46
PINJAM WANG58295/2016PINJAM WANGMajlis Daerah BentongHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201611/13676Lulus21/11/201622/11/201608:36:57
PINJAM WANG36021/2016pinjam wangMajlis Daerah BentongHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201607/11954Lulus26/07/201627/07/201608:46:52
PINJAM WANG7165/2014Pinjam wangMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201404/03618Lulus10/04/201410/04/201415:51:26
PEMBERI PINJAM WANG BERLESEN38753/2016PEMBERI PINJAM WANG BERLESEN 01110603033 065567033Majlis Perbandaran Alor GajahPerbankanTiadaDBP/KPB/201608/09211Lulus09/08/201610/08/201609:00:20
PEMBERI PINJAM WANG BERLESEN52754/2015Pemberi pinjam wang berlesen -selesaikan hutang anda di syarikat lain - had pinjaman 8 kali ganda gaji company no.tel No.Lesen : WL6466/10/01-1/150316 Tempoh sah lesen : 16/03/2014 - 15/03/2016 No.Permit : WP6466/10/01-1/150316 Tempoh sah permit :Majlis Daerah Kuala SelangorPerbankanTiadaDBP/KPB/201512/09686Lulus23/12/201528/12/201512:29:02
PEMBERI PINJAM WANG BERLESEN42994/2015Pemberi Pinjam Wang Berlesen Perkhidmatan Pinjaman Wang Berlesen Had Pinjaman 8 Kali Ganda Gaji Company No.Tel.: 017-233 3919 No lesen & Tempoh Sah lesen No permit iklan & Tempoh Sah Permit Iklan Company Address: No 10-1,jalan orkid 1d/2,seksyen Bs1Majlis Daerah Hulu SelangorPerbankanTiadaDBP/KPB/201510/10285Lulus27/10/201527/10/201511:32:18
PEMBERI PINJAM WANG BERLESEN6600/2015PEMBERI PINJAM WANG BERLESENMajlis Perbandaran MuarPerbankanTiadaDBP/KPB/201502/06569Lulus26/02/201527/02/201511:24:51
pemberi pinjam wang berlesen28131/2014pemberi pinjam wang berlesenMajlis Perbandaran KluangPerbankanTiadaDBP/KPB/201411/04765Lulus14/11/201418/11/201409:56:16
pemberi pinjam wang berlesen27121/2014pemberi pinjam wang berlesenMajlis Daerah MersingPerbankanTiadaDBP/KPB/201411/03987Lulus07/11/201407/11/201410:31:09
12345678910...

Kembali ke atas