Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj burung kecil, mentua pelanduk, Motacilla cinerea melanope; ~ anggerik sj burung kecil, kelicap berjambul, Yuhina zantholeuca interposita; ~ padang sj burung kecil, apit-apit, cak padang (tanah), lak padi, lancar-lancar, seri lancar, Anthus novaesee landiae malarensis; ~ padi = ~ uban sj burung kecil, cak padi, ciak, Munia maja maja; ~ pinang sj burung kecil, Munia punctulata fretensis; ~ rumah sj burung kecil, Passer montanus malaccensis; ~ tuli sj burung kecil, Munia striata subsquamicollis; ~ berperang dgn garuda prb orang kecil melawan orang besar; ~ bukan seeekor, jagung bukan sebatang prb jawaban utk me­nolak tuduhan tentang sesuatu kejahatan; ~ hendak jadi enggang prb ingin melakukan sesuatu yg melebihi kesanggupan; ~ meminang anak enggang prb orang kecil (hina) hendak meminang anak orang besar (mulia); ~ pekak makan berhujan prb sangat rajin; ~ menelan jagung prb orang miskin yg berlagak spt orang kaya akhirnya akan men­dapat kesusahan; ~ sama ~, yg enggang itu sama enggang juga = ~ sama enggang mana boleh terbang bersama prb a) perjodohan atau persahabatan akan sempurna kalau sama darjat; b) bergolong-golong mengikut taraf atau darjat masing-masing; ~ tuli makan berhujan, tak dihalau padi habis, hendak dihalau kain basah prb serba salah utk menyelesaikan pekerjaan yg sulit (jika diteruskan pun berbahaya); ~ yg makan padi, merbah terbawa rendong prb orang lain yg mendapat kesenangan, orang lain yg menanggung aki­batnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pipit I

Puisi
 

Burung pipit burung kedidi,
     Hinggap di pokok di tepi sawah;
Jika hidup tidak berbudi,
     Ibarat pokok tidak berbuah.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Yang enggang sama enggang juga,
     yang pipit sama pipit juga.

Bermaksud :

Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang, c. Yang pipit sama pipit, yang enggang, sama enggang).

 

Lihat selanjutnya...(20)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Taman Bentara 316243/2016-Taman Bentara 3 -Jalan Pipit -Telok Panglima Garang -Rizab Melayu -Rumah Berkembar Setingkat 37'x78.7'Majlis Daerah Kuala LangatPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201604/09919Lulus06/04/201607/04/201609:34:48
Valkyrie Creative Solutions Sdn Bhd15577/2015Pejabat Urusan Valkyrie Creative Solutions Sdn Bhd No Pendaftaran SSM: 1133984-T B-G-5, Pangsapuri Impian Heights, Off Jalan Pipit, 47100 Puchong, Selangor, MALAYSIA MPSJ 0000-XXXXXMajlis Perbandaran Subang JayaPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201504/08298Lulus23/04/201527/04/201514:48:02

Kembali ke atas