Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.sang] | ڤيسڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya) yg bermacam-macam jenisnya, Musa spp.; jenis-­jenisnya: ~ embun, ~ batu, ~ biji, ~ benggala, ~ emas, ~ nangka, ~ raja, ~ susu, ~ tanduk dll; ~ benang (manila) = ~ tali sj pokok pisang yg seratnya dibuat benang atau tali; anak ~ Mn panggilan atau gelaran kpd anak drpd keluarga sebelah bapa; jantung ~ bunga pisang; pucuk ~ daun pisang yg muda sekali; spt ~ rebah ki mendiamkan diri dgn tidak bergerak­-gerak atau berkata-kata; ~ sesikat sengkuap; ~ ditanam tak berjantung prb usaha yg tidak memberi hasil yg dimaksudkan; ~ masak separak prb satu keluarga yg hidup berbahagia; ~ sesikat digulai sebelanga, tanda muafakat bersama-sama prb sahabat (keluarga dll) yg hidup setia dan sentiasa bertolong-tolongan; ~ tak akan berbuah dua kali prb sekali tertipu atau kerugian tentu akan berjaga-jaga pd masa akan datang: bagai rasa batang ~ prb amat sejuk (badan); bukan budak-budak makan ~ prb seseorang yg tidak mudah ditipu atau diperdayakan; mencari ~ gala tiada butir Kl menunggu ketibaan sesuatu yg tidak munasabah; mendapat ~ terbuka (terkubak) prb mendapat keuntungan dgn tiada bersusah payah; mengenalkan diri bagai ~ lebat prb beroleh bencana kerana keangkuhan diri; menopang ~ yg tak berbuah prb mengerjakan sesuatu yg tidak memberi hasil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.sang] | ڤيسڠ

Definisi : ; ~ kaki sj tumbuhan (pokok dan buahnya berwarna jingga), kesmak, Diospyros kaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.sang] | ڤيسڠ

Definisi : ; pucuk ~ sj ikan darat, Labeobarbus faciatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.sang] | ڤيسڠ

Definisi : berbagai-bagai jenis pokok atau buahnya (buahnya bertandan dan bersikat-sikat, Musa spp.. ~ kipas nama sj tumbuh-tumbuhan palma, Ravenala madagarcariensis. ~ manila (benang, tali) nama sj pisang yg seratnya dibuat benang atau tali, musa textilis. ~ sesikat sengkuap. ~ tanah nama sj tumbuh-tumbuhan tropika (utk hiasan dsb) yg mempunyai getah yg sangat bisa, Dieffenbachia amoena (bausei, camilla, exotica). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pisang

Puisi
 

Jangan ditebang pisang awak,
     Pisang lain banyak lagi;
Jangan ditebeng orang tak hendak,
     Orang lain berlambak lagi.


Lihat selanjutnya...(75)
Peribahasa

Pisang masak separak.

Bermaksud :

Keluarga yang senang dan berbahagia hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(32)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
KUMPULAN PISANG B2693/2014KUMPULAN PISANG BDewan Bandaraya Kuala LumpurMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201402/03468Lulus14/02/201417/02/201408:20:52
KUMPULAN PISANG A2692/2014KUMPULAN PISANG ADewan Bandaraya Kuala LumpurMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201402/03467Lulus14/02/201417/02/201408:20:27
RESTORAN DAUN PISANG13284/2016RESTORAN DAUN PISANG DIMILIKI OLEH: MOHALIN ENTERPRISE JM0584245-XMajlis Daerah KulaiMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201603/12101Lulus24/03/201624/03/201616:01:25
GERAI PISANG GORENG KAK YAH13823/2017seperti di lampiranMajlis Daerah Kota TinggiMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201703/16234Lulus13/03/201715/03/201712:18:52
MAKANAN DAUN PISANG1570/2017TiadaMajlis Bandaraya Petaling JayaTiadaTiadaDBP/KPB/201703/18658Lulus10/02/201727/03/201715:23:40
RESTORAN DAUN PISANG KASTURI10689/2016TiadaMajlis Perbandaran Sungai PetaniMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201603/09837Lulus08/03/201610/03/201607:56:38
SS GORENG PISANG ENTERPRISE ( DBKL)38201/2015TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201509/08520Lulus28/09/201529/09/201510:08:56
RESTORAN DAUN PISANG32764/2014TiadaMajlis Bandaraya Petaling JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201412/05672Lulus23/12/201423/12/201414:42:04
Restoran Daun Pisang32479/2014TiadaMajlis Bandaraya Petaling JayaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201412/05567Lulus19/12/201423/12/201408:33:06
SANTAPAN ISTIMEWA DAUN PISANG1476/2014TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201510/09703Lulus16/04/201422/10/201517:30:26
123

Kembali ke atas