Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.la] | ڤولا

Definisi : 1. sekali lagi, berulang lagi, datang lagi, kembali lagi: kelmarin sudah tidak hadir, hari ini tidak hadir ~; nampaknya saya ini dicalonkan ~; 2. = lagi ~ lebih-lebih lagi, tam­bahan lagi: memang ia mempunyai kelayakan, lagi ~ ia seorang yg sangat suka berkhidmat; istimewa ~ lebih-lebih lagi; 3. juga (sama halnya dgn yg terdahulu): saya pun demikian ~; saya ~ yg menyokongnya; 4. gerangan, konon (yg bererti tah): apa ~ yg mengganggui fikirannya itu?; apa ~ ertinya hidup seorang yg telah putus harapannya? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.la] | ڤولا

Definisi : 1 agaknya; gerangan: Siapa ~ yg datang malam-malam begini? 2 berulang lagi; sekali lagi: Pagi tadi sudah datang, sekarang datang ~. 3 juga: Ada ~ orang yg menyokongnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pula (kata tugas)
Bersinonim dengan jua, pun, juga.,

Puisi
 

Hendak berumah berumah pula,
     Rumah saya di tengah huma;
Hendak bermaaf bermaaf pula,
     Maaf seorang maaf semua.


Lihat selanjutnya...(132)
Peribahasa

Sudah hamba diperhamba pula.

Bermaksud :

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah dieban, dihela pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, f. Terjatuh dihimpit janjang).

 

Lihat selanjutnya...(122)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
TVC 3C7007/2014Saya pula di belakang baju. Nyamuk sering bersembunyi di tempat yang tersembunyi. Memperkenalkan Ridsect Advance baharu. Wajah baharu.Majlis Bandaraya Petaling JayaRacun PerosakTiadaDBP/KPB/201404/03488Lulus08/04/201409/04/201415:05:17
TVC 3b7001/2014Saya pula di belakang baju. Nyamuk sering bersembunyi di tempat yang tersembunyi. Memperkenalkan Ridsect Advance baharuMajlis Bandaraya Petaling JayaRacun PerosakTiadaDBP/KPB/201404/03481Lulus08/04/201409/04/201414:56:06
TVC 3a6989/2014Saya pula di belakang baju. Nyamuk sering bersembunyi di tempat yang tersembunyi. Memperkenalkan Ridsect Advance Baharu dengan formula yang diperbaharui.Majlis Bandaraya Petaling JayaRacun PerosakTiadaDBP/KPB/201404/03501Lulus09/04/201409/04/201416:36:38
Tune Protect Insurance37814/2015Anda dilindungi Bagaimana pula bagasi andaMajlis Perbandaran Ampang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201509/08432Lulus23/09/201528/09/201515:24:03
Butik Vellerie24092/2016Nama ini dipilih melambangkan butik iaitu kedai menjual pakaian. Vellerie pula mewakili nama syarikat iaitu Vellerie Venture.Majlis Daerah BentongButikTiadaDBP/KPB/201605/11372Lulus17/05/201618/05/201608:56:20
spageti56877/2016Dah cuba kesemua 30 jenis cop ayam kami? Datang dan rasa pula spageti dan pelbagai cita rasaMajlis Daerah Perak TengahMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201611/12427Lulus14/11/201615/11/201608:27:49
GLOBAL OILTOOLS SERVICES15120/2016Kerana syarikat membuat servis dalam bidang oil & gas, Global pula untuk seluruh pelosok dunia.Majlis Perbandaran KemamanPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201604/09003Lulus31/03/201601/04/201608:19:53
Southsides Vaper38624/2015Perkataan Southsides melambangkan negeri Johor yang berada di selatan negara malaysia. Vaper pula merupakan produk syarikat saya. Produk utama syarikat saya ialah menjual pelbagai alatan rokok elektronik.Majlis Perbandaran Pasir GudangKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201510/07411Lulus06/10/201507/10/201508:29:34
Residensi Cemerlang Larkin28844/2015PERKATAAN CEMERLANG DIAMBIL DARI NAMA PEMAJU IAITU CEMERLANG LAND SDN. BHD. LARKIN PULA ADALAH KAWASAN TERLETAKNYA PROJEK INI.Majlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201507/08654Lulus28/07/201528/07/201512:32:27
Residensi Cemerlang Aman Larkin28846/2015PERKATAAN CEMERLANG DIAMBIL DARI NAMA PEMAJU IAITU CEMERLANG LAND SDN. BHD. LARKIN PULA ADALAH KAWASAN TERLETAKNYA PROJEK INI.Majlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201507/08655Lulus28/07/201528/07/201512:33:07
12

Kembali ke atas