[pu.ra] | ڤورا
Definisi : Mn 1. pundi-pundi yg diperbuat drpd kain (tempat wang), kantung kecil, dompet; 2. ark tempat memperjualbelikan saham, tempat saudagar-saudagar besar berjual beli, bursa; 3. ark wang yg disediakan atau dikumpulkan utk sesuatu tujuan, dana: sekali membuka (mengorak) ~ dua tiga hutang terbayar prb sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pu.ra] | ڤورا
Definisi : sl bandar, kota, negeri (Singapura, Inderapura, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pu.ra] | ڤورا
Definisi : ; pura-pura tidak sungguh-sungguh atau tidak betul-betul: Mereka itu pejuang ~ saja. berpura-pura berbuat sesuatu seolah-olah …; melakukan diri spt; berlagak spt: Dia ~ menangis. ~ tidak tahu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[pu.ra] | ڤورا
Definisi : kota atau negeri (spt Inderapura). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)