Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.mai] | راماي

Definisi : 1. riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara, dll): orang menyabung terlalu ~, bunyi sorak spt akan sampai ke langit; 2. sangat hebat, dahsyat (peperangan, perkelahian, dll): maka berperanglah Temenggung Seri Udana dgn Peringgi terlalulah ~; 3. sangat gembira, sangat meriah, riang gembira: Encik Ramli pun hanya ~ dlm hati sendiri; 4. aktif, giat, sibuk: sesudah meleset beberapa lama, pasar­an getah ~ kembali; Singapura ialah bandar per­niagaan yg ~; 5. banyak penghuninya (pen­duduknya): pd zaman itu negeri Siak ~; 6. banyak (orang), orang banyak, umum: ~ orang berkumpul; perkara Dang Kenanga jangan­­lah dijadikan soal ~; di muka ~ di depan orang banyak (umum); kemahuan ~ kemahuan umum; khalayak ~ orang banyak, umum; ke­gemaran ~ kesukaan umum; orang ~ a) orang biasa (kebanyakan); b) orang yg banyak (umum); suara (pendapat) ~ suara atau pendapat umum; ~ beragam, rimbun menyelara prb kesukaan (kemahuan) tiap-tiap seorang tidak sama; seramai 1. sama banyak (dgn); 2. sebanyak, sejumlah: penduduk-penduduk yg ~ sejuta orang itu; beramai-ramai 1. berbuat sesuatu dgn riuh-rendah (hiruk-pikuk): mereka ketawa ~; undang-undang tidak dapat digubal dgn ber­tengkar ~; 2. bersama-sama (banyak orang), banyak-banyak (tidak berseorang): se­lepas tembakan itu kami keluar ~ melihat api; mari kita kerjakan ~; meramai-ramai ark beramai-ramai: anak buah Bendahara pun pergilah mengambil peti itu, diramai-ramai­nya dibawanya ke hadapan Benda­hara; beramai-ramaian sl 1. dgn ramainya, dgn banyaknya: sekali persetua ayah hamba raja Tanjung Pura pergi ~ ke pulau; 2. dgn riuh-rendahnya (hiruk-pikuknya): terlalulah suka pula aku melihatkan orang menyabung ~ itu; meramaikan 1. menjadikan ramai, menye­bab­­kan ramai (riuh-rendah, hiruk-pikuk): kereta ini diramaikan dgn bual penumpang-penumpangnya; 2. menjadikan banyak, mem­­­banyakkan: ~ kaum keluarga; 3. men­jadikan gembira, memeriahkan: ia meng­ucapkan terima kasih kpd kawan-kawannya yg datang ~ majlis hari jadinya; memperamai, memperamaikan menye­rang beramai-ramai, membanyaki: malang­nya tok guru diperamaikan dan mati di­tikam; ia menetak dan menikam Peringgi tetapi apakan daya ia diperamai oleh Peringgi; keramaian 1. perihal ramai (riuh-rendah dll): melalui jendela aku lihat ~ lalu lintas; ia suka berkunjung ke negara-negara asing, melihat ~ kota dan pemandangan di per­desaan; 2. perayaan, pesta: ~ menyambut hari perkahwinannya ialah suatu peristiwa besar; satu ~ telah diadakan bagi menyam­but hari kemerdekaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.mai] | راماي

Definisi : 1 terdiri drpd jumlah yg banyak (bkn orang): Pengunjung sangat ~ di pesta itu. ~ muai sangat ramai; terlalu ramai. 2 banyak penduduknya: Pd zaman itu, pelabuhan Melaka sangat ~. 3 tidak sunyi; sibuk; giat (bkn perdagangan): Pasaran saham sekarang tidak begitu ~ spt beberapa bulan dahulu. 4 orang banyak; umum: kegemaran ~ kegemaran orang banyak; khalayak ~ orang banyak; orang ~ orang kebanyakan; suara ~ suara orang banyak. 5 riuh-rendah (bunyinya); bising: Suara para penonton terlalu ~ sehingga orang bercakap di sebelah pun tidak kedengaran. 6 hebat atau dahsyat (bkn peperangan, perkelahian dll). 7 riang gembira; sangat meriah: Pesta itu sangat ~ kerana banyak orang yg mengunjunginya. beramai-ramai bersama-sama dgn orang lain yg ramai: Kami keluar ~ berarak berkeliling bandar. meramaikan 1 membuat supaya ramai; menjadikan banyak jumlah orang (penduduk, penghuni dsb): Kedatangan orang-orang baru telah ~ kampung kami. 2 menyebabkan bising (riuh-rendah); meriuhkan: ~ suasana. keramaian majlis utk merayakan sesuatu; pesta: Satu ~ telah diadakan di Taman Tasik utk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan. seramai sebanyak; sejumlah: Penduduk bandar itu ~ sejuta orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ramai (adjektif)
1. Bersinonim dengan bising: riuh, hiruk, hingar, riuh-rendah, hiruk-pikuk, gegak-gempita, hingar-bingar, laguh-lagah, becang-becok,
Berantonim dengan sunyi

2. Bersinonim dengan meriah: ceria, gembira, riang gembira,
Berantonim dengan sugul

3. Bersinonim dengan giat: aktif, cergas, sibuk, racau,
Berantonim dengan lembap

4. Bersinonim dengan hebat: dahsyat, luar biasa,

5. Bersinonim dengan banyak: sejumlah besar, berbondong-bondong, berpusu-pusu, bersesak-sesak, berduyun-duyun, berasak-asak, berhimpit-himpit,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : seramai, beramai-ramai, meramaikan, keramaian,

Puisi
 

Anak lutung di pokok jelutung,
     Anak mawas di pokok ara;
Ramai-ramai kita berpantun,
     Kerana memuja teruna dan dara.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Bunyi Cina karam.

Bermaksud :

Ramai (= riuh) sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bunyi perempuan di air).

 

Lihat selanjutnya...(20)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
SINGGAH DI ASNB46336/2016SINGGAH DI ASNB JOM RAMAI-RAMAIMajlis Perbandaran TemerlohMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201609/11440Lulus21/09/201622/09/201614:39:38
PROMOSI LABUAN ART GALLERY64169/2016GALERI SENI LABUAN -JOM DATANG RAMAI-RAMAI -TERDAPAT BANYAK LUKISAN YANG MENARIK -POTONGAN HINGGA 50% -HUBUNGI KAMI; 087 408178 -ALAMAT: LABUAN ART GALLERY,TINGKAT 3, LABUAN TIMES SQUARE.TiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201612/13839Lulus27/12/201628/12/201611:04:53
singgah di asnb18292/2016singgah di asnb cawangan asnb temerloh akan dibuka pada sabtu 23 april 2016 9.00 pagi - 4.00 petang jom ramai-ramaiMajlis Perbandaran TemerlohPerbankanTiadaDBP/KPB/201604/11730Lulus18/04/201620/04/201607:55:11
JUALAN BUT KERETA5641/2016Tempat : D'Mall (Billion) Seri Iskandar Dibuka pada setiap hari ahad Masa : 8.30 pagi - 11 pagi Menjual barangan rumah, dan pakaian terpakai dan baharu, makanan dan pelbagai lagi. Macam-macam ada. Jom kita serbu ramai-ramai.Majlis Daerah Perak TengahMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201602/07436Lulus05/02/201605/02/201616:15:12
DATANGLAH BERAMAI - RAMAI45339/2016KESALAHAN PERTAMA SURUH TAMBAH "MELALUI" KAEDAH PEMAMPATAN UDARA.7.9.16. PEMBETULAN KE2 SURUH TUKAR KEPADA "MENGGUNAKAN" KAEDAH PEMAMPATAN UDARA. SEKEJAP SURUH TAMBAH MELALUI SEKEJAP SURUH TUKAR KEPADA MENGGUNAKAN.MANA SATU BETUL?Majlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201609/10463Lulus14/09/201614/09/201614:00:27
KEDAI DOBI SUKA RAMAI ( MBSA )41452/2016TiadaMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201608/11334Lulus22/08/201622/08/201612:29:03
MPS - Dewan Orang Ramai31575/2016TiadaMajlis Perbandaran SerembanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201606/13510Lulus24/06/201627/06/201608:52:55
JOM CETAK GAMBAR ‘SWAFOTO/FOTO RAMAI5522/2017CETAKAN PANTAS BERWARNAMajlis Daerah SegamatMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201702/09992Lulus03/02/201703/02/201709:39:42
Digi Broadband 20174613/2017Serabut Kerana Ramai Orang? Nikmati hiburan di rumah dengan lebih 40 saluran Pada hujung minggu Hiburan tanpa henti Kini di rumah Daripada RM30 BulanDewan Bandaraya Kuala LumpurTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201701/14975Lulus25/01/201727/01/201715:22:57
Public Mutual20744/2017Diiktiraf dan Dipercayai RamaiMajlis Bandaraya Melaka BersejarahMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201704/15886Lulus12/04/201713/04/201709:52:39
12345678910...

Kembali ke atas