Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rang.ka] | راڠک

Definisi : 1. tulang-tulangan (tubuh, rumah, dll), kerangka: ~ basikal; badannya kurus kering, tinggal ~; ~ rumah sudah berdiri; 2. buram, bagan, rancangan (yg menyeluruh dan tidak terperinci): guru hendaklah meng­gunakan berbagai-bagai kaedah utk men­dapat kejayaan, oleh yg demikian ~ yg diberikan ini hanyalah panduan sahaja; 30 orang intelek Melayu dr seluruh Malaysia akan membuat satu pertemuan awal dgn beliau dlm ~ sokongan intelek-intelek; ~ lawatan rancangan menyeluruh lawatan atau kunjungan; ~ pembangunan rang (ren-cana) pembangunan; berangka mempunyai rangka, ada bentuk­nya (bangunnya dll): binatang yg tidak ~; syair yg ~ tetap; merangka membuat atau mengatur rangka (rancangan, rencana, dll) utk sesuatu: malam itu abang ~ jadual utk esok; baginda akan membaca titah diraja yg ~ dasar kerajaan; dia ~ program yg akan diisinya kelak; merangka-rangka mengatur-atur, mereka-reka: ia ~ bahan yg akan dipercakapkan nanti; perangkaan ilmu yg membicarakan cara-cara membuat kesimpulan drpd data, meng­analisis data dan mentafsir data, statistik; perangka orang yg merangka (program, ran­cangan dsb), perancang: para ~ dan penyelia program ini terdiri drpd pegawai di Kemen­terian Pendidikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.ka] | راڠک

Definisi : ark tempat duduk di atas belakang gajah: Raja Melaka pun naik ke atas gajah yg berangka emas; ® rengga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.ka] | راڠک

Definisi : 1 tulang-tulang yg menentukan bentuk tubuh manusia atau binatang; kerangka. 2 tulang-tulang atau kerangka pd rumah (yg menunjukkan bentuknya). 3 garis-garis kasar bagi sesuatu perkara; rancangan: Sebelum mengarang, sediakanlah ~nya dahulu. berangka mempunyai rangka; ada bentuknya (bangunnya). merangkakan membuat atau mengatur rangka utk sesuatu: Mereka berusaha ~ satu projek yg menguntungkan semua pihak. merangka-rangkakan mengatur-atur; mereka-reka: Ia ~ bahan yg akan diucapkan esok. perangka orang atau pihak yg merangkakan sesuatu: Para ~ program itu sedang bermesyuarat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangka (kata nama)
1. Bersinonim dengan kerangka: tulang-tulangan, tengkorak, bengkarak, ragangan, rongkong, bingkai,

2. Bersinonim dengan rancangan: rencana, buram, bagan, draf, rang,

Kata Terbitan : berangka, merangka, merangka-rangka, perangkaan,


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
KILANG PERUSAHAAN KONKRIT, BAHAN BINAAN DAN RANGKA45395/2016KILANG PERUSAHAAN KONKRIT, BAHAN BINAAN DAN RANGKA CGPV INDUSTRIAL BUILDING SYSTEM SDN. BHD. (1044345-A)Majlis Perbandaran Johor Bahru TengahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201609/10559Lulus14/09/201615/09/201608:30:01
ISKANDAR MALAYSIA63600/2016ISKANDAR MALAYSIA ADALAH YANG PERTAMA DI MALAYSIA MELANCARKAN RANGKA KERJA KOMUNITI RENDAH KARBONMajlis Bandaraya Johor BahruMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201701/11584Lulus05/01/201705/01/201714:05:48

Kembali ke atas