Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.ka] | ريک

Definisi : (réka) 1. = reka-reka ark aturan, tin­dakan: mengambil ~ utk menyelamatkan dirinya; 2. = rekaan (sesuatu) yg dibuat-buat (diada-adakan, diakal-akalkan), buat-buat karangan: kita tumpukan perhatian kita pd sebuah keluarga Jepun rekaan kita; cerita seumpama ini adalah semata-mata rekaan; 3. daya upaya (tipu muslihat), akal ikhtiar: ia seorang yg banyak ~nya; ~ letak susunan bahan bertulis, fotograf atau kerja seni pd iklan atau halaman buku, surat khabar, dll; mereka, mereka-reka 1. menyusun (me­masang, mengatur, mengarang) baik-baik: perlembagaan itu telah direka oleh orang yg bijak pandai; sedikit sekali pengarang kita yg dapat ~ cerita-cerita yg bermutu tinggi; siapa tahu kalau cerita itu direka-reka; 2. mencari akal (daya, upaya, ikhtiar): sepanjang minggu, ia mereka-reka ke­putus­an yg akan diambilnya nanti; 3. me­mikirkan (sesuatu), merancang, merencana­­kan: seorang ahli sains telah ~ sepasang jangka suhu; dia ~ jawaban yg akan diberikan esok; 4. membayangkan (dlm angan-angan), mencita-citakan: ia mereka-reka siapa yg patut men­jadi suaminya; 5. menduga, mengagak-agak­kan, mengira-ngirakan: tidak ada orang yg ~ bahawa ia akan terpilih sbg wakil rakyat; rekaan, reka-rekaan 1. karangan (khayal), cerita karangan: cerita ini semata-mata ~; 2. buatan, ciptaan: reka-rekaan baharu yg dicipta oleh ahli-ahli sains; ~ bunga ciptaan bunga; 3. angan-angan, fantasi, rancangan; 4. kira-kiraan, perkiraan, perhitungan; perekaan perbuatan mereka: ~ mesingan menyebabkan perang menjadi perkara yg usang; pereka orang yg mereka (mereka-reka). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.ka] | ريک

Definisi : /réka/ 1 = rekaan sesuatu (spt cerita dll) yg dibuat-buat atau yg diada-adakan; karangan: cerita ~. 2 daya upaya; tipu muslihat; akal ikhtiar: Dia itu banyak ~nya. mereka 1 menyusun (mengatur, mengarang) baik-baik: Tidak banyak pengarang yg pandai ~ cerita yg menaikkan semangat. 2 memikir-mikirkan sesuatu; membayangkan dlm fikiran; mencari akal; mencari ikhtiar: Dia ~-reka perkara yg akan dilakukannya utk hidup berdikari. 3 memikir-mikirkan dan mencipta sesuatu: Thomas Elva Edison yg mula-mula ~ lampu elektrik. rekaan 1 sesuatu yg direka: Cerita ini ~ semata-mata. 2 hasil drpd mereka; ciptaan; buatan: bulan ~. 3 apa-apa yg difikir-fikirkan. perekaan perbuatan atau hal mereka (sesuatu). pereka orang yg mereka: ~ kapal terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
reka
Kata Terbitan : mereka, mereka-reka, rekaan, pereka,

Peribahasa

315

A liar is not believed when he tells the truth

Orang yang sudah biasa berbohong akan disangsikan kebenaran katanya.

Kayu bengkok, masakan lurus bayangannya?

Please don't make up stories because a liar is not believed when he tells the truth. You have only yourself to blame if your genuine pleas for help go unheeded someday.

Janganlah awak mereka-reka cerita kerana orang akan beranggapan kayu bengkok, masakan lurus bayangannya. Jangan awak menyalahkan orang lain pula jika rayuan minta tolong awak itu, meskipun betul, tidak diendahkan kelak.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
RAFFLES UNIVERSITY_23821/2014SENI REKA GRAFIK SENAI REKA MULTIMEDIA SENI REKA PRODUK SENI REKA HIASAN DALAMANMajlis Bandaraya Johor BahruPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201403/02805Lulus01/03/201403/03/201409:17:54
Papan Iklan GEC7568/2016PERKHIDMATAN PERCETAKAN GOLDEN EARTH CREATIVE ADVERTISING SOLUTION MARKETING REKA BENTUK. PERCETAKAN . PENGIKLANAN. REKA BENTUK 3D . MEMBINA REKA BENTUK 3D . PENASIHAT REKA BENTUK. PENGEDAR BARANG DIMILIKI OLEH: GOLDEN EARTH CREATIVE [SA025023-K]Majlis Bandaraya Shah AlamMedia CetakTiadaDBP/KPB/201602/08633Lulus22/02/201622/02/201616:11:49
STUDIO LUAS KARYA50268/2016REKA GRAFIK REKA LOGO DAN ITEM KORPORAT ILUSTRASIMajlis Perbandaran Batu PahatHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201610/12912Lulus15/10/201617/10/201607:45:08
PEMBUAT PERABUT DAN REKA BENTUK RUMAH14675/2016PEMBUAT PERABUT DAN REKA BENTUK RUMAH INFINITY CONCEPT HOUSE REKA BENTUK RUMAG, KABINET DARUP, ALMARI, KERJA-KERJA PENGUBAHSUAIAN RUMAHMajlis Perbandaran Sungai PetaniPerkakas dan Hiasan RumahTiadaDBP/KPB/201604/08999Lulus31/03/201601/04/201608:13:33
Perunding Reka Bentuk Dalaman16024/2017PERUNDING REKA BENTUK DALAMANMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201703/17883Lulus21/03/201722/03/201711:49:16
Pakar Reka Bentuk Dalaman Pejabat16042/2017PAKAR REKA BENTUK DALAMAN PEJABATMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201703/18355Lulus23/03/201724/03/201711:27:04
Reka Baju Anda47681/2015Sulam, Cetak, Reka baju andaMajlis Perbandaran TemerlohKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201511/09573Lulus26/11/201526/11/201515:39:27
Pejabat Reka Bentuk29426/2015Pejabat Reka BentukTiadaPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201507/08831Lulus25/07/201529/07/201515:23:38
REKA GRAFIK DAN PERCETAKAN RINGO44746/2016PERKHIDMATAN REKA BENTUK GRAFIK DAN PERCETAKAN RINGOMajlis Perbandaran Sungai PetaniPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201609/10705Lulus15/09/201615/09/201615:28:21
KEDAI REKA BENTUK DALAMAN17460/2016KEDAI REKA BENTUK DALAMANMajlis Daerah LabisHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201604/10892Lulus14/04/201614/04/201614:17:41
12345678910...

Kembali ke atas