Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.ze.ki] | رزقي

Definisi : Ar 1. segala sesuatu yg dikurniakan oleh Allah utk keperluan rohani dan jasmani, mis makanan, ilmu dsb; ada nyawa (umur) ada ~ selama masih hidup tentu mendapat makanan; itu bukan ~ saya itu bukan utk saya (makanan dll); memberi ~ a) memberi makanan (nafkah); b) membawa keuntungan (kemujuran); 2. ki pendapatan, penghasilan, pencarian (wang dll utk sara hidup); ke­hilangan ~ kehilangan mata pencarian; men­cari ~ mencari makan, mencari peng­hidupan (dgn berusaha dll); mendapat ~ a) mendapat makanan (penghidupan dll); b) mendapat untung (laba), mujur; putus ~ kehilangan pencarian; 3. peluang utk beroleh makanan dll, keuntungan, perolehan; bukan ~ bukan habuan (untung) seseorang; dekat ~nya cepat (mudah) mendapat untung; jauh ~nya sulit (susah) mencari untung; kalau ada ~ kalau ada wang (habuan, kemudahan, untung); mudah-mudahan dimurahkan ~nya mudah-mudahan banyak (mudah) mendapat ke­un­tung­­an dll; naik ~nya semakin bertambah ke­untungannya; orang makan gaji, umur pan­jang ~ beragakkan Mn orang makan gaji, umur panjang tetapi perolehannya terhad; pembahagian ~ pembahagian keuntungan dll; perebutan ~ perebutan keuntungan dll; ~ batin sesuatu yg berfaedah utk batin, makanan rohani (jiwa); ~ harimau ki sewaktu ada makanan banyak dan berjenis-jenis; ~ jangan ditolak untung jangan dibuang (dibiarkan terlepas); ~ mahal susah mencari penghidupan, jarang mendapat keuntungan; ~ mata sesuatu yg sedap dipandang; ~nya meninggi mendapat keuntungan tidak dgn bersusah payah; ~ merendah semua yg di­usahakannya itu menguntungkannya; ~ murah selalu mendapat keuntungan tidak dgn bersusah payah; ~ yg halal pendapatan dll yg halal (bukan dgn penipuan dll); ~ elang tak akan dapat (dimakan) oleh musang (burung pipit) prb semua orang ada kemujurannya masing-masing, keuntungan seseorang tidak boleh direbut oleh orang lain; merezekikan memberikan rezeki: mereka tidak direzekikan dgn gugur syahid di medan jihad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.ze.ki] | رزقي

Definisi : segala sesuatu yg diperlukan utk hidup; makanan atau segala yg diperlukan sehari-hari; nafkah: Mudah-mudahan Tuhan memurahkan ~ kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rezeki (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan nafkah, mata pencarian, periuk nasi, pendapatan, perolehan gaji, upah keuntungan, laba, elaun, komisen, dividen, bonus, ganjaran, hasil, panen.,

Puisi
 

Anak Cina bermain ceki,
     Baju dibuka tinggal seluar;
Kalau sudah bukan rezeki,
     Di dalam mulut lari keluar.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Ada nyawa ada rezeki.

Bermaksud :

Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada umur ada rezeki).

 

Lihat selanjutnya...(22)

100

Nothing so bad but it might have been worse

Di sebalik malang yang menimpa, tentu ada kebaikan atau rahmatnya.

Dalam buruk ada baik

She was deeply depressed when her megastar fiancé dumped her. She had known him long before he became famous. But nothing so bad but it might have been worse. Her broken relationship has been trust into the limelight and opened doors to many lucarative offers from big companies. Now, she’’s crying all the way to the bank!

Dia dirundung kesedihan apabila tunangnya yang merupakan artis ternama telah meninggalkannya. Dia mengenali lama sebelum tunangnya itu menjadi terkenal. Tetapi dalam buruk ada baik. Kisah putus tunangnya itu menjadi perhatian ramai dan mengundang banyak tawaran lumayan daripada syarikat yang besar. Kini, rintihannya itu mengaut rezeki!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
KEDAI KEK RESTU REZEKI5864/2015KEDAI KEK RESTU REZEKI RESTU REZEKI BAKERY (SA0311381-A) Lot 3720 Lorong Haji Shoib, Batu 7 Jalan Kebun, Seksyen 30, 40460 Shah Alam, Selangor. Tel.: 03-5161 2538 / 010-243 1312 Laman Web: resturezekibakeryhouse.com E-mel: sales@resturezeMajlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201503/05712Lulus10/03/201510/03/201513:52:24
REZEKI MINIMART7516/2017KEDAI RUNCIT REZEKI MINIMART JM0793846-VMajlis Perbandaran KluangKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201702/11390Lulus13/02/201714/02/201708:52:19
REZEKI MINIMART50607/2016KEDAI RUNCIT REZEKI MINIMART JM0669366-AMajlis Perbandaran KluangKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201610/12969Lulus14/10/201617/10/201608:55:34
AFICIO REZEKI43962/2016AFICIO REZEKI ENTERPRISEMajlis Perbandaran TemerlohHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201609/11931Lulus26/09/201626/09/201615:55:09
Restoran Rezeki Malindo50578/2015Restoran Rezeki Malindo Nasi Campur Tomyam SeafoodMajlis Daerah KulaiMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201512/07908Lulus10/12/201511/12/201515:39:43
PASAR RAYA JASA REZEKI ENTERPRISE17271/2017PASAR RAYA JASA REZEKI ENTERPRISEMajlis Daerah Hulu SelangorHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201703/18465Lulus24/03/201727/03/201708:51:10
Mini Signboard Masjid17787/2016Rezeki itu milik Allah. Semakin kita ikhlas memberi, kepada orang lain, insyaallah, dia akan memudahkan rezeki kita.Majlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201604/11406Lulus18/04/201618/04/201615:23:49
Mini Signboard Masjid17778/2016Rezeki Itu Milik Allah, Semakin Kita Ikhlas Memberi, Kepada Orang Lain, Insyaallah, DIA Akan Memudahkan Rezeki Kita..Majlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201604/11401Lulus18/04/201618/04/201615:18:53
REZEKI IDRIS SEAFOOD57860/20164' x 20' LIGHTBOXMajlis Bandaraya Johor BahruMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201611/13376Lulus17/11/201621/11/201608:55:13
NAZIM REZEKI ENTERPRISE17061/2017DIGIDewan Bandaraya Kuala LumpurTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201703/18382Lulus23/03/201724/03/201715:43:23
123

Kembali ke atas