[riang] | رياڠ
Definisi : sangat gembira, girang hati, suka hati: anak-anak sedang menari dan menyanyi dgn ~; ~ gembira suka dan gembira; ~ hati girang (senang) hati, suka hati, sukacita; ~ ria riang gembira; beriang; ~ hati = beriang-riang bersuka-suka, bergembira-gembira, bergirang-girang: hamba tidak melarang tuan-tuan bersuka-suka, beriang-riang hati tetapi tiap-tiap sesuatu ada hingga batasnya; meriangkan menggembirakan, menggirangkan, menyenangkan hati; keriangan 1. = ~ hati perasaan sukacita, kesukaan, kegembiraan; 2. berasa riang, berasa sangat gembira: Salina ~ melihat gelagat Si Bulat; periang (orang yg) selalu riang: ia seorang yg ~ dan peramah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[riang] | رياڠ
Definisi : = meriang; ~ semangat berasa pening-pening, berasa gamang; badannya meriang dia agak demam; ® meriang I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[riang] | رياڠ
Definisi : Kd, Pn tenaga, kuasa; tak ada ~ lagi tidak ada tenaga lagi (tidak larat lagi), sudah lemah; reng III. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[riang] | رياڠ
Definisi : 1 nama sj serangga, Pomponia imperatoria. 2 serangga yg berkepala lebar, berkepak lejas dan yg jantannya mempunyai sepasang organ yg mengeluarkan bunyi yg nyaring, Cicada spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[riang] | رياڠ
Definisi : sangat gembira; suka hati; girang hati: Kanak-kanak sedang bermain-main dgn ~. ~ gembira suka hati dan gembira. beriang; ~ hati, = beriang-riang bersuka-suka; bergirang-girang; bergembira. meriangkan menyenangkan atau menghibur hati; menggembirakan; menggirangkan. keriangan, = ~ hati perasaan riang; kegembiraan atau kesukaan (hati). periang orang yg selalu riang atau selalu gembira. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[riang] | رياڠ
Definisi : ; riang-riang, reriang 1 nama sj serangga, Pomponia imperatoria. 2 serangga yg berkepala lebar, berkepak lejas dan yg jantannya mempunyai sepasang organ yg mengeluarkan bunyi yg nyaring, Cicada spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[riang] | رياڠ
Definisi : ; riang-riang nama sj binatang spt biawak yg besar, Varanus salvator. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)