Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[run.ding] | رونديڠ

Definisi : 1. sl perhitungan, perkiraan, per­timbangan; 2. pembicaraan (perkiraan) yg sungguh-sungguh lagi mendalam tentang sesuatu hal; hamba tidak berbanyak ~ tidak banyak bicara; ~ cara khidmat atau pemberian bimbingan dan nasihat menerusi perbincangan masalah dan cara-cara mengatasinya; merentang ~ memanjang-manjangkan percakapan (per­bualan, pembicaraan); pakar ~ pakar pe­runding; ~ banyak nan ka disebut prb jika banyak berembuk akan dicapai keputusan; berunding 1. bercakap-cakap (tentang se­suatu hal) dgn sungguh-sungguh, berbicara, berembuk: Tuanku berharap Filipina akan mengubah sikapnya dan bersetuju utk ~ di Bangkok; 2. bercakap-cakap (tentang se­suatu), berkira-kira: letakkanlah bakul itu dahulu, marilah kita ~ sedikit; inda ~ Br tidak berkira, bertolak ansur; merunding sl menghitung, mem­per­hitung­kan; runding-merunding hitung-menghitung, tim­­­bang-menimbang; merundingkan 1. memperhitungkan, mem­­perkirakan: mereka adik-beradik, jadinya tidaklah dirundingkan sangat kalau ia memakai wang adiknya itu; 2. memper­katakan (membicarakan) sesuatu utk mem­peroleh persetujuan penuh, membicarakan: barang sesuatu yg akan diperbuatnya dirundingkannya lebih dahulu dgn isterinya; rundingan 1. perbincangan antara dua atau banyak utk menyelesaikan masalah (per­telingkahan, persengketaan, dsb atau men­capai sesuatu persetujuan): ~ telah membawa kpd pertengkaran dan pertengkaran pula membawa kpd perkelahian; persengketaan sebaik-baiknya diselesaikan menerusi ~; ~ meja bulat rundingan dgn menggunakan meja bulat sbg menunjukkan bahawa pihak-pihak yg terlibat mempunyai taraf yg sama; ~ telah putus pembicaraan sudah selesai dan meng­hasilkan persesuaian; 2. butir-butir pem­bicaraan (pembincangan dll), isi pembicaraan: segan menurut ~ orang lain segan menurut nasihat orang lain; ~ damai pembicaraan utk mencari perdamaian; perundingan perbuatan berunding, pem­bicaraan, permesyuaratan, perembukan: ia telah memajukan tuntutannya dlm ~ itu; perunding 1. orang yg berunding (utk men­capai sesuatu persetujuan): seorang diplomat dan ~ yg ulung; 2. orang (syarikat dsb) yg dirujuk utk mendapatkan nasihat kepakaran (tunjuk ajar dsb); pakar ~ orang (syarikat dsb) yg mempunyai pengetahuan kepakaran yg tertentu dan berlaku sbg perunding. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[run.ding] | رونديڠ

Definisi : ; berunding berbicara ttg sesuatu hal dgn sungguh-sungguh; berbincang: Mereka sedang ~ hendak menamatkan peperangan di Vietnam. merundingkan membincangkan sesuatu utk mendapatkan kata sepakat: Perkara itu akan dirundingkan dlm mesyuarat. rundingan majlis dsb utk merundingkan sesuatu; isi atau butir perbicaraan: Kata sepakat itu telah dicapai dlm satu ~. perundingan 1 perbuatan atau hal berunding; perbicaraan. 2 perbuatan atau hal merundingkan; pembicaraan. perunding orang yg berunding atau yg merundingkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
runding
Kata Terbitan : berunding, merundingkan, rundingan, perundingan, perunding,

Puisi
 

Anak Semabuk pergi ke Kelang,
     Berniaga buah serba rasa;
Makin mabuk makin meradang,
     Salah runding jadi kecewa.


Lihat selanjutnya...(2)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PEJABAT URUSAN PEGUAM SYARIE (CAWANGAN MELAKA)40776/2016"PEJABAT URUSAN" ABDULLAH HALIM & ASSOCIATES. PEGUAM SYARIE / SYARIE COUNSEL, RUNDING CARA KELUARGA ISLAM / SYARIAH, RUNDING CARA WASIAT, WAKAF, HIBAH DAN FARAID.Majlis Perbandaran Alor GajahPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201608/10778Lulus17/08/201618/08/201612:53:12
PERKHIDMATAN RUNDING CARA9882/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201811/16577Lulus19/09/201627/11/201816:57:35
PERKHIDMATAN RUNDING2509/2014TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201511/09398Lulus16/06/201425/11/201518:27:14
PAKAR RUNDING - LRT-KLJ (Pakej B)42029/2015Sebagai pejabat pengurusan pihak konsultan.Majlis Perbandaran Subang JayaPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201510/10483Lulus28/10/201528/10/201512:22:16
101 AC Hanging Banner27015/20162 Jam Runding Cara + Rawatan Hanya untuk Pelanggan Baru yang Bermasalah RambutMajlis Perbandaran Seberang PeraiSalunTiadaDBP/KPB/201606/10155Lulus03/06/201606/06/201607:36:33
101 SP Hanging Banner27018/20162 Jam Runding Cara + Rawatan Hanya untuk Pelanggan Baru yang Bermasalah RambutMajlis Perbandaran Sungai PetaniMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201606/10156Lulus03/06/201606/06/201607:36:58
101 Klang Valley Hanging Banner27013/20162 Jam Runding Cara + Rawatan Hanya untuk Pelanggan Baru yang Bermasalah RambutDewan Bandaraya Kuala LumpurSalunTiadaDBP/KPB/201606/10154Lulus03/06/201606/06/201607:36:00
HF SERVICE & MANAGEMENT9650/2017HF SERVICE & MANAGEMENT No. 59-4A, Jalan Balau, Taman Batu Pahat, 83000 Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Telefon: 07-433 0085 Faks: 07-431 3344 Emel: hfsm15@gmail.com SYARIKAT PERKHIDMATAN RUNDING CARA DAN PENGURUSAN HARTANAHMajlis Perbandaran Batu PahatPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201702/13678Lulus24/02/201724/02/201711:47:56

Kembali ke atas