Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.kit] | ساکيت

Definisi : 1. menderita sesuatu (spt demam, pening, dll) yg menyebabkan seluruh tubuh atau se-suatu bahagiannya tidak segar, (berada dlm keadaan) tidak sihat, uzur: tekaknya ~; adikku ~; 2. ki menderita kesusahan (kesengsaraan, kesedihan, dll), sedih: kalau engkau terlalu boros begini alamat ~lah hidup engkau nanti; ~ akal gila; ~ angau rindu akan kekasih (bkn orang dlm percintaan); ~ angin pasang-pasang sj sakit angin pasang-pasang yg menyebabkan buah zakar laki-laki bengkak; ~ angin se-lenyap sj sakit angin pasang-pasang yg menyebabkan kemaluan laki-laki tidak nampak; ~ angin taufan = ~ (maha)raja singa penyakit yg berpunca drpd perhubungan seks (perhu-bungan kelamin) secara liar, sifilis; ~ asabat sakit pd urat saraf; ~ baka beguk; ~ berat = ~ lasat = ~ payah sakit yg teruk; ~ fikiran = ~ ingatan = ~ otak gila; ~ gajah = ~ gajah-gajahan elefantiasis, untut; ~ hati berasa sangat tersinggung dan marah (kerana dihina dll); ~ jantung apa sahaja penyakit yg ada kaitan dgn jantung; ~ jiwa a) sakit mental; b) bp tidak tenteram fikiran kerana ada unsur-unsur yg menekan jiwa; ~ kepala pening kepala; ~ kuning sakit yg menyebabkan tubuh menjadi kuning; ~ mental tidak siuman fikiran-nya, sakit otak, gila; ~ menimpa sesal terlambat prb perbuatan yg terlanjur dan tidak dapat diubah lagi; ~ perut, baharu tahu di liang lantai prb sesudah men-dapat kesusahan baru teringat akan yg perlu; ~ sama mengaduh, luka sama menyiuk prb sama-sama bertanggungjawab; apa boleh buat, biar ~ dahulu senang kemudian prb biarlah bersusah-susah dahulu asalkan senang kemudiannya; lain ~, lain diubat, lain luka, lain dibebat prb jawab yg bersalahan dgn soalan (lain yg diminta, lain yg diberikan); tiada ~ makan ubat prb menyusahkan diri sendiri; bersakit, bersakit-sakit 1. berusaha benar-benar (utk memperoleh sesuatu), bersusah payah: tidak akan dapat mencapai sesuatu dgn tidak ~; 2. selalu sakit: sudah beberapa lama dia ~ sahaja; 3. menderita kesusahan (kesukaran, kesulitan, dll): bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian; menyakit mendatangkan sakit (sengsara, sedih dll): segala maki hamun tidak ~ pada-nya; menyakiti 1. menyebabkan berasa sakit (sengsara, sedih, pilu, dll): janganlah kamu suka mengganggu dan ~ orang lain; aku tidak sanggup ~ hatimu; 2. ark sakit ketika melahirkan anak: ketika itu bininya sedang ~; menyakitkan menjadikan sakit (susah, risau, sedih, tidak senang, dll), menyebabkan berasa sakit: hulu kikir yg bujur atau runcing boleh ~ tangan ketika menggunakannya; ~ hati menyebabkan (seseorang) berasa sangat tersinggung dan marah (kerana telah dihina dsb): Zarina ketawa seolah-olah me­ngejek-nya, ini ~ hatinya; ~ mata merupakan sesuatu yg sangat buruk, tidak menyenangkan sesiapa yg melihatnya; kesakitan 1. perihal sakit, menderita sakit (susah dll): raja itu pun terlentang selaku orang ~ sangat; 2. sengsara, kesusahan hidup; penyakitan, berpenyakitan selalu sakit-sakit, selalu menghidap penyakit, sentiasa dihinggapi penyakit: anak yg berpenyakitan dan tidak cerdas dan cerdik; penyakit 1. sesuatu yg menyebabkan badan menjadi sakit (atau yg mengganggu kesihatan): dia sudah sihat drpd ~ lelah; ~ berjangkit penyakit yg mudah berjangkit (spt kurap, malaria, dll); ~ kelamin penyakit berjangkit yg lazimnya tersebar melalui hubungan seks; ~ mental (Ubat) gangguan mental; ~ organik (Ubat) penyakit yg melibatkan perubahan struktur tubuh; ~ tidur (Ubat) penyakit yg ditularkan kpd manusia melalui gigitan lalat tsetse (terutamanya di Afrika), dan dicirikan dgn demam yg berulang, pening, mengantuk, dan bengkak pd bahagian tertentu tubuh; 2. ki sesuatu yg menyebabkan keburukan, kepincangan hidup dll yg merebak (spt pelacuran, rasuah, dll), sesuatu yg me­nyusahkan: pengangguran menjadi ~ dlm negeri itu; ~ sosial amalan atau perlakuan yg tidak baik yg berlaku dlm masyarakat, mis penagihan dadah dan tabiat melepak; 3. ki, Id bangsat, sial (makian); berpenyakit menghidap penyakit, selalu menghidap sesuatu penyakit; pesakitan Id 1. orang yg didakwa (dlm mahkamah): polis telah menyilakan ~ masuk menerima hukumannya; 2. orang tahanan; pesakit orang yg sakit, si sakit; ~ dalam pesakit yg dimasukkan ke dlm wad utk menjalani rawatan penyakitnya; ~ luar pesakit yg hanya menerima rawatan di hospital atau klinik tetapi tidak dimasukkan ke dlm wad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.kit] | ساکيت

Definisi : 1 berasa tidak sihat tubuh atau bahagian-bahagiannya kerana sesuatu sebab; uzur: Dia tidak dpt bekerja hari ini kerana ~ perut. 2 ki berasa sedih (susah); sengsara. ~ akal (fikiran, otak) gila. ~ hati berasa marah kerana dihina dll. ~ jiwa tidak berapa siuman kerana ada sesuatu yg menekan jiwanya. ~ kepala berasa pening kepala. ~ kuning penyakit yg disebabkan oleh gangguan pd hempedu dan menjadikan tubuh dan mata berwarna kuning. ~ mata a. sakit pd mata. b. tidak suka atau tidak berkenan melihat sesuatu yg tidak digemari. ~ mental tidak siuman, gila. ~ telinga a. sakit pd telinga. b. sakit hati (perasaan) kerana mende­ngar kata-kata yg tidak digemari. ber­­s­akit menahan rasa sakit: kuat ~ kuat menahan rasa sakit. bersakit-sakit 1 berusaha dgn tidak mengenal jerih dan payah; berusaha sungguh-sungguh (utk mencapai se­­suatu): ~ dahulu, bersenang-senang ke­mudi­an. 2 menanggung ke­susahan (kesulitan dsb): Kalau tidak sanggup ~, janganlah hidup di rantau orang. 3 kerap jatuh sakit; selalu menderita sakit: Sejak dua tahun yg lalu, dia ~ saja. menyakiti 1 menyebabkan orang berasa sakit: Sebenarnya polis tidak boleh ~ orang-orang tahanan. 2 menjadikan sakit: Kata-katanya ~ hatiku. menyakitkan menimbulkan rasa sakit; mendatangkan sakit: Hulu kikir yg bujur akan ~ tangan ketika menggunakannya. kesakitan 1 menderita sakit: Anak itu menjerit-jerit ~ kerana dipukuli ayahnya. 2 keadaan atau hal sakit; kesukaran hidup; kesengsara­an. penyakit sesuatu yg menyebabkan badan atau bahagian badan menjadi sakit: ~ malaria sudah berkurang sekarang ini. ~ berjangkit penyakit (spt kurap) yg mudah berjangkit. ~ masyarakat (sosial) sesuatu amalan atau per­lakuan yg menimbulkan masalah dan melemahkan masyarakat, spt masa­lah penagihan dadah dan rasuah. berpenyakit 1 ada penyakitnya. 2 = penyakitan selalu menderita sakit; selalu sakit: Pengemis itu sudah tua dan ~. pesakit orang yg sakit. ~ luar pesakit yg hanya diberi rawatan di hospital atau klinik tetapi tidak dimasukkan ke (dlm) wad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,

Puisi
 

Sakit barah sakitnya bisul,
     Sakit mari menghujung jari;
Kami bertanya kepada usul,
     Untuk siapa cincin di jari?


Lihat selanjutnya...(75)
Peribahasa

Sakit sama mengaduh,
     luka sama menyiuk.

Bermaksud :

Sama-sama ikut bertanggungjawab.

 

Lihat selanjutnya...(53)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
YAP CHAN KOR58392/2016PUSAT RAWATAN SAKIT OTOT DAN SAKIT SENDI KRONIKDewan Bandaraya Kuala LumpurUbat-ubatanTiadaDBP/KPB/201611/13813Lulus21/11/201622/11/201612:36:34
Permohonan Bantuan Kewangan17657/2017Permohonan Bantuan RM300 Sebulan Kini Dibuka Eco-Shop Marketing Sdn. Bhd. Syarat Kelayakan (Penduduk Jementah dan Kebun Bahru) Sakit Kanser Lumpuh Sakit Buah Pinggang Ibu Tunggal/Duda Cacat Fizikal Warga Emas (Tiada Tempat Bergantung) Sakit MMajlis Daerah SegamatMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201703/19028Lulus28/03/201729/03/201708:44:31
Uphamol - Adoi Sakit Kepala (2)41388/2016Harga barang meningkat ADOI! Sakit kepalaMajlis Bandaraya Petaling JayaUbat-ubatanTiadaDBP/KPB/201608/11862Lulus25/08/201625/08/201615:15:42
PUSAT RAWATAN SAKIT TULANG BELAKANG15959/2015PUSAT RAWATAN SAKIT TULANG BELAKANGMajlis Bandaraya Petaling JayaPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201504/08610Lulus27/04/201528/04/201515:31:45
PUSAT RAWATAN SAKIT TULANG BELAKANG15958/2015PUSAT RAWATAN SAKIT TULANG BELAKANGMajlis Bandaraya Petaling JayaPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201504/08609Lulus27/04/201528/04/201515:31:15
Uphamol - Adoi Sakit Kepala (1)41387/2016Gangguan bekalan air seminggu. ADOI! Sakit KepalaMajlis Bandaraya Petaling JayaUbat-ubatanTiadaDBP/KPB/201608/11861Lulus25/08/201625/08/201615:15:26
PUSAT PENJAGAAN ORANG SAKIT & WARGA EMAS14710/2014PUSAT PENJAGAAN ORANG SAKIT DAN WARGA EMASTiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201407/04116Lulus01/07/201402/07/201408:05:38
Diamagnetic Physio Centre8555/2014SAKIT BELAKANG (Lower back pain) LEHER TEGANG (Stiff neck) KECEDERAAN SUKAN (Sports Injuries) SAKIT SENDI (Joint pain) REHABILITASI STROK (Stroke rehab)Majlis Perbandaran SerembanPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201404/04703Lulus29/04/201429/04/201411:21:09
GEL AMANI49061/2015ANDA SAKIT LUTUT? TIDAK MAMPU SOLAT BERDIRI? MEMPERKENALKAN GEL AMANI MEMBANTU IBU DAN AYAH KEMBALI SOLAT BERDIRI DALAM MASA 7 HARI. PENAWAR SAKIT LUTUT DAN ENDI NO.1 MALAYSIA.Majlis Bandaraya Shah AlamUbat-ubatanTiadaDBP/KPB/201512/06708Lulus02/12/201503/12/201509:30:19
GEL AMANI48074/2015ANDA SAKIT LUTUT? TIDAK MAMPU SOLAT BERDIRI? MEMPERKENALKAN GEL AMANI MEMBANTU IBU DAN AYAH KEMBALI SOLAT BERDIRI DALAM MASA 7 HARI PENAWAR SAKIT LUTUT DAN SENDI NO 1 MALAYSIAMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201511/09718Lulus26/11/201527/11/201509:12:41
12345

Kembali ke atas