Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.but] | سمبوت

Definisi : ; bersambut 1. ada balasan (jawaban dll): pertanyaan tadi tidak ~; 2. disertai (oleh): bunyi tapak sepatu berdentum-dentum dihentakkan kuat-kuat pd anak tangga ~ dgn cakap-cakap kasar dan bangga; 3. membeli sesuatu dgn membayar kemudian; dagangan ~ yg dijualnya ki mengatakan sesuatu dgn hanya menurut kata orang lain; bersambutan 1. berpadanan, sesuai (dgn): rambutnya ikal terlalu panjang ~ dgn leher-nya jinjang; 2. = bersambut-sambutan, sambut-menyambut berbalas-balasan, ber-sahut-sahutan: maka berbunyilah nobat nafiri, ~ pula dgn bunyi-bunyian sekalian; bunyi jeritnya tersangat kuat, bergaung bersambut-sambutan bunyinya; menyambut 1. menerima (menangkap dll) dgn tangan: maka surat itu disambut oleh bentara, dan dipersembahkannya kpd Sultan Pahang; saya menghulurkan tangan kepadanya dan disambutnya; 2. menerima (perkhabaran, cadangan, dll), memberi (me-nunjukkan) reaksi kpd: ibu ~ berita itu dgn menghamburkan air mata; ini dilakukan sbg ~ cadangan Angkatan Sasterawan 50; 3. = menyambuti sl menerima kedatangan orang, mengalu-alukan (tetamu dll), me-nyongsong: maka pergilah segala bentara dan biduanda ~ orang dua belas itu; 4. menjawab (percakapan dll), menyampuk: Wan Derus ~ cakap isterinya; 5. menjawab (cabaran, tentangan, dll), melawan (serangan, kecaman, dll): ia ~ cabaran itu; 6. meneruskan (giliran), melanjutkan (kerja yg berganti-ganti): dua orang polis khas datang dgn senapang bercekah ~ giliran mereka bertugas malam itu; 7. membeli dgn membayar beransur-ansur: dia dapat ~ dulu barang di kedai Malabari itu; ~ baik menerima baik, berkenan, ber-setuju: jurubicara konsulat Filipina di Kuala Lumpur hari ini ~ baik langkah Malaysia itu; sambut-menyambut 1. berbalas-balasan (perbualan, nyanyian, dll): mereka berpantun ~; 2. berturut-turut, berganti-ganti, sambung-menyambung; sambutan 1. penerimaan (ketibaan tetamu dll), cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu, dll): bagaimana nanti ~ yg akan diterimanya kalau ia pergi ke sana? 2. perhatian (pandangan, anggapan, dll) terhadap sesuatu hal, reaksi: buku karangannya telah mendapat ~ yg baik drpd masyarakat; 3. jawaban terhadap cabaran (tentangan dll), balasan, perlawanan: cabaran itu mendapat ~ drpd orang-orang muda; 4. barang yg dibeli dgn bayarannya ditangguh-kan, barang yg diamanahkan utk dijual; ~ baik penerimaan baik, perkenanan, per-setujuan; ~ permaidani merah sambutan istimewa yg diberikan kpd tetamu kenamaan atau orang yg terkenal, biasanya ketibaannya disambut dgn hamparan permaidani merah; penyambutan perihal menyambut: sebuah senyum telah diberikannya sbg salam ~; penyambut 1. orang yg menyambut (tetamu dll), penerima: ~ tetamu; 2. kayu yg dipasang utk menyangga gelegar (pd rumah); 3. angka pembahagi yg besar (dlm kira-kira pecahan); 4. pelengkap (dlm sesuatu ayat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.but] | سمبوت

Definisi : ; bersambut mendapat ba­lasan; ada yg menerima (menjawab dsb); berjawab; berbalas: Segala soalan kita telah ~. menyambut 1 menerima apa-apa yg diberikan dgn tangan: Dia ~ hadiah itu dgn tertib. 2 menadah atau menangkap apa-apa yg jatuh atau yg dilemparkan: Dia ~ bola itu dgn tenang lalu menyepaknya ke tengah padang. 3 menerima kedatangan pelawat atau tetamu; mengalu-alukan kedatangan orang: Beberapa orang pegawai kanan kerajaan telah pergi ~ kepulangan baginda di lapangan terbang. 4 memberi balasan kpd sesuatu hal (menerima cabaran orang dll): Rakyat telah ~ baik Rancangan Malaysia Kelima. sambutan 1 cara-cara meraikan ketibaan tetamu dll: Setibanya di bandar itu, beliau telah menerima ~ yg sangat meriah. 2 perhatian dll yg diberikan terhadap sesuatu hal: Buku karangannya tidak mendapat ~ yg memuaskan drpd masyarakat. penyambut 1 orang yg menyambut kedatangan orang: ~ tetamu. 2 nombor pembahagi dlm sesuatu angka pecahan. 3 ist frasa nama yg letaknya sesudah kata kerja transitif dlm susunan sesuatu ayat; objek. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Naik bukit terkedok-kedok,
     Hendak cari damar batu;
Habis kering bergadai golok,
     Hendak sambut anak menantu.


Lihat selanjutnya...(3)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Sambut Keriangan Aidilfitri Bersama-sama28444/2015Sambut Keriangan Aidilfitri Bersama-samaMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201507/08014Lulus15/07/201515/07/201514:32:30
JOM sambut perayaan bersama JUBIN FERUNI24001/2017Pelan Bayaran Ansuran. Hanya Rm88.02 bulanan selama 12 bulan. Jubin Dapur Percuma TupperwareBrands bagi setiap pembelian bernilai RM 5,000. Serendah RM6++. Jubin terpilih Sahaja.Majlis Bandaraya Melaka BersejarahMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201704/18149Lulus21/04/201725/04/201709:29:39
promosi sambut syawal31627/2016Sony Centre is the company registered company name, cannot be changeMajlis Perbandaran KluangMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201606/13681Lulus27/06/201628/06/201607:36:53
PROMOSI SAMBUT SYAWAL31500/2016PROMOSI BERSEMPENA SYAWAL, 10JUN - 10JULAI 2016, REBUT TAWARAN MENARIK PRODUK SONYMajlis Daerah PekanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201606/13706Lulus27/06/201628/06/201607:47:45
PB GOLDEN FORTUNE8448/2017Sambut Tahun Baharu dengan Ganjaran EmasTiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201702/13848Lulus24/02/201727/02/201709:03:51
SONY28621/2016SONY, Promosi Sambut Syawal, Rebut tawaran menarik produk Sony, www.sony.com.myMajlis Perbandaran MuarMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201606/11325Lulus09/06/201610/06/201609:22:31
Promosi Hari Raya26670/2016Promosi sambut SyawalPihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201606/09865Lulus30/05/201602/06/201614:25:17
PROMOSI AIDILFITRI30053/2016DAMAI OPOTOMETRY CENTRE JOM SAMBUT HARI RAYA DENGAN CERMIN MATA BAHARU PROMOSI AIDILFITRI 1 RAMADAN-30 SYAWAL 1437H TAMAN FAJAR, JALAN MERSING (07-7769089) BERHADAPAN KLUANG MALL (07-7739089) KACA MATA HITAM RM 89 CENDERAHATI RAMADAN UNTUK SEMUA BMajlis Perbandaran KluangKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201606/12406Lulus16/06/201617/06/201610:59:29
SONY RAYA30680/2016SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Promosi Sambut Syawal 10 Jun-10 Julai 2016, SONYMajlis Perbandaran MuarBarangan Elektrik dan ElektronikTiadaDBP/KPB/201606/12930Lulus20/06/201621/06/201618:08:34
SONY Banner28623/2016SONY, Rebut tawaran menarik produk Sony, Promosi Sambut SyawalMajlis Perbandaran MuarMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201606/11328Lulus09/06/201610/06/201609:23:29
12

Kembali ke atas