Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ngat] | ساڠت

Definisi : 1. terlalu, terlampau: bilangan murid yg mendapat sijil pertama ~lah sedikit; 2. hebat, kuat, menjadi teruk: susahnya amat ~; penyakitnya bertambah ~; 3. benar-benar (sungguh-sungguh, sememangnya, dll): mereka mahu ~ mendengar cerita itu; apalah ~ apa pentingnya (mustahaknya dll); sangat-sangat 1. terlalu (terlampau dll) sangat, amat sangat: cermin itu suatu benda yg ~ ajaib; elektromagnet adalah ~ berguna; 2. sungguh-sungguh benar: burung dan binatang mamalia ~ mengambil berat akan keselamatan anak mereka; bersangatan amat (terlalu) sangat: seluruh anggotanya telah letih lesu oleh ~ penat; menyangat menjadi lebih hebat (kuat, teruk, dll): dr sehari ke sehari semakin ~ sahaja sakitnya itu; menyangatkan menjadikan hebat (kuat, teruk, dll); mempersangat menjadikan bertambah sangat, menjadikan lebih (hebat, kuat, teruk, dll); tersangat terlalu sangat, teramat sangat: penyakit ini ~ mudah berjangkit; kesangatan 1. perihal sangat, keterlaluan; 2. teramat sangat: segala orang Melaka tidak boleh berdiri di pantai, drpd ~ bedil Peringgi itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ngat] | ساڠت

Definisi : 1 kata yg digunakan utk me­nya­takan perbandingan yg tinggi; ter­lalu; terlampau: Harganya ~ tinggi. 2 makin menjadi (bkn penyakit); teruk; kuat: Penyakitnya bertambah ~. 3 dgn sungguh-sungguh benar; tidak main-main: Saya hendak ~ pergi ke sana. sangat-sangat 1 = tersangat terlalu sangat; teramat sangat: ~ pedihnya. 2 sungguh-sungguh benar; tidak olok-olok lagi: Dia ~ memerlukan bantuan tuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sangat

Puisi
 

Sangat tinggi bukit puaka,
     Pak Wan lalu ke Kelang;
Abang pergi tidak mengapa,
     Adik tinggal menanggung bimbang.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Bersarak serasa hilang,
     bercerai serasa mati.

Bermaksud :

Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjarak serasa hilang, bercerai serasa mati). sarak = pisah.

 

Lihat selanjutnya...(229)

363

Manners maketh man

Budi bahasa yang ada pada seseorang sangat penting dan itulah yang dipandang orang.

Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi

Remember that manners maketh man. You'll be judged on how to behave, not on what you like, whe you come from,or how much money you make in a year.

Ingat yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi. Kita akan dinilai dari segi tingkah laku, buka rupa, asal usul, atau jumlah pendapatan kita.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(15)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
SANGAT MURAH42943/2015SANGAT MURAH Harga kontraktor yang terendahMajlis Perbandaran MuarMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201510/10280Lulus27/10/201527/10/201511:21:30
PERADUAN MERAH SANGAT2785/2014PERADUAN MERAH SANGATMajlis Bandaraya Shah AlamPerbankanTiadaDBP/KPB/201402/03529Lulus17/02/201418/02/201409:14:01
JUALAN MEGA LEBARAN26163/2016SEMUANYA SANGAT MURAHMajlis Daerah PekanPakaianTiadaDBP/KPB/201605/13382Lulus26/05/201630/05/201610:27:52
JOM BORONG41595/2015Murah Sangat.....!!! Ibu Pejabat JRM (Pusat TSB Sg. Buloh) Tel.: 03-6151 7133 / 019- 900 9133 Harga RUNTUH tanpa CBP ! 30-31 Okt. dan 1 Nov. 15 Kini 1 SetMajlis Daerah Kuala SelangorMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201510/09067Lulus19/10/201520/10/201509:00:00
JOM BORONG41593/2015Murah Sangat.....!!! Ibu Pejabat JRM (Pusat TSB Sg. Buloh) Tel.: 03-6151 7133 / 019- 900 9133 Harga RUNTUH tanpa CBP ! 30-31 Okt. dan 1 Nov. 15 Kini 1 SetMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201510/09064Lulus19/10/201520/10/201508:58:52
MRP DIET46678/2016KENAPA SUSAH SANGAT NAK BAKAR LEMAK TAK SUSAH NAK KURUS MRP DIET JEMajlis Perbandaran NilaiMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201609/12338Lulus27/09/201628/09/201615:03:23
restoran mietho kitchen35754/2015Terlalu berminat sangat dengan nama ituMajlis Bandaraya Johor BahruMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201509/06709Lulus09/09/201510/09/201509:15:24
SAUJANA DIVERS SDN BHD44227/2015SAUJANA ITU SANGAT DEKAT DENGAN SAYADewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201511/06302Lulus03/11/201504/11/201511:56:38
Restoran WY Kee13363/2015sebab nama ini sangat bermakna dan malambangkan nama keluargaMajlis Perbandaran Port DicksonHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201504/06576Lulus13/04/201514/04/201510:42:55
HI TECH AUTOMOTIVE SERVICE CENTRE32921/2017Kerana Nama Syarikat tersebut sangat menepati dengan perniagaan yang dijalankan.Majlis Daerah Perak TengahPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201706/14673Lulus02/06/201702/06/201711:01:30
123

Kembali ke atas