Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[san.jung] | سانجوڠ

Definisi : ; menyanjung 1. sangat menghargai (sesuatu yg dianggap baik, berani, dll), meletak-kan pd tempat (kedudukan) yg mulia, memuji: mereka ~ tinggi kepala negara mereka; 2. = ~ hati mengambil hati, memujuk: pandai benar engkau ~ hati orang; penghulu disan-jung dgn adatnya, orang alim disanjung dgn kajinya, orang muda disanjung dgn mudanya prb a) kalau memuji orang hendak-lah dgn pujian yg kena pd tempatnya; b) mengambil hati orang hendaklah dgn perkara yg digemarinya; menyanjung-nyanjung memuji dgn ber­lebih-lebihan, menghormati sangat-sangat, mengangkat-angkat: hairan benar, mengapa pula majalah itu ~ namaku begitu sekali? sanjungan 1. penghormatan, pujian: dgn kemenangan itu agama Islam telah tersebar dgn pesatnya dan mendapat ~ yg tinggi; 2. suka dipuji-puji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[san.jung] | سانجوڠ

Definisi : ; menyanjung memberi peng­­­hargaan terhadap sesuatu yg baik dll; memuji: Mereka ~ kebaikan budi orang-orang yg telah membantu mereka ketika banjir dahulu. ~ diri membesarkan atau membanggakan diri sendiri; ~ hati mengambil hati; memujuk. menyanjung-nyanjung memuji-muji atau menghormati dgn berlebih-lebihan: Jangan suka ~ anak sendiri. sanjungan 1 penghormatan yg diberi­kan; peng­hargaan; pujian. 2 seseorang yg di­sanjung; yg selalu dipuji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sanjung
Kata Terbitan : menyanjung, sanjungan,


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Sanjung Asphalt Signboard19258/2017Sanjung AsphaltMajlis Bandaraya Johor BahruPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201704/13954Lulus04/04/201704/04/201716:46:37
Alam Sanjung (Nov)55176/2016Alam SanjungMajlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201611/11754Lulus10/11/201610/11/201613:34:20
ALAM SANJUNG38637/2016ALAM SANJUNGMajlis Bandaraya Petaling JayaPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201608/09012Lulus08/08/201609/08/201610:24:15
SANJUNG STEEL ENTERPRISE39305/2015KILANG KIMPALAN SANJUNG STEEL ENTERPRISEMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201510/08875Lulus17/10/201519/10/201509:36:41
SANJUNG STEEL15741/2017TiadaMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201703/18039Lulus22/03/201723/03/201709:47:33
ALAM SANJUNG487/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201702/14173Lulus31/05/201628/02/201709:04:33
D sanjung Signboard28572/2016TiadaMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201606/12009Lulus15/06/201615/06/201613:45:25
Alam Sanjung26344/2016Pembetulan sudah siap, sila buat semakan.Majlis Perbandaran Subang JayaPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201605/13516Lulus27/05/201631/05/201609:48:08
Alam Sanjung @ Subang West25587/2016HAK MILIK KEKAL SEDIA UNTUK DIDUDUKI 3 bilik daripada RM465,000 RM3,000 wang pendahuluan Tidak dikenakan ansuran selama 6 bulanMajlis Bandaraya Shah AlamPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201605/13401Lulus30/05/201630/05/201611:39:46
Alam Sanjung16472/2016TiadaMajlis Bandaraya Shah AlamPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201604/10719Lulus13/04/201614/04/201607:52:42
12

Kembali ke atas