Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.tu] | ساتو

Definisi : 1 angka pertama ketika membilang; 1; bilangan 1. 2 tidak ada yg lain lagi; tunggal: Tuhan hanya ~. satu-satu 1 = satu per satu lepas satu, satu; satu demi satu; setiap kali satu. 2 = sesuatu apa-apa yg belum tentu atau yg tidak tentu. bersatu 1 berkumpul (bertaut, bergabung) menjadi satu: Bangsa-Bangsa ~. 2 = ~ hati ber­muafakat benar-benar; seia sekata: ~ teguh, bercerai roboh. 3 duduk bersama (bkn suami isteri): Mereka sudah me­lang­­sung­kan akad nikah tetapi belum ~ lagi. menyatu bersenyawa (menjadi satu): Semasa persenyawaan, gamet jantan dan gamet betina ~. menyatukan 1 meng­gabungkan atau mengumpulkan men­jadi satu; menjadikan satu: Usahanya hendak ~ semua syarikat kerjasama masih belum berjaya lagi. 2 mengahwinkan; menikahkan: Mereka telah disatukan. mempersatukan menjadikan bersatu (ttg rakyat sesebuah negara dll): Usaha utk ~ rakyat yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum di negara ini berjalan lancar. satuan 1 angka yg menduduki rumah sa pd bilangan yg terdiri drpd dua angka atau lebih: Pd bilangan 182, ~nya 2, puluhannya 8 dan ratusannya 1. 2 kadar yg digunakan utk mengukur atau utk menyukat sesuatu; unit. kesatuan 1 keadaan atau hal yg satu; keesaan: ~ Allah. 2 = ~ Sekerja kumpulan pekerja yg bertujuan menjaga kepentingan mereka. persatuan 1 keadaan bersatu; gabungan drpd beberapa bahagian yg telah bersatu: memperkukuh ~ rakyat Malaysia. 2 kumpulan beberapa orang, pasukan dsb yg mempunyai tujuan yg sama; pertubuhan: ~ Bola Sepak Malaysia; ~ Murid Tua Kolej Melayu, Kuala Kangsar. berpersatuan bergiat dlm persatuan: Dia asyik ~ sehingga lupa akan tanggungjawabnya di rumah. penyatuan proses (perbuatan dsb) me­nyatu atau menyatukan: ~ sel. penyatu orang dll yg menyatukan (sesuatu): Beliaulah ~ negara Jerman yg menggunakan paksaan dan kekuatan senjata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,

Puisi
 

Anak ayam turun dua,
     Satu mati tinggal satu;
Minta ampun segala dosa,
     Hendak menyebut Tuhan yang satu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Seembus (sehembus) naik,
     seembus (sehembus) turun.

Bermaksud :

Sudah satu-satu nafasnya.

 

Lihat selanjutnya...(54)

417

A good name is sooner lost than won

Nama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi seseorang itu boleh kehilangannya dengan sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil.

Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari. (Nota : Padanan seperti kurang tepat, PM –ve to +ve)

You are a man of honour and have done a lot of good things for his association. But don't get involved in those dubious activities because one minor slip could crumble your good reputation. Remember, a good name is sooner lost than won.

Kamu orang yang terhormat dan telah banyak berjasa kepada persatuan ini. Tetapi janganlah membabitkan diri dalam kegiatan yang mencurigakan kerana satu kesilapan kecil boleh menghancurkan reputasi baik kamu. Ingat, hilang kemarau setahun oleh hujan sehari

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(63)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Satu satu lima 229433/2015Satu satu lima 2Majlis Perbandaran KluangMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201507/08839Lulus25/07/201529/07/201515:27:50
Satu satu lima 129432/2015Satu satu lima 1Majlis Perbandaran KluangMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201507/08838Lulus25/07/201529/07/201515:27:28
Satu Cita Satu Rasa Satu Semangat3748/2014Satu Cita Satu Rasa Satu SemangatTiadaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201402/04346Lulus28/02/201428/02/201415:06:22
Satu Cita Satu Rasa Satu Semangat3746/2014Satu Cita Satu Rasa Satu SemangatTiadaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201402/04345Lulus28/02/201428/02/201415:06:07
Satu Cita Satu Rasa Satu Semangat3745/2014Satu Cita Satu Rasa Satu SemangatTiadaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201402/04344Lulus28/02/201428/02/201415:05:54
Satu Cita Satu Rasa Satu Semangat3744/2014Satu Cita Satu Rasa Satu SemangatTiadaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201402/04343Lulus28/02/201428/02/201415:05:35
Satu Cita Satu Rasa Satu Semangat3743/2014Satu Cita Satu Rasa Satu SemangatTiadaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201402/04342Lulus28/02/201428/02/201415:05:20
Satu Cita Satu Rasa Satu Semangat3742/2014Satu Cita Satu Rasa Satu SemangatTiadaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201402/04341Lulus28/02/201428/02/201415:05:04
Satu Cita Satu Rasa Satu Semangat3741/2014Satu Cita Satu Rasa Satu SemangatTiadaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201402/04340Lulus28/02/201428/02/201415:04:46
Satu Cita Satu Rasa Satu Semangat3740/2014Satu Cita Satu Rasa Satu SemangatTiadaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201402/04339Lulus28/02/201428/02/201415:04:31
12345678910...

Kembali ke atas