Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.bab] | سبب

Definisi : yg mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, mula: doktor dapat mencari ~ penyakit itu; ia dipecat ~ malas; oleh ~ kerana; ~-musabab berbagai-bagai sebab; bersebab ada sebabnya (alasan mulanya): sakit bermula mati ~; polis tidak ada kuasa utk menangkap orang dgn tidak ~; menyebabkan menjadikan sebab, meng-akibatkan: hanya belas kasihan oranglah yg ~ dia masih hidup menumpang di rumah itu; hal ini telah ~ kemarahannya semakin meluap-luap; tersebab disebabkan oleh, terjadi kerana: kuakui bahawa segala kesalahan tidak ~ oleh orang lain; penyebab 1. orang (pihak dsb) yg menjadi sebab atau punca kpd sesuatu (kejadian, peristiwa, perbuatan, dll); 2. sesuatu (spt penyakit, bencana alam, dll) yg menjadi sebab kpd sesuatu: dia tidak menyangka tindakan-nya yg menurut hati itu menjadi ~ dirinya tersadai dlm kancah kehinaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.bab] | سبب

Definisi : 1 apa-apa yg mengakibatkan se­suatu; asal mula: Mereka sedang memikirkan ~ utama perkara itu berlaku. 2 kerana; lantaran: Dia sakit perut ~ terlalu banyak makan buah mempelam muda. bersebab ada sebabnya: Jika tidak ~, kenapa engkau menangis? menyebabkan mendatangkan atau menimbulkan sesuatu; menjadikan sebab; mengakibatkan: Apa yg ~ bandar itu maju dgn cepat? penyebab sesuatu atau seseorang yg menyebabkan ber­lakunya sesuatu: Ini akan meng­akibatkan kemusnahan kpd manusia yg juga me­rupakan ~ pencemaran itu. Kerosakan tisu merupakan ~ utama gejala penyakit dlm jangkitan virus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebab

Puisi
 

Sebab bulan terbit pagi,
     Bunga pandan dalam cerana;
Sebab intan datang ke mari,
     Nampak berlain dalam bunga.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Sebab mutiara sebiji,
     lautan yang dalam diselam orang.

Bermaksud :

Orang yang berilmu itu biar di manapun ia tinggal tetap dicari orang.

 

Lihat selanjutnya...(40)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
D' METRO HOTEL30215/2015Sebab-sebab nama dipilih kerana : 1.Ianya bersifat global 2.Nama yang dipilih itu mempunyai nilai komersial dan popularMajlis Bandaraya Shah AlamPerhotelan dan PenginapanTiadaDBP/KPB/201508/04994Lulus30/07/201505/08/201511:46:08
D' METRO HOTEL29822/2015Sebab-sebab nama dipilih kerana : 1.Ianya bersifat global 2.Nama yang dipilih itu mempunyai nilai komersial dan popularMajlis Bandaraya Shah AlamPerhotelan dan PenginapanTiadaDBP/KPB/201508/04683Lulus30/07/201503/08/201507:56:10
D' METRO HOTEL29821/2015Sebab-sebab nama dipilih kerana : 1.Ianya bersifat global dan mudah diingati 2.Nama yang dipilih itu mempunyai nilai komersial dan popularMajlis Bandaraya Shah AlamPerhotelan dan PenginapanTiadaDBP/KPB/201507/09113Lulus28/07/201530/07/201516:01:31
SUPERSTAR COFFEE SHOP11872/2015SEBAB SEBAB KITA INGIN SENANG DIINGATKAN OLEH PELANGGANMajlis Daerah KulaiMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201504/05429Lulus03/04/201506/04/201511:30:04
JSMM DIVINE GRACE ENTERPRISE53934/2016sebab-sebab nama dipilih adalah kerana mengikut nama yang telah didaftar kan ke ssm ( ikut nama asal syarikat)Perbadanan PutrajayaKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201611/10735Lulus03/11/201603/11/201615:39:58
RATCHNA TRUCKS & LOGISTICS SDN. BHD. (1174330-W) RATCHNA BUILDERS AND CONSULTANTS SDN. BHD (1095669-H)8886/2017Sebab-sebab nama pilih adalah nama anakMajlis Perbandaran SelayangPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201703/14634Lulus07/03/201708/03/201708:27:45
ZEEMA33583/2016Antara sebab yang dipilih adalah kerana gabungan nama antara dua adik beradik yang menguruskan syarikat tersebut, iaitu zeeta dan yusma.Majlis Perbandaran Sungai PetaniButikTiadaDBP/KPB/201607/10437Lulus16/07/201618/07/201608:11:51
MOMS.LUV8384/2016Sebab nama ini dipilih kerana saya menjual barangan keperluan penyusuan untuk ibu-ibu yang ingin menjayakan penyusuan susu badan kepada bayi mereka secara eksklusif.Majlis Perbandaran TemerlohButikTiadaDBP/KPB/201602/09278Lulus25/02/201626/02/201608:14:35
cuci kusyen kereta19932/2017sebab ianya bahasa melayuMajlis Perbandaran ManjungMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201704/14795Lulus06/04/201707/04/201714:51:06
KEDAI GUNTING RAMBUT SANTHIYA61925/2016Sebab nama kakakMajlis Perbandaran Port DicksonSalunTiadaDBP/KPB/201612/11890Lulus13/12/201614/12/201609:04:23
12345678910...

Kembali ke atas