Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; juru~ orang yg kerjanya masuk ke dlm air (utk mencari mutiara, mengetahui ada tidaknya ikan, dll); kapal ~ kapal yg boleh bergerak di dlm air (biasanya utk kegunaan peperangan); berselam Pr menguji siapa yg akan me­musingkan gasing dahulu (dlm permainan gasing); ~ air bersumpah dgn menyelam (utk membuktikan kebenaran); menyelam 1. masuk ke dlm air (dgn seluruh badan): burung penguin sangat pandai ~ dan berenang; 2. masuk ke dlm air utk mencari sesuatu: dekat Mergui, perusahaan ~ mutiara ada dijalankan; 3. ki masuk dalam-dalam, terbenam, menghilang dlm sesuatu: keris itu ~ ke dlm belikatnya; kapal terbang itu ~ ke dlm awan; 4. ki = menyelami mencari atau menduga (isi hati, perasaan, dll orang lain), mengetahui, me­meriksa: kebanyakannya cuba ~ kesusahan kami sbg nelayan; aku mesti ~ lubuk hati gadis bakal isteriku; pandai ~ di air dangkal prb pandai membawa diri; sambil ~ minum air prb sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai; menyelami 1. menyelam ke dlm air (laut dll); 2. menyelam utk mencari sesuatu dll: engkau jatuh dia yg menyambut, engkau karam dia yg ~; 3. ki menyelidiki atau menduga (isi hati, perasaan orang lain), ber-usaha utk mengetahui sesuatu: dia seoranglah yg pernah ~ hati Juliana; tugas saya bukan sahaja mengumpulkan surat-surat itu tetapi juga ~ kandungannya; ~ air dlm tonggak prb sukar sekali utk mengetahui isi hati orang lain; menyelamkan memasukkan (sesuatu) ke dlm air, membenamkan, mencelupkan: maka dibawanya timba, diselamkannya ke dlm air yg keruh itu; terselam dapat atau sudah menyelam, ter­benam; terselami boleh diselami, dapat difahami, terduga; selaman hasil atau usaha menyelam, menye­lami atau menyelamkan; penyelaman perbuatan menyelam, menye­lami atau menyelamkan; penyelam 1. orang yg menyelam, juruselam: ~-~ yg memasuki lautan dalam terpaksa membawa udara sendiri; 2. sesuatu yg diguna-kan utk menyelam, sesuatu yg dise­lamkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
selam
Kata Terbitan : menyelam, menyelamkan, terselam, terselami, penyelaman, penyelam,


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Pusat Selam Skuba16061/2014Pusat Selam Skuba Udive Sdn BhdMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201407/05221Lulus16/07/201416/07/201416:13:51
Pusat Selam Skuba - logo lain16391/2014Pusat Selam Skuba Udive Sdn BhdMajlis Bandaraya Johor BahruSukan dan PeralatanTiadaDBP/KPB/201407/05412Lulus17/07/201418/07/201418:08:49
JUALAN PRAMUSIM PERALATAN SELAM SKUBA15514/2017-Logo Syarikat (SCUBATEX) -Tajuk(JUALAN PRAMUSIM PERALATAN SELAM SKUBA) -Tarikh(1 dan 2 April 2017) -Masa(10pg. - 6ptg.) -Lokasi(SCUBATEX MANUFACTURING 28, Jalan Industri USJ 1/6, Taman Perindustrian USJ 1, 47600 Subang Jaya, Selangor, Malaysia. -KodMajlis Perbandaran Subang JayaSukan dan PeralatanTiadaDBP/KPB/201703/17347Lulus17/03/201720/03/201715:48:13
PENGEDAR PERALATAN SELAM SKUBA11094/2015TiadaMajlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201810/17473Lulus09/11/201519/10/201823:48:05
PUSAT LATIHAN DAN KEDAI PERALATAN SELAM836/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201608/09300Lulus22/01/201610/08/201611:38:26
Blue Water Sports13192/2015RENANG I SELAM SKUBA I SUKAN REKREASI AIR Blue Water Sports No 5, Tingkat 1, Pusat Akuatik Darul Ehsan(PADE), Jalan Aerobik 13 /43 Seksyen 13, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIAMajlis Bandaraya Shah AlamPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201504/06412Lulus09/04/201513/04/201513:09:38
DIVE AQUATIC SERVICES SDN BHD6867/2015AGENSI KONTRAKTOR SELAM INTERNATIONAL TECHNICAL DIVING AGENCY DIVE AQUATIC SERVICES SDN BHD Pemeriksaan / Pembinaan / Keratan / Kimpalan / Penyelidikan dan Pemulihan / Pembersihan Tangki (1115434-M)Majlis Bandaraya Johor BahruPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201503/04908Lulus03/03/201503/03/201512:27:02
Rahsia Wanita Menjana 6 Angka Dalam Masa 6 Bulan5365/2016Selam 1 Malaysia, Terima Kasih kerana memberi khidmat yang pantas. Saya ingin memohon rayuan pihak dewan bahasa pustaka agar memberi timbangan keatas tulisan bahasa english dalam iklan saya,ini kerana ianya merupakan tagline kepada perniagaan saya, saMajlis Perbandaran KuantanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201602/07128Lulus03/02/201603/02/201614:21:02
Rahsia Wanita Menjana 6 Angka Dalam Masa 6 Bulan5364/2016Selam 1 Malaysia, Terima Kasih kerana memberi khidmat yang pantas. Saya ingin memohon rayuan pihak dewan bahasa pustaka agar memberi timbangan keatas tulisan bahasa english dalam iklan saya,ini kerana ianya merupakan tagline kepada perniagaan saya, saMajlis Perbandaran KuantanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201602/07127Lulus03/02/201603/02/201614:19:02

Kembali ke atas