Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.la.mat] | سلامت

Definisi : 1. terpelihara atau terhindar drpd bencana, terlepas drpd bahaya: tidak ~ berdiri tegak di dlm perahu yg kecil; ~ dr nahas jalan raya; 2. aman sentosa, sejahtera, tidak mendapat apa-apa gangguan: si kecil berasa ~ di dlm pelukan ibunya; 3. ucapan atau doa dgn harapan supaya sejahtera (terhindar drpd segala bencana, sampai hajat, dll) atau sbg tanda bersyukur: ketiga-tiga ratu itu pun me-nyuruh penggawanya membawa per­sembah dan memberi ~ akan baginda sesudah ber-putera; doa ~; kenduri ~; 4. harapan supaya aman sentosa (sejahtera dll) yg diucapkan sbg tegur sapa (salam): ~ datang; ~ jalan; ~ malam dll; berselamat mengucapkan kata-kata sapaan spt selamat pagi atau selamat petang kpd seseorang: tidak pernah aku ~ pagi kepada-nya; menyelamati ark mengadakan kenduri utk; menyelamatkan 1. menjauhkan bencana (bahaya dll) drpd seseorang dll, mengusahakan (melindungi dsb) supaya selamat: berlari dan berterjunanlah orang-orang Cina itu ~ diri masing-masing; sangatlah sukar hendak ~ bangunan yg terbakar manakala angin yg kencang sedang bertiup-tiup; 2. menjimat­kan wang (waktu, tenaga) supaya tidak terbuang dgn sia-sia: berfikirlah dahulu sebelum melaku-kan sesuatu supaya masa dan tenaga dapat diselamatkan; 3. menge­bumikan (mayat): mayat orang mati itu telah diselamatkan; 4. meng-adakan kenduri utk, menyelamati; terselamat terhindar atau terpelihara drpd bencana (bahaya dll), (telah) dijauhi drpd sebarang kecelakaan: saya sedia per­hamba-kan diri asalkan saya ~ drpd pengkhianat-pengkhianat itu; selamatan kenduri utk mendapat selamat: tidak lama lagi ia akan mengadakan ~ di rumahnya; berselamatan 1. mengadakan kenduri (sela­matan); 2. ark saling mengucap selamat; keselamatan perihal selamat, kesejah­teraan, keamanan: saya memang selalu menjaga ~ seseorang yg berkerabat dgn saya; ~ dlm negeri; penyelamatan perbuatan (usaha dsb) me­nye­­lamatkan; penyelamat orang yg menyelamatkan: se-karang saya telah menjadi isterinya, dan ia telah mengaku akan menjadi ~ bukan perosak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.mat] | سلامت

Definisi : 1 terlepas drpd segala bahaya atau bencana; tidak mendapat gang­guan apa-apa: Kami telah ~ sampai di London pd pukul 10.00 pagi. 2 ucapan atau doa yg berisi harapan supaya tidak kurang apa-apa, tidak terjadi sesuatu yg tidak baik, atau supaya sejahtera: Ketika dia berkahwin dahulu, banyak sahabat handai yg memberi ~ kpdnya. doa ~; ~ jalan; ~ pengantin baru. menyelamatkan mengusahakan su­paya selamat; menjauhkan bencana atau bahaya: Mereka lari lintang-pukang kerana hendak ~ diri. keselamatan keadaan selamat; keamanan: Pasukan polis menjaga ~ dlm negara. penyelamat orang yg menyelamatkan (seseorang atau sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selamat

Puisi
 

Kalau tumbuh lalang di Bucut,
     Tempat selamat bermain pedang;
Kalau sungguh janji tak lucut,
     Bagi alamat saya nak pegang.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Kalau pandai meniti buih,
     selamat badan sampai ke seberang.

Bermaksud :

Orang yang pandai membawa diri, tentulah selamat hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
SELAMAT HARI IBU & SELAMAT HARI AYAH27159/2017SELAMAT HARI IBU & SELAMAT HARI AYAHMajlis Bandaraya Melaka BersejarahMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201705/15538Lulus11/05/201711/05/201716:06:52
Selamat Hari Krismas & Selamat Tahun Baru49485/2015Selamat Hari Krismas & Selamat Tahun Baru Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen ADUN Subang Jaya Hannah YeohMajlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201512/07060Lulus04/12/201507/12/201508:40:28
Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya28362/2017Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Pembelian Kanta Berbilang Salut Dapat percuma Bingkai Tertakluk pada terma dan syarat silinder di bawah -2.00 Jualan hebat cermin mata hitam bingkai berjenamaMajlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201705/15876Lulus10/05/201712/05/201711:23:42
BUNTING UCAPAN SELAMAT BERPUASA & SELAMAT HARI RAYA30425/2016SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRIMajlis Perbandaran TemerlohHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201606/12607Lulus18/06/201620/06/201611:09:12
Paisley Service Residences51158/2016Pendaftaran Dibuka Selamat Tinggal Batasan Selamat Tinggal Bosan Selamat Tinggal SesakPihak Berkuasa TempatanPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201610/13355Lulus17/10/201619/10/201607:51:03
Selamat Berpuasa27678/2015Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya AidilfitriMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201507/07278Lulus10/07/201510/07/201508:59:30
Selamat Tahun Baru Cina4463/2017Selamat Tahun Baru cina Selamat Tahun Baru CinaDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201701/14351Lulus23/01/201724/01/201708:45:10
Selamat Menyambut Ramadhan Al-mubarak & Jualan Selamat Haru Raya Aidilfitri32734/2017Selamat Menyambut Ramadan yang Diberkati dan Jualan Bersempena dengan Hari Raya AidilfitriMajlis Bandaraya Melaka BersejarahMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201706/14366Lulus31/05/201701/06/201710:43:01
Salam Ramadhan27612/2015Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Program Agihan Bubur Lambuk Tarikh 4 Julai 2015 (Sabtu) Tempat Jalan Tun Abdul Razak, Taman Seri Andalas, Klang Waktu Agihan 4 Petang - 6 PetangMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201507/07530Lulus10/07/201513/07/201517:28:05
lts banner24476/2015Selamat berpuasa dan selamat hari raya aidilfitriMajlis Perbandaran NilaiPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201506/09071Lulus26/06/201526/06/201511:41:39
12345678910...

Kembali ke atas