Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.mut] | سموت

Definisi : sj serangga yg merayap; jenis-jenisnya: ~ api sj semut, Tetraponera rufonigra; ~ gajah sj semut, Camponotus gigas; ~ gula sj semut, Monomorium pharaonis; ~ kayu sj semut yg besar dan hitam (yg mengorek kayu), Camponotus her­culaneus; ~ kerengga sj semut, Oecophylla smaragdina dll; ~ dipijak tidak mati, gajah diharung ber-gelimpangan = ~ terpijak tidak mati, alu terharung patah tiga prb perihal jalan se-orang perempuan yg baik lagi teratur (tidak terlalu lambat dan tidak terlalu cepat); ~ gatal nak gonggong gunung bagaimana dunia takkan sunyi prb perbuatan yg bukan-bukan; di mana ~ mati kalau tidak dlm gula = mati ~ kerana gula prb manusia itu akan tertipu dgn pujuk rayu; umpama ~ mem­persembah-kan paha belalang kpd raja prb pemberian yg amat sedikit; semut-semut berasa kebas kerana lama ter-tekan dll (bkn kaki dan tangan), berasa senyar; menyemut berkerumun dgn ramainya, menge-lilingi sesuatu dgn ramainya: ia tidak berkejar ke sana kerana orang telah ~ di sana; semut-semutan, kesemut-semutan, ke­semut­an semut-semut: sekejap-sekejap dia bangun berjalan kerana menghilangkan kesemutan di kakinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.mut] | سموت

Definisi : pd anggota badan kerana lama terhim­pit dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.mut] | سموت

Definisi : ~ orang di sepanjang jalan itu. kese­mutan, semut-semutan berasa kebas (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.mut] | سموت

Definisi : berbagai-bagai jenis serangga kecil yg merayap. ~ api Tetraponera rufonigra. ~ gajah Camponotus gigas. ~ gula Monomorium pharaonis. ~ kerengga kerengga, Oecophylla smaragdina. me­­nyemut banyak spt semut; ber­keru­mun (berduyun-duyun); banyak sekali: (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semut (kata nama)
Bersinonim dengan serangga merayap, kelik-kelik;,
Kata Terbitan : menyemut, semut-semutan, kesemut-semutan,

Puisi
 

Bagaimana membunuh semut,
     Taruh gula di mangkuk perang;
Bagaimana saya hendak selimut,
     Kainku sudah dipinjam orang.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Semut gatal nak gonggong gunung,
     bagaimana dunia takkan sunyi.

Bermaksud :

Sesuatu yang mustahil dilakukan.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
TNB 462746/2016"Enjit-Enjit semut siapa sakit naik atas", "Lagu tiga Kupang Saku Penuh Padi" & "Nenek-nenek si bongkok tiga" merupakan lirik lagu kanak2.TiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201612/12140Lulus14/12/201615/12/201611:28:00
Promosi Hujung tahun21795/2014di hadapan taman semutMajlis Perbandaran KluangMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201409/04564Lulus22/09/201422/09/201414:14:51
PROMOSI TAHUN 2016! SAH SEHINGGA 30 SEPTEMBER 201616053/20161)kawalan anai-anai harga daripada rm 1688.00 2)kawalan lipas,semut,tikus dan tikus harga daripada rm 499.00/ 6 x setahun harga daripada rm 399.00 *tertakluk kepada terma dan syarat *harga berdasarkan lokasi dan saiz premis *harga tidak termasukMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahRacun PerosakTiadaDBP/KPB/201604/09794Lulus05/04/201606/04/201612:04:19
promosi tahun baru! sah sehingga 30 jun 20163042/20161)kawalan anai-anai harga dari rm 1688.00 2)kawalan lipas,semut,tikus&tikus harga dari rm 499.00/ 6 x setahun harga dari rm 399.00 *tertakluk kepada terma & syarat *harga berdasarkan lokasi dan saiz premis *harga tidak termasuk caj 6% gst syarMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201601/09615Lulus19/01/201620/01/201608:58:28

Kembali ke atas