Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ni] | سني

Definisi : 1. halus (kecil, elok), tipis dan halus: maka Perdana Menteri pun menyuruh me-lengkapi sebuah pilu diisinya dgn jarum yg ~-~ yg berkarat; 2. enak didengar (suara); 3. comel (bentuk badan); air ~ bh air kencing; bercelak ~ menggunakan celak yg halus; hajat ~ rasa hendak ke sungai; hidupan ~ benda-benda hidup yg halus (bakteria, ameba, dll); peluh ~ peluh yg keluar dr badan orang yg sedang ketakutan dll; puteri yg ~ puteri yg halus kulitnya; suara yg terlalu ~ suara yg lembut dan tinggi; menyeni ark halus, lembut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ni] | سني

Definisi : 1. karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yg dicipta dgn bakat (kecekapan), hasil drpd sesuatu ciptaan: kalau perut kosong, politik dan sastera, ilmu pengetahuan dan ~ tidak akan menarik perhatian orang yg paling intelektual sekali pun; 2. kebolehan mencipta sesuatu (lukisan, ukiran, dll) yg indah-indah; ~ bahasa keindahan (susunan kata-kata) bahasa; ~ bina = ~ bangunan Id seni mengenai bangunan (penyediaan reka bentuk dan pe-nyeliaan pembinaan bangunan dsb); ~ drama seni mengenai lakonan pentas (sandiwara); ~ foto seni tentang pengambilan gambar dgn kamera dan penghasilan gambar; ~ halus cabang dan karya seni yg mempunyai nilai keindahan dan memberikan kepuasan cita rasa kpd peminatnya, spt lukisan, muzik, puisi dan ukiran; ~ jarum kecekapan atau seni tekat-menekat (sulam-menyulam, jahit-men-jahit); ~ kata susunan kata-kata yg indah (utk lagu dll); ~ khat seni (kemahiran) menulis tulisan Arab atau tulisan Jawi dgn gaya yg khas atau unik sehingga menghasilkan tulisan yg indah-indah; ~ kraf tangan seni kemahiran pekerjaan tangan (spt ukir-mengukir, mem-buat barang-barang dgn kemahiran tangan, dsb); ~ kreatif apa sahaja seni yg dapat men-cipta sesuatu; ~ lakon seni drama; ~ lukis seni mengenai lukis-melukis; ~ murni seni mengenai penciptaan barang yg indah-indah (seni lukis, seni pahat, dll); ~ muzik seni mengenai muzik termasuk lagu; ~ pahat (ukir) seni mengenai pahat-memahat (spt membuat patung dll), kemahiran menghasilkan (mencipta) sesuatu dgn pahat; ~ rupa seni pahat dan seni lukis; ~ sastera seni mengenai karang-mengarang (prosa dan puisi); ~ silat seni mengenai bersilat atau berpencak; ~ suara seni mengenai suara atau bunyi (nyanyian, muzik, dll); ~ tari seni mengenai tari-menari; ~ ukir(an) seni atau kemahiran ukir-mengukir; berseni mempunyai (memperlihatkan) seni, berasaskan seni: tidak pula bermakna ia menghargai tulisan yg tidak ~; kesenian perihal seni, yg berkaitan dgn seni, keindahan (kehalusan): kaulah seorang seni-man yg tahu menikmati ~ alam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ni] | سني

Definisi : IB (orang yg mempunyai) kebolehan utk mencipta sesuatu yg luar biasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ni] | سني

Definisi : 1 kecil sekali (ttg bentuk sesuatu); halus: hidupan ~ benda-benda hidup yg halus (spt kuman, bakteria). 2 tipis lagi halus: bercelak ~ memakai celak yg tipis lagi halus. 3 kecil molek atau elok (bkn bentuk badan dll); comel: puteri yg ~. 4 halus tinggi dan sedap didengar (bkn suara): Suaranya terlalu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ni] | سني

Definisi : 1 kecekapan atau kepandaian membuat sesuatu yg indah-indah. 2 hasil karya yg dicipta dgn kebolehan atau dgn kepandaian yg luar biasa; hasil drpd sesuatu ciptaan. ~ bina (bangunan) seni ttg pembuatan bangunan. ~ drama seni ttg lakonan pentas (sandiwara). ~ jarum kepandaian dlm hal jahit-menjahit atau sulam-menyulam. ~ halus cabang seni dan karya seni yg mempunyai nilai keindahan dan memberikan kepuasan cita rasa kpd peminatnya, spt lukisan, muzik, puisi dan ukiran. ~ kata susunan kata yg indah-indah (dlm sesebuah lagu dll). ~ lukis kepandaian dlm hal lukis-melukis. ~ pahat (ukir) kepandaian membuat ukiran. ~ suara seni ttg suara dan lagu. ~ tari seni ttg tari-tarian. kesenian segala sesuatu yg berkaitan dgn seni: ilmu ~ (seni) pengetahuan ttg seni secara umum. seniman 1 orang yg mencipta sesuatu hasil seni spt pelukis, penyair. 2 bintang filem lelaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seni (adjektif)
Bersinonim dengan halus, kecil;,


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Hargailah Kreativiti Global art Pilihan ku16732/2017Hargailah Kreativiti globalart pilihanku SENI VISUAL, SENI KARTUN DAN KOMIK, SENI CATAN AKRILIK, G-CLAY DAN KRAF TANGAN, SENI BUDAYA 012-8851357 Sharifah Aleya Selebriti Radio dan TVMajlis Perbandaran SelayangPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201703/18299Lulus22/03/201724/03/201708:52:03
Pusat Kecantikan Kuku MX Nail Bar20576/2017Perkhidmatan kecantikan kuku Seni Kuku Seni Kuku Pengantin Kuku Akrilik Seni 3DMajlis Perbandaran Ampang JayaKosmetikTiadaDBP/KPB/201704/15263Lulus07/04/201711/04/201712:08:12
RAFFLES UNIVERSITY_23821/2014SENI REKA GRAFIK SENAI REKA MULTIMEDIA SENI REKA PRODUK SENI REKA HIASAN DALAMANMajlis Bandaraya Johor BahruPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201403/02805Lulus01/03/201403/03/201409:17:54
SENI MEMPERTAHANKAN DIRI JEPUN36658/2016PERSATUAN DOJO AIKIDO AIKI SHOSHIN AIKIDO SENI MEMPERTAHANKAN DIRI JEPUN SENI MEMANAH TRADISIONAL SUKAN MEMANAHMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201608/10096Lulus15/08/201616/08/201608:03:16
SENI MEMPERTAHANKAN DIRI JEPUN23174/2016PERSATUAN DOJO AIKIDO AIKI SHOSHIN AIKIDO SENI MEMPERTAHANKAN DIRI JEPUN SENI MEMANAH TRADISIONAL SUKAN MEMANAHMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201605/12336Lulus23/05/201624/05/201608:51:03
HARI TERBUKA 201653753/2016Pengambilan pelajar 2017 Sesi bersama Pengetua Jelajah sekolah Aktiviti kelas #Muzik #Seni Visual #Seni Tari #IT Diskaun 50% unyuk yuran Ujian Penilaian KamasukanDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201611/10061Lulus31/10/201601/11/201609:24:30
BAZAR SENI KOMPLEKS TAMAN SENI ISLAM SELANGOR18248/2015DAPATKAN AL-QURAN MAMPU MILIK UNTUK PENGHAYATAN RAMADAN AL-MUBARAK 1436H SALAM RAMADAN DARIPADA WARGA YAYASAN RESTUPihak Berkuasa TempatanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201505/06623Lulus13/05/201514/05/201515:39:55
KDU28008/2014Seni Kulinari Menggilap Bakat Seni Kulinari Di Persada Dunia.Majlis Perbandaran Pulau PinangPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201411/04702Lulus13/11/201417/11/201415:40:53
Muzart Learning Centre14989/2015Pusat Seni Lukis Tanah Liat • Seni Kreatif Cawangan ke-8 1800-18-1188 • 03-8051 9968 www.muzart.com.my Dimiliki oleh : Craftikids Plt (LLP0004070-LGN)Majlis Perbandaran Subang JayaPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201504/07853Lulus21/04/201523/04/201509:21:42
SENI MEMPERTAHANKAN DIRI JEPUN48345/2016PERSATUAN DOJO AIKIDO AIKI SHOSHIN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI JEPUN AIKIDO SENI MEMANAH TRADISIONAL SUKAN MEMANAHMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201610/10907Lulus30/09/201604/10/201608:03:07
12345678910...

Kembali ke atas