Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. alat yg digunakan utk berperang atau berkelahi (keris, lembing, senapang, dll): keris Majapahit dikatakan tidaklah diguna-kan sbg ~ tetapi hanya disimpan sbg azimat; alat ~ berbagai-bagai senjata; meletakkan ~ berhenti berperang; mengangkat ~ mulai berperang; 2. ki sesuatu (surat, kejadian, dll) yg digunakan utk mencapai sesuatu maksud: ~ yg besar yg digunakan oleh mereka utk memancing undi ialah dgn menimbulkan persoalan hidup petani; 3. tanda bunyi atau baris pd tulisan Arab (fathah, kasrah, dll); ~ api senjata yg menggunakan ubat peledak (spt senapang, meriam, bom, dll); ~ berat senjata api yg besar-besar (spt meriam dll); ~ biologi senjata yg menggunakan organisma hidup, spt kuman dan virus, yg boleh memu-daratkan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan; ~ gelap senjata api yg digunakan (disimpan) tanpa kebenaran pihak berkuasa; ~ kimia senjata yg terdiri drpd bahan kimia yg bukan bahan ledakan (mis gas beracun dll); ~ konvensional senjata api yg tidak melibat-kan penggunaan bahan nuklear (kimia dsb); ~ nuklear senjata api yg menggunakan tenaga nuklear; ~ ringan senjata api yg kecil-kecil (pistol dll); ~ tajam senjata yg tajam (keris, lembing, dll); ~ makan tuan prb senjata yg dipakai utk mengenai orang lain tetapi mengenai diri sendiri; bersenjata memakai (berlengkap dgn) sen-jata: maka bertemu dlm kubu itu lima enam ratus orang, masing-masing ~ bercabut berkanjar-kanjar; angkatan ~ tentera, askar; bersenjatakan mempunyai atau mengguna­kan (sesuatu) sbg senjata: Raja Mambang pun keluar ~ pedang; mempersenjatai melengkapi dgn senjata: Malaysia akan ~ kira-kira 40 000 orang ahli Pasukan Pertahanan Tempatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : alat (spt keris, lembing, senapang) yg digunakan ketika ber­kelahi atau berperang. ~ api senjata yg menggunakan peluru yg dpt meletup atau meledak (spt senapang, meriam). ~ berat senjata api yg berat-berat, spt meriam. ~ biologi senjata yg menggunakan organisma hidup, spt kuman dan virus, yg boleh memudaratkan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan. ~ gelap senjata api yg digunakan secara haram. ~ kimia senjata yg terdiri drpd bahan kimia, mis gas beracun (bahan tsb bukan bahan ledakan). ~ konvensional senjata yg biasa digunakan, yg tidak melibatkan senjata nuklear, senjata kimia, senjata biologi dsb. ~ nuklear senjata api yg menggunakan tenaga nuklear. ~ ringan senjata api yg kecil-kecil, spt pistol. ~ tajam senjata yg tajam-tajam, spt pedang. bersenjata memakai senjata; lengkap dgn senjata: pasukan ~ tentera; askar. bersenjatakan menggunakan sesuatu sbg senjata: Dia pun keluar dgn ~ sebilah pedang. mempersenjatai mem­beri bersenjata; melengkapi dgn senjata: Sebuah negara asing di­percayai ~ kumpulan pemberontak itu. persenjataan 1 perihal bersenjata. 2 segala alat atau perlengkapan senjata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Tajam senjata musuh pun undur,
     Mengertak masuk seperti kuda;
Pejamkan mata tak mahu tidur,
     Rupanya tuan datang menggoda.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Lagi tongkat lagi senjata.

Bermaksud :

Makin kaya, makin banyak sahabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lagi lauk lagi nasi).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Penjual Senjata Api dan Peluru Berlesen865/2016Penjual Senjata Api dan Peluru Berlesen, SKUDAI ARMS (JOHOR) SDN. BHD. (569906-W)Majlis Perbandaran Johor Bahru TengahKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201601/08022Lulus07/01/201608/01/201608:46:52
PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN (TANPA SENJATA) DAN PENYIASAT PERSENDIRIAN17940/2016PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN (TANPA SENJATA) DAN PENYIASAT PERSENDIRIAN GLOBAL PROTECTION & SERVICES SDN. BHD. (854136-W) CAWANGAN SELATAN NO.29A, TINGKAT 1, JALAN TIMUR 6/1A MERCATO ENSTEK, 71760 BANDAR ENSTEK, NEGERI SEMBILAN. TEL.: , FAMajlis Perbandaran NilaiPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201604/11660Lulus19/04/201619/04/201612:15:14
PEMBEKAL SENJATA9837/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201811/16542Lulus15/09/201619/11/201817:16:26
KEDAI SENJATA7733/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201808/13873Lulus27/07/201607/08/201817:26:29
PENGEDAR SENJATA API BERLESEN8870/2015TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201807/13608Lulus17/09/201504/07/201816:34:03
skudai arms jb22360/2016Penjual Senjata Api dan Peluru Berlesen SKUDAI ARMS (JOHOR)SDN.BHD. (569906-W)TiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201605/09994Lulus09/05/201610/05/201608:49:00

Kembali ke atas