Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.nyum] | سڽوم

Definisi : 1. gerak bibir yg ternaik pd hujungnya yg membayangkan rasa suka (geli hati, setuju, dsb) tanpa mengeluarkan suara: perempuan muda itu kelihatan memberikan ~ manisnya kpd laki-laki itu; 2. menggerakkan bibir hingga ternaik sedikit hujungnya bagi mem-bayangkan rasa suka (geli hati, setuju, dsb) tanpa mengeluarkan suara: “~, ~,” kata ayah sebelum memetik kamera; ~(-senyum) kambing senyum yg dibuat-buat utk mengejek; ~ kanyur senyum yg dibuat-buat (ketika marah); ~ kucing Kl senyum yg mengandungi sesuatu muslihat; ~ manis senyum yg menarik sekali (menampakkan kejelitaan seseorang); ~ mesra a) senyum yg menunjukkan rasa mesra; b) sj kuih drpd tepung yg dicampur dgn berbagai-bagai ramuan; ~ raja senyum yg dibuat-buat (tidak mengan-dungi apa-apa makna); ~ serong-serong bahasa senyum sedikit sahaja; ~ simpul senyum yg menandakan gembira (geli hati, dll); ~ sinis senyum yg dibuat-buat kerana mengejek (me-nyindir); ~ sumbing senyum sedikit sahaja; ~ tawar senyum yg dibuat-buat ketika berduka-cita (dlm kecewa dll); senyum-menyenyum saling tersenyum: sudah luput segala tunduk-menunduk, ~ serta tegur-menegur; menyenyumi melahirkan senyuman kpd: dia ~ si pelacur tua secara sinis; tersenyum melahirkan senyum: Wan Intan ~ berkulum melihat temasya yg berlaku di hadapannya itu; tersenyum-senyum mengeluarkan senyum yg berulang-ulang dan agak berpanjangan, tersenyum berulang-ulang atau dgn agak ber-panjangan: beberapa orang mahasiswa ke-lihatan ~ memandang gelagat kami; dia ~ mendengar segala janjiku itu; senyuman hasil tersenyum: ~nya menyejuk-kan hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.nyum] | سڽوم

Definisi : gerak bibir yg ternaik di bahagian hujungnya dgn mulut ter­tutup atau terbuka sedikit, yg membayangkan rasa suka, geli hati dsb. ~ kambing senyum yg dibuat-buat utk mengejek. ~ kanyur senyum yg dibuat-buat ketika marah. ~ kucing senyum yg mempu­nyai sesuatu muslihat. ~ kulum senyum dgn malu-malu tetapi kelihatan manis. ~ manis senyum yg manis sekali. ~ mesra senyum yg menunjukkan rasa mesra. ~ pahit senyum yg dipaksakan ketika dlm kesusahan. ~ raja senyum yg sengaja dibuat-buat. ~ simpul senyum yg menunjukkan kegembiraan seseorang. ~ sumbing senyum yg sedikit saja. ~ tawar senyum yg dibuat-buat ketika bersedih. tersenyum me­lahirkan rasa gembira dll dgn memaniskan muka (mulut tertutup atau terbuka sedikit): Kadang-kadang saya ~ sendirian apabila teringat akan peristiwa-peristiwa itu. senyuman gerakan bibir se­masa tersenyum: ~ yg menawan dpt melembutkan hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata senyum

Puisi
 

Hendak diminum tidak terminum,
     Minum sedikit di dalam gelas;
Hendak senyum tidak tersenyum,
     Senyum sedikit tidak berbalas.


Lihat selanjutnya...(17)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
TMG - RAIKAN SENYUM CERIA RAMADAN25514/2016TMG - RAIKAN SENYUM CERIA RAMADANPihak Berkuasa TempatanKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201605/13182Lulus26/05/201627/05/201611:46:14
TMG - RAIKAN SENYUM CERIA RAMADHAN24208/2016TMG - RAIKAN SENYUM CERIA RAMADHAN NOTA: TMG MART adalah nama syarikatMajlis Perbandaran KuantanKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201605/11778Lulus19/05/201620/05/201609:02:28
TMG - RAIKAN SENYUM CERIA RAMADAN (JAWI)25518/2016TMG - RAIKAN SENYUM CERIA RAMADAN (JAWI)Pihak Berkuasa TempatanKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201605/13070Lulus25/05/201627/05/201608:59:27
TMG - RAIKAN SENYUM CERIA RAMADHAN (JAWI)24211/2016TMG - RAIKAN SENYUM CERIA RAMADHAN (JAWI) NOTA: TMG MART adalah nama syarikatMajlis Daerah DungunKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201605/11573Lulus17/05/201619/05/201609:07:20
KARNIVAL SENYUM6076/2016TiadaMajlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201804/20023Lulus07/06/201626/04/201816:41:01
TADIKA SENYUM COMEL7491/2015TiadaMajlis Bandaraya Petaling JayaPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201802/14864Lulus13/08/201522/02/201817:25:46
TADIKA SENYUM COMEL7423/2015TiadaMajlis Bandaraya Petaling JayaPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201802/14769Lulus12/08/201520/02/201817:00:26
SHELL 137848/2016-SENYUM DAN RAMAH, PERJALANAN LEBIH INDAH -PERUT KENYANG, HATI SENANG, PERJALANAN KITA PUN TENANG -JAUH ATAU DEKAT, PERJALANAN DILALUI DENGAN SENYUMANDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201608/08335Lulus03/08/201604/08/201612:28:12
TMG - RAYA JAWI (BUNTING)21472/2015Raikan Senyum Ceria RamadanMajlis Perbandaran KuantanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201506/05988Lulus01/06/201501/06/201515:33:49
TMG - RAYA JAWI (BANNER)21471/2015Raikan Senyum Ceria RamadanMajlis Perbandaran KuantanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201506/05987Lulus01/06/201501/06/201515:32:54
12

Kembali ke atas