Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.per.ti] | سڤرتي

Definisi : 1. sama (serupa) dgn, sebagai, semacam: rambutnya ~ rambut perempuan; laki-laki itu memejamkan matanya sejurus ~ orang kegelisahan benar; 2. sesuai dgn, sebagai-mana: keputusan Sijil Pelajaran Malaysia ~ yg tersiar dlm akhbar ini; 3. seolah-olah, macam: ~ tidak ada orang lain yg pandai; 4. = sepertinya misalnya, contohnya, um-pamanya: akhbar-akhbar Melayu ~ Utusan Melayu, Berita Harian, dll banyak dibaca di kampung-kampung; bukan ~ bukan main; sepertinya 1. jikalau, seandainya, sekiranya: ~ engkau diajak mahukah engkau pergi? 2. selayaknya, semestinya: maka oleh Paduka Bubunnya disuruhnya jemput surat itu dan disuruhnya arak dgn ~; 3. umpamanya; sepertikan tidak ubahnya, bagaikan: ia ber-jalan itu sangat perlahan ~ tiada berdaya lakunya; menyepertikan sl 1. menjadikan sbg sepatut-nya, menjadikan sbg yg sepantasnya; 2. me-nyamakan dgn, menganggap seperti. sepertimana sebagaimana, seperti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.per.ti] | سڤرتي

Definisi : 1 sama halnya dgn; tidak ada lainnya; serupa dgn; sebagai: Rambutnya ~ rambut orang perempuan. Dia berkelakuan ~ orang mabuk. 2 sesuai dgn; sebagaimana: Buatlah ~ yg aku suruh tadi. 3 umpamanya; contohnya; misalnya: Binatang yg bertelur, ~ ayam, burung, dan ikan tidak berdaun telinga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seperti (kata tugas)
Bersinonim dengan laksana, ibarat, umpama, bak, bagaikan, macam, serupa.,

Puisi
 

Emas merah kesuma danding,
     Perahu sarat seperti pelanting;
Awaknya putih pinggang ramping,
     Matanya tajam seperti gunting.


Lihat selanjutnya...(44)
Peribahasa

Seperti upih jatuh.

Bermaksud :

Yang tua mati dulu daripada yang muda.

 

Lihat selanjutnya...(415)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Papan Iklan Kedai (Restoran Makanan Laut Salina)13178/2014seperti dilampiran, mengikut pindaan seperti berikut 1) Makanan Laut 2) Masakan Panas Ala Thai, Nasi Campur Selera Kampung, Ikan BakarMajlis Daerah Perak TengahMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201406/04900Lulus16/06/201418/06/201411:04:40
seperti dalam lampiran2889/2014seperti dalam lampiran (EXTRA sebagai TESCO KLANG EXTRA)Majlis Perbandaran KlangKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201402/04001Lulus21/02/201425/02/201411:52:05
PERNIAGAAN BERJALAN SEPERTI BIASA13802/2016PERNIAGAAN BERJALAN SEPERTI BIASA,TIDAK TERGANGGU DENGAN LUAR PENGUBAHSUAIAN DI LUARPihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201603/12513Lulus28/03/201629/03/201614:46:32
PERNIAGAAN BEROPERASI SEPERTI BIASA18821/2015PERNIAGAAN BEROPERASI SEPERTI BIASAMajlis Perbandaran Subang JayaKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201505/07380Lulus14/05/201520/05/201515:00:39
Pusat Servis Beroperasi Seperti Biasa1482/2014Pusat Servis Beroperasi Seperti Biasa. Kerja Naik Taraf sedang Dilaksanakan untuk Keselesaan AndaMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201401/03482Lulus23/01/201423/01/201414:36:24
Ceria Beraya30915/2016(Seperti lampiran) Nota: Ejaan bagi perkataan Bank Rakyat dalam tulisan jawi , kami ikut seperti yang tertulis pada logo syarikat. Puan, antara tanda seru dengan kurungan memang tiada jarak.Majlis Bandaraya Kuala TerengganuPerbankanTiadaDBP/KPB/201606/13343Lulus23/06/201624/06/201610:25:36
PERNIAGAAN BEROPERASI SEPERTI BIASA28181/2015Lokasi Sama. Pengalaman Baru Nantikan Wajah Baru Kami Pertanyaan Penyewaan, 012-3313730 atau 019-3192083 Beroperasi seperti biasaMajlis Perbandaran Subang JayaPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201507/07834Lulus13/07/201515/07/201510:07:23
Ceria Beraya30916/2016Seperti lampiran. Nota: Untuk makluman ejaan Bank Rakyat dalam tulisan Jawi itu kami ikut ejaan pada logo seperti mereka.Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya IslamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201606/13344Lulus23/06/201624/06/201610:26:01
Siapa nak kelihatan cantik menawan seperti bidadari di pagi syawal?17762/2015Hara Hasya Idaman wanita selalu Siapa nak kelihatan cantik menawan seperti bidadari di pagi Syawal? Majlis Pembukaan Rasmi pada 24 Mei 2015 Ahad 12.00 tgh. hari Kami sedia membantu anda kelihatan anggun dan berseri Kunjungi kami di butik Hara HasyMajlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201505/06397Lulus12/05/201513/05/201514:10:32
promosi tahun baru cina2513/2017pembentukan kening seperti korea, tatu alis mata, tatu bentuk dan warna bibir, ingin menjadi perempuan cantik seperti perempuan korea, promosi tahun baru cina.Majlis Daerah SegamatHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201701/13090Lulus13/01/201716/01/201709:45:08
12345678910...

Kembali ke atas