Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[siap] | سياڤ

Definisi : 1. sudah sedia (pakaian, makanan, dll), sudah disediakan, mustaid: makanan sudah ~; 2. selesai (dibuat dll): ibuku sudah ~ bertanak dan menggulai; 3. = ~ sedia = ~ siaga sudah bersedia utk (melakukan sesuatu dll): mereka sudah ~ utk menghadapi tugas; 4. = bersiap Id jaga sedia!, jaga baik-baik! (perintah dlm tentera); bersiap 1. = ~ sedia = ~ lengkap = bersiap-siap berjaga-jaga utk menghadapi sesuatu, ber­waspada: setelah kelihatan itu, maka masing­masing pun ~lah menghadapi perahu perom­pak itu; 2. berkemas atau bersedia mengaturkan sesuatu: maka ia pun ~lah menghamparkan tikar yg cantik lalu menyuruh tamu naik; 3. Id siap (perintah dlm tentera); bersiap-siap, bersiap-siapan membuat persediaan, berlengkap-lengkap, bersedia­sedia: negeri Kuripan sedang ~ utk per­kahwinan tuan puteri; bersiapkan sl = mempersiapkan: Yang Di-pertuan Muda pun menyuruh ~ segala kelengkapannya; menyiapkan, mempersiapkan 1. menye­diakan, mengadakan: isterinya ~ makan pagi; 2. menyudahkan (menyelesaikan) sesuatu pekerjaan: berilah aku masa yg cukup utk ~ pekerjaan ini; 3. melengkapkan (mengemas­kan) sesuatu utk: disiapkannya sebuah perahu utk belayar; 4. mengusahakan, membentuk, membuat: mereka sedang mempersiapkan sebuah undang-undang yg akan mencegah perbuatan rasuah; persiapan 1. perihal bersiap-siap (memper­siapkan): empat pasukan bola sepak sedang giat menjalani latihan sbg ~ utk merebut gelaran johan; 2. segala sesuatu yg disiapkan, kelengkapan, persediaan: ia pun pulang utk membuat ~ belayar; beberapa hari sebelum perkahwinan itu diadakan, ~ -~ telah dibuat; penyiapan perbuatan menyiapkan atau menyudahkan sesuatu (bangunan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[siap] | سياڤ

Definisi : 1 sudah disediakan dan tinggal menggunakan atau memakainya saja; sudah sedia: Makanan sudah ~, mari­lah kita makan. 2 sudah selesai dikerjakan dll: Sudah dua tahun dikerjakan, bangunan itu masih belum ~ lagi. 3 = ~ sedia sudah bersedia utk melakukan sesuatu dll: Mereka sudah ~ utk me­nentang musuh. ~ pakai (sudah) siap atau sedia utk dipakai (digunakan): baju ~ pakai. bersiap 1 bekerja utk mengemaskan atau utk mengatur sesuatu: Encik Ahmad ~ menghamparkan tikar lalu mempersilakan tetamu naik. 2 bersedia menghadapi sesuatu; berjaga-jaga; berwaspada: Masing-masing pun ~ menunggu serangan musuh. menyiapkan 1 mengurus se­suatu supaya siap teratur; menyediakan: Isterinya sedang ~ sarapan. 2 menyelesaikan sesuatu pekerjaan dll; menyudahkan: Kami terpaksa ~ sebuah rumah dlm masa enam bulan. mempersiapkan mengusahakan su­paya bersiap: Bala tentera dipersiapkan utk menghadapi musuh. persiapan perbuatan atau hal bersiap; persediaan: Mereka sedang menjalani latihan sbg ~ utk menyertai sukan Olimpik nanti. penyiapan perbuatan atau hal me­nyiapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
siap (kata kerja)
Bersinonim dengan selesai, habis, berakhir, tamat, sempurna, beres, usai, sudah jadi;,
Kata Terbitan : bersiap, bersiap-siap, menyiapkan, persiapan, penyiapan,

Puisi
 

Raja Sultan bersarung kuda,
     Buku siap bermain kilarnak;
Anjung yang tetap menjadi legar,
     Dipandang laut berombak tidak.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Rumah sudah tukul (= pahat) berbunyi.

Bermaksud :

Mengemukakan keterangan dan saksi sesudah perkara diputuskan; mencela (bersungut) tentang sesuatu yang sudah siap dikerjakan. (Bandingkan dengan: Berketuk [= berkotek] di luar sangkar, bertanam di luar pagar).

 

Lihat selanjutnya...(2)

253

More haste, worse speed

Jika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati).

Terlalu cepat jadi lambat

She was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. Haste makes waste.

Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Terlalu cepat jadi lambat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
RESIDENSI BUKIT JALIL50883/2015RESIDENSI BUKIT JALIL DIBUKA UNTUK JUALAN TELAH SIAP DIBINA TELAH SIAP DIBINA DENGAN SIJIL SIAP DAN PEMATUHAN (CCC) /PERAKUAN KELAYAKAN (CF) 03-2142 6122 WAZE: RESIDENSI BUKIT JALIL 7KMDewan Bandaraya Kuala LumpurPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201512/08134Lulus14/12/201514/12/201515:33:28
DIJANGKA SIAP24498/2014DIJANGKA SIAP PADA OKTOBER 2014Majlis Perbandaran Alor GajahPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201410/04939Lulus13/10/201414/10/201410:35:19
akan siap7526/2014akan siapMajlis Bandaraya Johor BahruPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201404/03884Lulus15/04/201415/04/201412:35:10
DIJANGKA SIAP JULAI 201831963/2017DIJANGKA SIAP JULAI 2018Majlis Perbandaran SepangMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201706/14425Lulus01/06/201701/06/201711:56:53
langsir siap bermula rm3029800/2017langsir siap bermula rm30Majlis Perbandaran Alor GajahPerkakas dan Hiasan RumahTiadaDBP/KPB/201705/16896Lulus16/05/201717/05/201710:26:34
rumah contoh siap dikunjungi20249/2015rumah contoh siap dikunjungiMajlis Perbandaran KluangPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201505/08503Lulus26/05/201527/05/201515:25:46
KEDAI JAHIT DAN PAKAIAN SIAP212/2016KEDAI JAHIT DAN PAKAIAN SIAPMajlis Perbandaran SerembanPakaianTiadaDBP/KPB/201601/07467Lulus04/01/201604/01/201616:04:58
Kilang Barang Pasang Siap39062/2015Kilang Barang Pasang Siap Sembcorp EOSM (Malaysia) Sdn Bhd (Nombor Pendaftaran :1053351V)Majlis Daerah PontianHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201510/07977Lulus09/10/201512/10/201507:57:20
BAJU MELAYU SIAP ZIZAN RAZAK13165/201426 JUN SEHINGGA 29 JULAI 2014 DAPATKAN BAJU MELAYU SIAP ZIZAN RAZAKSEKARANG!Majlis Bandaraya Shah AlamPakaianTiadaDBP/KPB/201406/04878Lulus16/06/201418/06/201409:08:42
PILIHAN FABRIK TERBESAR38978/20151) GULATI'S KEUNGGULAN DUNIA FABRIK 2) AALIA BUTIK SKAF, SELENDANG DAN BAJU KURUNG 3) FESYEN HIJAB EKSKLUSIF NO. 1 DI MALAYSIA 4) TUDUNG ARRISA, SELENDANG SIAP PAKAI LYCRA, SELENDANG SIAP PAKAI CHIFFON BERCETAK, LAYAH EKSLUSIF, SELENDANG SOFIA 5) POTOMajlis Perbandaran Ampang JayaPakaianTiadaDBP/KPB/201510/06827Lulus01/10/201502/10/201512:39:02
12345678910...

Kembali ke atas