Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sia.pa] | سياڤا

Definisi : 1. kata utk menanyakan orang, orang mana: ~ yg mengusik awak? 2. kata utk menanyakan nama orang: ~ nama kamu? 3. kata utk menyatakan orang secara umum, orang yg tidak tentu; ~ yg makan cabai, dialah berasa pedas prb yg berbuat salah akan berasa; tiada ~ tiada seorang pun; ~ lagi a) = ~ pula adakah orang lain lagi; b) siapa selanjutnya (suka, mahu membeli, dll); ~ lu ~ gua Id, bp masing-masing membuathal sendiri (tidak bertolong bantu); ~ pun = ~ sahaja a) barang siapa; b) sebarang orang, siapa juga; sesiapa siapa-siapa: ~ sahaja boleh menyer­tai peraduan ini; siapa-siapa 1. orang yg tertentu: kakak tidak menunggu ~; 2. siapa juga, siapa pun: aku tidak mahu menyalahkan ~; 3. barang siapa, seseorang (orang yg tidak tentu): ~ yg di­dapati bersalah, akan dihukum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sia.pa] | سياڤا

Definisi : 1 kata utk menanyakan orang yg mana atau utk menanyakan nama orang: ~ yg bernyanyi tadi?. ~ nama kamu? 2 kata utk menyebut orang secara umum: ~ yg makan cabai, dialah yg berasa pedas. siapa-siapa, sesiapa 1 orang-orang mana: Ada ~ yg dipanggilnya? 2 siapa pun; siapa juga: ~ tidak boleh masuk ke sana. ~ yg didapati bersalah akan dihukum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siapa

Puisi
 

Ikan sepat mudik ke hulu,
     Anak haruan putih dada;
Siapa cepat dapat dahulu,
     Siapa kemudian putih mata.


Lihat selanjutnya...(124)
Peribahasa

Siapa sakit,
     siapa menyiuk.

Bermaksud :

Yang merasa tersindir, dialah yang berbuat pekerjaan yang disindirkan itu; yang berbuat salah akan merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Siapa luka siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh, b. Siapa makan cabai [= lada], ialah berasa pedas [= kepedasan]).

 

Lihat selanjutnya...(47)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
GST: Siapa Untung?, Siapa Rugi?.15282/2015TiadaMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201504/07767Lulus22/04/201522/04/201514:37:29
Siapa nak kelihatan cantik menawan seperti bidadari di pagi syawal?17762/2015Hara Hasya Idaman wanita selalu Siapa nak kelihatan cantik menawan seperti bidadari di pagi Syawal? Majlis Pembukaan Rasmi pada 24 Mei 2015 Ahad 12.00 tgh. hari Kami sedia membantu anda kelihatan anggun dan berseri Kunjungi kami di butik Hara HasyMajlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201505/06397Lulus12/05/201513/05/201514:10:32
Kepada siapa ingin anda sampaikan ucapan BRAND'S anda?397/2015TiadaTiadaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201501/04350Lulus06/01/201507/01/201515:05:13
TNB 462746/2016"Enjit-Enjit semut siapa sakit naik atas", "Lagu tiga Kupang Saku Penuh Padi" & "Nenek-nenek si bongkok tiga" merupakan lirik lagu kanak2.TiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201612/12140Lulus14/12/201615/12/201611:28:00
Klinik Usahawan Harimau Mint Gold48228/2015SIAPA NAK EMAS PERCUMA? JOM DATANG KE KLINIK USAHAWAN HARIMAU MINT GOLD MASUK PERCUMA!Majlis Bandaraya Johor BahruMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201511/09739Lulus26/11/201527/11/201512:17:29
Parc Regency Billboard - Masai Lama36908/2016- blok baru kini dibuka - siapa cepat, dia dapat - kehidupan mewah dengan harga berpatutanMajlis Bandaraya Johor BahruPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201608/07855Lulus29/07/201602/08/201609:21:14
Parc Regency Billboard - Masai Baru36909/2016- 200 meter ke pejabat jualan - blok baru kini dibuka - siapa cepat, dia dapat - kehidupan mewah dengan harga berpatutanMajlis Bandaraya Johor BahruPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201608/07856Lulus29/07/201602/08/201609:22:07
program cuti sekolah53631/2016PROGRAM CUTI SEKOLAH DENGAN 3 MODUL HEBAT Untuk meningkatkan unkan keyakinan diri anak-anak Siapa Cepat, Dia Dapat! 1 800 22 2672 www.programcutisekolah.com Di bawah pimpinan : En. Badrul Sani Pakar Jurulatih AMPAC Personaliti TV AL-HIJRAHMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201611/10086Lulus31/10/201601/11/201609:56:31
Clearance Banner7426/2016COURTS TAWARAN PENGHABISAN STOK BARANGAN ELEKTRIK, IT/DIGITAL DAN PERABOT BERMULA SEKARANG PENJIMATAN TUNAI HINGGA 80% SIAPA CEPAT, DIA DAPAT! *UNTUK PRODUK TERPILIH. SEMENTARA STOK MASIH ADA. TERMASUK SET PAMERAN.Pihak Berkuasa TempatanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201602/08496Lulus19/02/201622/02/201609:15:42
Bukit Gambir Clearance5687/2016COURTS JUALAN PENGHABISAN STOK UNTUK BARANGAN ELEKTRIK, IT/DIGITAL DAN PERABOT BERMULA PADA 19 FEB. 2016 DISKAUN TUNAI HINGGA 80% SIAPA CEPAT, DIA DAPAT! *UNTUK PRODUK TERPILIH. SEMENTARA STOK MASIH ADA. TERMASUK SET PAMERAN.Pihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201602/07219Lulus03/02/201604/02/201608:25:33
12

Kembali ke atas