Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sing.gah] | سيڠݢه

Definisi : berhenti sebentar di suatu tempat (dlm perjalanan), mampir: barang di mana pasir yg baik, di sana ia ~ bermain sambil menjala dan memukat; singgah-menyinggah kerap benar singgah (dlm perjalanan): lekas-lekas kembali, jangan lengah di laut dan lagi jangan ~ di mana­-mana; menyinggahi 1. berhenti atau singgah di (dlm perjalanan): negara-negara Arab yg disinggahi oleh Tun itu adalah negara­negara yg penting dlm pergolakan politik di Timur Tengah; tiga buah pelabuhan telah disinggahinya; 2. (berhenti di suatu tempat utk) mengambil atau menjemput sesuatu: maka mudiklah ia lalu disinggahinya sam­pan Gusti itu; 3. mengambil semula sesuatu yg telah diamanahkan (disuruh baiki dll); menyinggahkan 1. menghentikan perjalan­an di sesuatu tempat, melabuhkan (kapal), mendaratkan (kapal terbang); 2. menurunkan atau meninggalkan sesuatu (ketika singgah dlm perjalanan); 3. menyilakan singgah (naik ke rumah dll); mempersinggah Mn mempersilakan singgah (mampir); persinggahan tempat singgah (berlabuh, berhenti, mendarat): Colombo telah menjadi tempat ~ yg penting bagi kapal laut dan juga kapal terbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sing.gah] | سيڠݢه

Definisi : berhenti sebentar di sesuatu tempat ketika dlm perjalanan: Saya ~ di pejabat pos kerana hendak membeli setem. menyinggahi berhenti atau singgah di (ketika dlm perjalanan): Setahun lamanya kapal itu belayar, me­ngelilingi dunia dan ~ pelabuhan besar dan kecil. menyinggahkan me­nghentikan (kapal) di: ~ kapal di pelabuhan. persinggahan tempat singgah; tempat berlabuh atau tempat mendarat: Bangkok merupakan ~ penting bagi kapal terbang yg hendak ke Timur atau ke Barat. penyinggahan perbuatan, hal dll singgah, menyinggahi atau me­nyinggahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
singgah (kata kerja)
Bersinonim dengan berhenti sebentar, berlabuh, hinggap, mampir;,
Kata Terbitan : menyinggahkan, persinggahan,

Puisi
 

Singgah berlabuh di Tanjung Jati,
     Nakhodanya pakai si baju merah;
Berasa berkenan di dalam hati,
     Abang nak tegur takut dimarah.


Lihat selanjutnya...(108)
Peribahasa

Bala lalu dibawa singgah.

Bermaksud :

Sengaja mencari kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
SINGGAH DI ASNB49087/2016Singgah Di ASNBMajlis Bandaraya Shah AlamPelaburanTiadaDBP/KPB/201610/11710Lulus06/10/201610/10/201608:40:02
singgah di asnb18292/2016singgah di asnb cawangan asnb temerloh akan dibuka pada sabtu 23 april 2016 9.00 pagi - 4.00 petang jom ramai-ramaiMajlis Perbandaran TemerlohPerbankanTiadaDBP/KPB/201604/11730Lulus18/04/201620/04/201607:55:11
Singgah Di ASNB17005/2016Singgah Di ASNBMajlis Bandaraya Shah AlamPerbankanTiadaDBP/KPB/201604/10512Lulus11/04/201612/04/201620:05:26
SINGGAH DI ASNB46336/2016SINGGAH DI ASNB JOM RAMAI-RAMAIMajlis Perbandaran TemerlohMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201609/11440Lulus21/09/201622/09/201614:39:38
JOM SINGGAH KAFE ANIETA34101/2016JOM SINGGAH KAFE ANIETA MENU ISTIMEWA NASI PANDAN AYAM GOLEKMajlis Daerah BentongMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201607/10473Lulus15/07/201618/07/201608:32:52
JOM SINGGAH KAFE34079/2016JOM SINGGAH KAFE ANIETA KAMI SEDIA MENERIMA TEMPAHAN MAKANAN UNTUK MENSYUARAT DAN JAMUAN 013-9344979 (KAK ANI@MOMMY, 017-9778039 (KAK ITA)Majlis Daerah BentongMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201607/10760Lulus19/07/201619/07/201610:42:22
RESTORAN GERAI SINGGAH DAHULU5417/2016RESTORAN GERAI SINGGAH DAHULU CUBA DAHULU BARU TAHUPihak Berkuasa TempatanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201602/07026Lulus02/02/201603/02/201609:08:28
perhatian! kepada ibu mengandung, sebelum bersalin singgah dulu ke kedai kami.9736/2016perhatian! kepada ibu mengandung, sebelum bersalin singgah dulu ke kedai kami.Majlis Perbandaran KajangMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201603/09127Lulus03/03/201604/03/201608:24:33
perhatian! kepada ibu mengandung, sebelum bersalin singgah dulu ke kedai kami.4917/2015perhatian! kepada ibu mengandung, sebelum bersalin singgah dulu ke kedai kami.Majlis Perbandaran KajangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201502/05160Lulus08/02/201510/02/201512:08:34
Singgah Rasa Utara43629/2016TiadaMajlis Perbandaran KlangMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201609/09358Lulus05/09/201605/09/201613:45:57
123

Kembali ke atas