Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.sir] | سيسير

Definisi : 1. alat utk mengemaskan rambut, sikat; 2. alat utk menggemburkan dan membersih­kan tanah, pencakar, penggaruk, sikat; 3. tangkai atau gugus pisang (sebahagian drpd tandan), sikat; 4. sikat pd alat tenun, suri; 5. injap (pd pintu lukah, bubu, dll) utk menahan ikan keluar; ~ insang bahagian insang ikan yg berupa spt sikat (utk menyekat air, kumin-kumin makanan drpd terkeluar); spt gerup dgn ~ prb perihal dua orang yg sangat mesra pergaulannya (tidak boleh diceraikan); bersisir 1. memakai sisir, bersikat; 2. (sudah) disisir, bersikat: pakaiannya selekeh, rambut­nya tidak ~; 3. sedang menyikat rambut; menyisir 1. menyikat (rambut): ia memakai baju, ~ rambutnya, dan duduk menghadapi hidangan itu; 2. membersihkan (tanah) dgn sisir, menggaru, menyikat (tanah): tanah bendang yg berselut itu akan disisir pula; 3. memotong daun kelapa dr pelepahnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.sir] | سيسير

Definisi : ; menyisir berjalan atau lalu di tepi (sesuatu), menyusur (pantai dll): kami meng­ambil masa lebih kurang sejam ~ sungai, baru sampai ke tempat yg ditujui; ~ pantai menyusur pantai; persisiran daratan di sepanjang tepi laut, tasik, atau sungai: kawasan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.sir] | سيسير

Definisi : Mn; kesisiran termasuk duri dll dlm daging, kesisipan; terbuang ~ berasa senang atau lega. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.sir] | سيسير

Definisi : 1 alat utk mengemaskan rambut; sikat. 2 alat utk menggemburkan tanah; pencakar tanah. 3 tangkai atau gugusan pisang sbg sebahagian drpd tandan; sikat. 4 injap pd pintu lukah utk menahan ikan supaya tidak keluar. ~ insang bahagian insang yg menghalang kemasukan bahan-bahan di dlm air (spt pasir) ke dlm alat pernafasan yg akan merosakkannya. bersisir 1 memakai sisir. 2 sudah dikemaskan dgn sisir (bkn rambut); bersikat. menyisir 1 mengemaskan rambut dgn sisir; menyikat. 2 menggemburkan atau membersihkan tanah dgn sisir; menyikat. 3 memotong daun kelapa dr pelepahnya; menanggalkan sisir pisang dr tandannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[si.sir] | سيسير

Definisi : ; menyisir berjalan atau lalu di tepi; menyusur: ~ pantai berjalan di tepi pantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sisir

Puisi
 

Putih pandai menjemur sisir,
     Sisir dijemur di atas padang;
Gunung emas saya tak mungkir,
     Lewat sudah dipotong orang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti garuk dengan sisir.

Bermaksud :

Dua orang yang bersaudara, tetapi berlainan kemahuan dan tabiatnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
MASTER LEE ENTERPRISE3095/20151. KEDAI FOTOSTAT DAN ALAT TULIS 2. Penjilidan Buku, 3. Fotostat Berwarna, 4. Jilid Sisir (Combinding), 5. Lamina (Laminating) TEL./FAKS:07-7761731Majlis Perbandaran KluangAlat TulisTiadaDBP/KPB/201501/06776Lulus28/01/201528/01/201514:29:07

Kembali ke atas