Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.kong] | سوکوڠ

Definisi : tiang yg dipasang condong utk me­nyangga sesuatu (supaya jangan rebah dll), junjungan, penjalaran (utk tumbuh-tumbuhan spt kacang panjang dll); ~ membawa rebah prb orang yg dipercayai itu sendiri yg ber­khianat kpd kita; menyokong 1. menyangga (menopang) se­suatu supaya jangan rebah atau roboh: be­berapa orang ~ dan memapah dia supaya jangan rebah; 2. menyatakan persetujuan dan memberi perangsang dgn atau tanpa bantuan kebendaan dll, memberi bantuan (tenaga, wang, dll), membantu: saya ~ penuh fikiran penulis itu; gerila kami ~ pembe­rontakan mereka; sokongan 1. sesuatu yg dijadikan sokong (tiang dll), tunjangan; 2. perbuatan menyata­kan persetujuan dan memberi perangsang dgn atau tanpa bantuan kebendaan, bantuan (wang dll), pertolongan: tidak ada sebuah parti politik yg boleh kekal berkuasa tanpa ~ orang Melayu; ~ moral sokongan yg tidak berupa bantuan kebendaan tetapi yg mem­berikan perangsang (mengukuhkan semangat dsb); penyokong 1. alat utk menyokong, sokong; 2. orang yg menyokong (membantu, meno­long), pengikut: ia tidak segan-segan menghukum orang-orang yg menjadi ~-~ penderhaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.kong] | سوکوڠ

Definisi : apa-apa yg dipasang utk me­nyangga sesuatu yg lain supaya tidak rebah. menyokong 1 menaruh sang­ga pd sesuatu supaya tidak rebah; menyangga; menopang. 2 memberikan bantuan (baik berupa wang mahu­pun tenaga dsb); membantu: Saya ~ usul saudara tadi. sokongan 1 hasil menyokong. 2 apa-apa yg diberi­kan sbg bantuan; pertolongan. penyo­kong 1 apa-apa yg digunakan utk menyokong; sokong. 2 orang yg mem­berikan sokongan atau bantuan; penolong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sokong (kata nama)
Bersinonim dengan tiang, sangga, topang, tunjang, galang, junjungan, penjalaran, tumpil;,
Kata Terbitan : menyokong, sokongan, penyokong,

Peribahasa

Pancing makan umpan.

Bermaksud :

Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Sokong membawa rebah, c. Telunjuk mencocok [= merosok, menikam] mata, d. Tongkat membawa rebah).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Sokong Barangan Malaysia45910/2015Sokong barangan malaysiaDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201512/07122Lulus04/12/201507/12/201514:25:38
bunting53570/2015KENAPA TAK PERCAYA? Beli satu pun dapat harga borong Murah daripada RM2.90 Sokong produk bumiputera Marilah membeli-belah beramai-ramai...Majlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201601/07246Lulus02/01/201604/01/201608:24:38
HIJJAZ HALAL FRESHMART20592/2016Pemborong dan Peruncit Hasil Ternakan, Laut dan Pertanian HIJJAZ HALAL FRESHMART www.halalfreshmart.com.my 016-250 0626 Jom SOKONG Produk Muslim! Mencari yang Halal itu Fardu Dimiliki oleh: HIJJAZ FOOD (M) SDN. BHD (1037501-T)Majlis Perbandaran KlangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201604/13375Lulus30/04/201630/04/201614:28:25
Saya suka ke Sekolah28490/2014Saya suka ke Sekolah Beg kanvas berkualiti: berwarna-warni, lebih tebal, lebih selesa. Beg U-Lite: lebih ringan, kalis air, sokong tulang belakang.Majlis Daerah KulaiHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201411/05622Lulus26/11/201426/11/201414:54:03

Kembali ke atas