Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.dah] | سوده

Definisi : 1 telah siap sedia; selesai; habis; tamat: Setelah ~ makan, mereka pun makan sirih sekapur seorang. 2 telah berlalu tempohnya; telah berlaku: Perkara yg ~ janganlah dikenang. 3 memang begitu keadaannya dll; sememang begitu: Kalau ~ nasib, apa yg hendak di­­katakan. 4 = sudahlah cukuplah; ber­hentilah; padalah: ~, jangan menangis lagi. sudahnya, sudah-sudahnya akhir­­nya; kemudiannya: Sekalian yg hidup akan mati juga ~. sesudah se­telah sudah melakukan sesuatu dll; sehabis: ~ bersembahyang, kami pun berwirid dan berdoa. menyudahi mem­berikan penutup kpd sesuatu (spt rundingan, ucapan dsb); mengakhiri: Beliau ~ ucapannya dgn serangkap pantun. menyudahkan membuat jadi sudah; menghabiskan; menyiapkan; menamatkan: Tunggu sebentar, saya hendak ~ kerja ini dahulu. kesudahan apa-apa yg berlaku sesudah sesuatu; penghabisan; akhir: Bagaimana ~ cerita itu? Mula-mula mereka bergurau-gurau, ~nya mereka berkelahi. penyudah apa-apa yg terakhir; penghabisan: Itulah kali ~ dia datang ke mari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Sudah kapas menjadi benang,
     Sudah benang menjadi kain;
Sudah lepas jangan dikenang,
     Sudah jadi orang lain.


Lihat selanjutnya...(496)
Peribahasa

Sudah terantuk baru tengadah.

Bermaksud :

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah jatuh ditimpa tangga, b. Sudah kalah baru berkubu, c. Sudah kecurian baru mengunci pintu, d. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, e. Sudah lulus maka hendak melantai).

 

Lihat selanjutnya...(357)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Banner Forty 55030/2014Ayat yang sudah dibetulkan : 1. "Developed by" sudah ditukar kepada Pemaju 2. "A member of I & P Group" sudah ditukar kepada Anak Syarikat I & P Group 3. "Level 1" sudah ditukar kepada Aras 1 4. "T:" dan "F:" sudah ditukar kepada Tel.: dan FakMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201403/03719Lulus17/03/201418/03/201409:09:09
Iklan EKO20578/20161. Ayat yang berikutnya adalah masthead event ECO FESTIVAL 2016 LIGHT UP THE WORLD The Chateau A Timeless Masterpiece 2. Sudah tukar 3. Sudah tukar 4. EcoWorld Gallery @ Eco Botanic adalah nama lokasi eventMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201605/08869Lulus29/04/201603/05/201608:22:30
sudah pindah2788/2017sudah pindahMajlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201701/13510Lulus18/01/201718/01/201708:41:25
sudah berpindah30857/2014sudah berpindahMajlis Perbandaran MuarHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201412/05126Lulus16/12/201418/12/201407:59:42
95% sudah dijual61960/201695% sudah dijualDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201612/11892Lulus13/12/201614/12/201609:04:54
Kami sudah ubah kadar faedah32472/2017sudah ubah; ubah kadar faedah mahu tambah? menambah pinjaman mahu pindah? *pindah hutang lama dari syarikat lainTiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201705/20037Lulus30/05/201731/05/201713:40:57
kami sudah berpindah ke sini2787/2017kami sudah berpindah ke siniMajlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201701/13378Lulus17/01/201717/01/201711:30:17
STOK SUDAH SAMPAI - BearBesar8926/2014STOK SUDAH SAMPAI WWW.BEARBESAR.COM LEBIH GEBU LEBIH GEMUK 010-232 5754 017-518 7140 Nota: "BearBesar" adalah logo yang berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek (no: 2013057409)Majlis Bandaraya Shah AlamPermainan Kanak-kanakTiadaDBP/KPB/201405/03398Lulus03/05/201405/05/201408:53:17
STOK SUDAH SAMPAI - BearBesar8923/2014STOK SUDAH SAMPAI WWW.BEARBESAR.COM LEBIH GEBU LEBIH GEMUK 010-232 5754 017-518 7140 Nota: "BearBesar" adalah logo yang berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek (no: 2013057409)Majlis Bandaraya Shah AlamPermainan Kanak-kanakTiadaDBP/KPB/201405/03395Lulus03/05/201405/05/201408:37:53
SUDAH SERVIS TANGKI SEPTIK ANDA PADA TAHUN INI?28091/2017SUDAH SERVIS TANGKI SEPTIK ANDA PADA TAHUN INI? HUBUNGI: 1-800-88-7111 PELUANG UNTUK MEMENANGI HADIAH BERNILAI RM70 RIBU!Pihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201705/15950Lulus09/05/201712/05/201716:36:28
12345678910...

Kembali ke atas