Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ruh] | سوروه

Definisi : perintah (firman, titah) supaya me­lakukan sesuatu, lwn larangan: hendaklah kita selalu mengerjakan ~ dan meninggalkan tegah Allah; bersuruh-suruhan sl utus-mengutus, berki­rim-kiriman (utusan, wakil, dll); menyuruh 1. memberi perintah supaya melakukan sesuatu, meminta supaya (di­lakukan sesuatu), mengarahkan: tiap-tiap petang apabila saya berehat di serambi itu, kedua-duanya datang dan ~ saya me­lanjutkan cerita itu; 2. memberi perintah supaya pergi (ke), meminta orang pergi (ke), mengirim, mengutus: dr tadi dia sudah disuruh ke sekolah; disuruh, pergi, dipanggil, datang prb perihal seseorang yg patuh menurut perintah; belum disuruh, sudah pergi, belum dipanggil, sudah datang prb perihal orang yg arif dan rajin; menyuruh-nyuruh menyuruh berkali-kali (berulang kali), mendesak-desak (supaya seseorang melakukan sesuatu): dia menjawab itu spt disuruh-suruh oleh kuasa yg dia tidak tahu dr mana datangnya; menyuruhkan 1. menyuruh mengerjakan, memerintahkan: ada kira-kira pukul dua belas malam, bangunlah mualim ~ segala kelasi membongkar sauh; 2. sl mengirimkan (menghantarkan) ke, menyuruh pergi ke, mengutus: sultan pun ~ utusan kpd segala raja yg di bawah angin ini; tersuruh sudah disuruh; ~ pd orang yg akan pergi, terimbau (terpanggil) pd orang yg akan datang prb menyuruh seseorang me­ngerjakan sesuatu yg sangat diingininya; suruhan 1. sesuatu yg disuruh, perintah: orang yg rajin mengerjakan ~ Tuhan itu akan terus ke syurga; 2. = pesuruh orang yg disuruh; budak ~ = orang ~ orang yg disuruh­suruh, pembantu rumah, dll; 3. = penyuruh sl perihal menyuruh, perbuatan menyuruh: adapun kami ke mari dgn ~ keramat wali Allah; suruh-suruhan hamba yg disuruh-suruh; penyuruhan sl orang yg disuruh: maka ~ Pangeran Depati itu pun datanglah menyam­but Gusti itu; pesuruh orang yg disuruh: wakil seorang ~ telah diutus utk memanggil Pak Amat; ~ Allah Rasulullah, utusan Allah; penyuruh 1. orang yg menyuruh; 2. sl perbuatan menyuruh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ruh] | سوروه

Definisi : ark ®sirih II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ruh] | سوروه

Definisi : perintah supaya melakukan se­suatu: Segala ~-Nya hendaklah dilaku­kan dan segala tegah-Nya hendaklah diting­galkan. menyuruh 1 memberi pe­rin­­tah supaya melakukan sesuatu; me­­­minta seseorang melakukan se­­­suatu; memerintah: Siapa yg ~ kamu membuat kerja ini? 2 memberi pe­rintah supaya pergi; meminta orang pergi; mengutus: Ayahnya telah ~ dia ke kedai membeli susu. suruhan apa-apa yg diperintahkan; perintah: Segala ~ tuannya dilaksanakannya dgn baik. budak ~ orang yg boleh disuruh-suruh. pesuruh orang yg di­suruh: ~ Allah orang yg dilantik oleh Allah utk menyampaikan se­ruan-­­Nya; Ra­­sulul­lah. penyuruh orang yg menyuruh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suruh
Kata Terbitan : bersuruh-suruhan, menyuruh, suruhan, pesuruh,

Puisi
 

Sorong papan tarik papan,
     Singgah muat dalam perahu;
Suruh makan kami makan,
     Suruh mengaji saya tidak tahu.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Suruh kerja golok Keling,
     suruh makan parang puting.

Bermaksud :

Malas bekerja tetapi banyak makan. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak kerja golok Keling, hendak makan parang punting).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
DATANGLAH BERAMAI - RAMAI45339/2016KESALAHAN PERTAMA SURUH TAMBAH "MELALUI" KAEDAH PEMAMPATAN UDARA.7.9.16. PEMBETULAN KE2 SURUH TUKAR KEPADA "MENGGUNAKAN" KAEDAH PEMAMPATAN UDARA. SEKEJAP SURUH TAMBAH MELALUI SEKEJAP SURUH TUKAR KEPADA MENGGUNAKAN.MANA SATU BETUL?Majlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201609/10463Lulus14/09/201614/09/201614:00:27
BANNER TEMPAT AWAM BESERTA ANAK PANAH 245341/2016PADA 7.9.16 SURUH TAMBAH "MELALUI" KAEDAH PEMAMPATAN UDARA. PADA 13.9.16 SURUH TUKAR KEPADA "MENGGUNAKAN" KAEDAH PEMAMPATAN UADARA. MANA SATU YANG BETUL?Majlis Bandaraya Petaling JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201609/10523Lulus14/09/201615/09/201606:58:20
FH LIVING CONCEPTS SDN BHD30048/2017Nama FH LIVING CONCEPTS SDN BHD telah didaftarkan dengan SSM Sebenar apa masalah sekarang. Satu hari tukar satu kali....pihak anda yang suruh tukur dan bagi perkataan ( perabot ditempah khas) lepas ikut kemudian sekarang suruh tukar tempahan perabot?Majlis Perbandaran SerembanKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201705/18954Lulus26/05/201726/05/201711:10:48
agensi hartanah38914/2016sorry. MPJBT SURUH TUKAR JENIS PERNIAGAANMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201608/09202Lulus09/08/201610/08/201608:50:01
BANNER TEMPAT AWAM BESERTA ANAK PANAH 145340/2016DULU SURUH TAMBAH "MELALUI" KAEDAH PEMAMPATAN UDARA PADA 7.9.16. SEKARANG TUKAR KEPADA"MENGGUNAKAN" KAEDAH PEMPAMPATAN UDARA PADA 13.9.16. MANA SATU YANG BETUL?Majlis Bandaraya Petaling JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201609/10522Lulus14/09/201615/09/201606:56:57
TIAN MIMI8960/2016,PUSAT HIBURAN MUZIK ADALAH PIHAK MPJBT yang suruh letakkan atas aktiviti perniagaan ,sekian terima kasih..TiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201603/08635Lulus01/03/201601/03/201609:19:00
PEJABAT URUSAN11401/2017Selamat pagi, Kita hantar sekali, kerana pegawai MPJBT suruh menukat kepada PEJABAT URUSAN sahaja. sekiah terima kasih.Majlis Perbandaran Johor Bahru TengahPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201703/13819Lulus02/03/201703/03/201710:26:48
PAPAN TANDA KEDAI45337/2016KESALAHAN DULU hanya TITIK BERTIDIH JAUH.SEKARANG DAH RAPATKAN.6.9.16. SEKARANG SURUH UBAH OLEH KEPADA HURUF KECIL."oleh".13.9.16.Majlis Bandaraya Petaling JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201609/10461Lulus14/09/201614/09/201613:58:42

Kembali ke atas