Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.su] | سوسو

Definisi : 1. buah dada, tetek, kopek; hujung ~ = mata ~ = pentil ~ = puting ~ bahagian hujung susu; ruang ~ ruang di antara dua buah dada; 2. = air ~ air berwarna putih yg keluar dr buah dada; binatang ~ binatang yg dipelihara utk mendapat susu; kepala ~ lemak yg kental pd air susu; kilang ~ a) kilang tempat mem­proses susu; b) bahagian badan yg meng­hasilkan susu; lapar ~ mahu susu (anak kecil); 3. cairan yg menyerupai air susu yg diperoleh dr tumbuhan (pokok getah, tuba, dll): selepas pokok getah berumur 30 tahun ~nya akan berkurang; ~ badan susu ibu; ~ (ber)formula susu tepung yg disediakan mengikut formula khusus utk golongan tertentu spt bayi, ibu mengandung dsb; ~ bundar buah dada (perempuan) yg bulat dan cekang; ~ berlemak susu asli yg tidak diproses (masih mengandungi lemak aslinya); ~ bubuk susu tepung; ~ cair sj susu yg agak kental yg dibuat dgn jalan pengewapan dgn tekanan dan suhu tinggi; ~ ibu susu dr buah dada; ~ kaleng = ~ kalengan Id susu yg telah diproses dan diisikan dlm tin; ~ kopek = ~ lanjut buah dada yg labuh; ~ macan bp sj minuman drpd air susu yg dicampur dgn minuman keras; ~ pekat susu yg dipekatkan dan dibubuh gula; ~ tanpa lemak susu yg lemaknya telah dikeluarkan; ~ tepung sj susu yg diproses menjadi tepung; ~ tin susu dlm tin; ~ di dada tak dapat dielakkan prb nasib seseorang itu tidak boleh ditolak (baik atau jahat); air ~ dibalas dgn air tuba prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; spt ~ dgn sakar prb a) dua hal yg bersetujuan benar; b) aturan yg masih tetap berlaku dan dipakai; menyusu menghisap susu: budak itu sudah tidak mahu ~; gajah ~ (binaan) atap atau sengkuap yg bersambung dgn rumah; menyusui memberi minum susu kpd: bina­tang mamalia ~ anaknya yg masih kecil; menyusukan 1. menyusui: mereka menye­rahkan kanak-kanak yg baru lahir kpd perempuan lain utk disusukan; 2. mem­biarkan menghisap susu (menyusu); susuan 1. yg diberi susu, yg disusui; anak ~ a) anak yg masih menyusu; b) anak orang yg disusui; saudara ~ saudara kerana menyusu dr perempuan yg sama; 2. puting susu yg dibuat drpd getah (sbg ganti susu ibu): yg seorang masih lekat ~ dimulutnya; penyusuan perihal (perbuatan) menyusui: pemendekan tempoh ~ bayi boleh mem­bahayakan kesihatannya; penyusu orang yg menyusui, pengasuh, inang: Muhammad besar di bawah peli­haraan ~nya itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.su] | سوسو

Definisi : ; ~ rimau sj kulat, Polystictus rhino­cerotis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.su] | سوسو

Definisi : ; ~ kubung sj tumbuhan (benalu), Desmotrichum spp.; ~ lopek sj tumbuhan (rumpai laut yg boleh dimakan), berembang bukit, Longetia malayana; buah ~ a) sj tumbuhan (pokok), Chrysophyllum mono­pyrenum; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), buah belewar, buah selasih, Passiflora lauri­folia; bunga ~ a) sj tumbuhan (pokok renek), bunga cina, susuk ayam, susun kelapa, Erva­tamia coronaria; b) sj tumbuhan (pokok renek), bunga cina, Gardenia augusta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.su] | سوسو

Definisi : 1 buah dada; tetek. 2 = air ~ air berwarna putih yg keluar dr buah dada. 3 air berwarna putih yg keluar dr tetek haiwan (spt lembu, kambing) yg dijadikan makanan. 4 benda cair spt air susu yg diperoleh dr beberapa jenis pokok (spt getah, tuba). ~ badan susu ibu. ~ cair susu yg tidak dicampur gula dan diperoleh dgn cara penyejatan. ~ formula susu tepung yg disediakan mengikut formula khusus utk golong­an tertentu, spt bayi, ibu mengandung, orang tua. ~ ibu susu dr buah dada yg dihisap bayi sbg makanannya. ~ julung susu yg keluar buat kali pertama dr lembu dsb yg baru melahirkan anak. ~ kering (tepung) susu yg diproses dlm bentuk serbuk. ~ pekat susu yg telah disejat dan dicampur dgn gula. ~ siring susu yg telah diambil kepalanya. ~ tin susu yg dijual dlm tin. bersusu mempunyai susu. menyusu meng­-hisap air susu dr buah dada dsb: Adli baru berumur satu tahun setengah tetapi sudah berhenti ~. menyusui memberikan susu (tetek) supaya dihisap; memberi minum air susu: Rosminah sedang ~ anaknya. penyusuan hal (perbuatan dsb) menyusu atau menyusui. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata susu

Puisi
 

Masak susu linggang-linggang,
     Putik belimbing diketu-ketu;
Tutup pintu renggang-renggang,
     Petik dinding terbukalah pintu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai susu dengan sakar,
     dibuat tengguli.

Bermaksud :

Sangat padan; bersetujuan benar. sakar = gula; tengguli = air gula.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
LAZZ SUSU KAMBING ORGANIK19477/2015SUSU KAMBING ASLI UNTUK BAYI: HILANGKAN KAHAK & LELAH KULIT SIHAT TANPA SENSITIF TULANG & GIGI LEBIH KUAT TINGKAT IMUNISASI TINGKATKAN SELERA MAKAN KEDUA TERBAIK SELEPAS SUSU IBU MENINGKATKAN IQ ANAK MUDAH DIHADAMKAN & LAWAS SUSU KAMBING KURMAMajlis Perbandaran NilaiMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201505/07851Lulus21/05/201522/05/201516:09:27
Koko Krunch dan Susu - Vertical21153/2014Koko Krunch dan Susu. Nikmatilah Kebaikan. 46% Zat Besi. 8g Bijian Penuh. 44% Kalsium. Rujukan dari RNI, Malaysia 2005, kanak-kanak berumur 7-9 tahun. Satu hidangan 125ml susu penuh krim + 30g Nestle KOKO KRUNCHDewan Bandaraya Kuala LumpurMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201409/03972Lulus11/09/201415/09/201410:47:07
Koko Krunch dan Susu - Horizontal21152/2014Koko Krunch dan Susu. Nikmatilah Kebaikan. 46% Zat Besi. 8g Bijian Penuh. 44% Kalsium. Rujukan dari RNI, Malaysia 2005, kanak-kanak berumur 7-9 tahun. Satu hidangan 125ml susu penuh krim + 30g Nestle KOKO KRUNCHDewan Bandaraya Kuala LumpurMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201409/03971Lulus11/09/201415/09/201410:46:46
susu segar6056/2016susu kambing segar ada dijual di permata herbaMajlis Perbandaran TemerlohMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201602/07489Lulus09/02/201610/02/201608:31:57
Menjual Susu Kambing dan Hasil Produk Dari Susu Kambing14412/2017TiadaMajlis Perbandaran KluangMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201703/16444Lulus15/03/201716/03/201709:56:50
Menjual Susu Kambing dan Hasil Produk Dari Susu Kambing14247/2017TiadaMajlis Perbandaran KluangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201703/16538Lulus15/03/201716/03/201711:00:07
susu halibs8190/2017secangkir susu halibs buat yang tersayangDewan Bandaraya Kuala LumpurMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201702/12236Lulus16/02/201717/02/201710:31:12
PENGEDAR SUSU KULTUR9530/2014PENGEDAR SUSU KULTURMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201405/03861Lulus09/05/201412/05/201411:30:12
SUSU KAMBING SEGAR LADANG SUNNAH6834/2015kedai susu kambing segar ladang sunnah tb:0127025393 pejabat: 074300497Majlis Perbandaran Batu PahatMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201503/04854Lulus02/03/201503/03/201510:10:32
Kedai Susu Getah Muhibbah Lateks Sdn Bhd24471/2015Kedai Susu Getah Muhibbah Lateks Sdn Bhd (399704-M) ISO 9001:2008 (Cert.No.29987) 888,Lot 5533, Sungai Getah Estate, Div.1, Sungai Lalang,08100 Bedong, Kedah, MalaysiaMajlis Perbandaran Sungai PetaniHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201506/08606Lulus18/06/201522/06/201515:29:20
123456789

Kembali ke atas