[ta.Öat]/[ta.Öat] | طاعة
Definisi : 1. sentiasa menurut perintah (Tuhan dll), tidak mengingkari (perintah dll), patuh: Pesuruh Allah menyeru manusia supaya mengenal Allah dan ~ kpd Allah; 2. kuat beribadat, soleh: isteriku ialah wanita yg ~ mengerjakan suruhan agama Islam;mentaati berlaku taat kpd, patuh kpd seseorang atau sesuatu, tidak membantah akan, menurut (perintah, peraturan, dll): mereka akan ~ setiap keputusan Bangsa-Bangsa Bersatu utk menyelesaikan masalah Malaysia; ketaatan 1. perihal taat, kepatuhan, kesetiaan: mereka sibuk dgn ~ masing-masing kpd raja mereka; 2. kesungguhan hati terhadap agama, kesolehan;ketidaktaatan keadaan tidak taat: oleh sebab kesalahan manusia dan ~nya, cahaya wahyu pertama yg cemerlang itu menjadi kabur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ta.Öat]/[ta.Öat] | طاعة
Definisi : 1 sentiasa menurut perintah atau menurut suruhan; tidak mengingkari; patuh: Rakyat hendaklah ~ kpd pemerintah. 2 = ~ setia tidak berlaku curang; jujur dan setia: Aku bertuah mendapat isteri yg ~ sptmu. mentaati tidak membantah akan perintah dll; mematuhi: Tiap-tiap orang Islam wajib ~ rukun Islam yg lima. ketaatan sifat atau keadaan taat; kepatuhan; kesetiaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)