Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.mat] | تمت

Definisi : 1. sudah dibaca (diceritakan dll) hingga akhirnya, khatam; ~ mengaji a) sudah khatam Quran; b) sudah siap mengaji; ~ belajar (sekolah) sudah selesai pelajaran; ~ riwayat­nya sudah mati; 2. berakhir, habis, selesai: perkhidmatannya akan ~ pd tahun depan; menamatkan 1. membaca (menceritakan, mengisahkan) sampai habis: bagaimana cara­nya yg baik hendak ~ cerita ini? 2. men­jadi­kan tamat, menghabiskan, menye­lesai­kan, menyudahkan: ia ingin melihat saya dapat ~ pelajaran saya sampai dapat sijil; ia mesti ~ khidmatnya setakat ini; tamatan yg sudah tamat belajar (di), yg lulus (dr): ~ sekolah menengah; tanda ~ Id sijil, ija­zah; penamatan perbuatan dsb menamatkan atau mengakhiri: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Ber­satu perlu mengesahkan ~ perjanjian amanah antara negara itu dgn Kepulauan Marshall; ada­kalanya ~ sesebuah sesi itu adalah dgn mem­berhentikan sahaja proses kaunseling; penamat yg terakhir, pengakhir, penutup, penyudah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.mat] | تمت

Definisi : 1 sudah dibaca, diceritakan dll hingga ke akhir: Buku itu sudah ~ dibacanya. 2 berakhir; selesai; habis: Lebih kurang pukul enam petang, barulah temasya sukan itu ~. ~ belajar (persekolahan) sudah menempuh semua tingkatan dlm sekolah; sudah selesai pelajarannya. ~ riwayat sudah mati. menamatkan 1 membaca, menceritakan dll hingga ke akhir: Bagaimanakah cara yg baik hendak ~ cerita ini? 2 menjadikan tamat; menghabiskan; menyudahkan: Kerana selalu sakit-sakit, dia terpaksa ~ perkhidmatannya. tamatan yg sudah tamat belajar di (sekolah, maktab dsb); lulusan: ~ maktab perguruan. pe­namatan perbuatan atau hal me­namatkan: ~ perkhidmatannya adalah atas sebab kesihatan. penamat yg ter­akhir; yg penghabisan; penutup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tamat (kata kerja)
Bersinonim dengan berakhir, selesai, habis, sudah, khatam, berhenti, putus, beres, langsai, kiamat;,
Kata Terbitan : menamatkan, tamatan, penamatan, penamat,

Puisi
 

Tuan menjaja Qurªan Istanbul,
     Lambat tamat dipelajari;
Kalau tuan berjanji betul,
     Dilucut akan cincin di jari.


Lihat selanjutnya...(2)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Paparan Iklan Pejabat19843/2014PULANG SELAMAT DAN SAH Untuk Pekarja Asing Tanpa Izin (PATI) Warga Bangladesh SAH SEHINGGA 31 DESEMBER 2014 *Miliki Pasport yang Sah atau sudah tamat tempoh **Tiada permit kerja atau permit kerja sudah tamat tempoh Hanya Syarikat Kericom dilantDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201409/03235Lulus04/09/201404/09/201411:39:28
BP Mall38540/2015Pameran prestasi tamat persekolahan kelas reka seni ke-9Majlis Perbandaran Batu PahatMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201510/07185Lulus05/10/201506/10/201508:33:07
Harga Promosi RM 99* sebulan54499/2016Femme Fitness Harga Promosi RM 99* Sebulan Normal: RM169 sebulan PROMOSI TAMAT PADA 30 NOV. 2016 Tiada Yuran Pendaftaran Penggunaan tanpa had 019-3182513 facebook: femmefitnesssection13Majlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201611/11032Lulus07/11/201607/11/201610:23:16
Q3 2016 MPKJ37640/2016Tayar di www. mytayar.com HARGA RENDAH SETIAP HARI Kod Diskaun: MYTAYAR Tamat: 30/11/2016 Nila Sagara Sdn. Bhd. (No. Sykt. 923924-X) mytayardotcom +6010-77 TAYAR (+6010-77 82927)Majlis Perbandaran KajangKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201608/08424Lulus04/08/201605/08/201608:17:15
mytayar.com - mbsa banner may 201618730/2016Ingin membeli tayar kereta dengan harga kompetitif? Bimbang tertipu? Sila layari: mytayar.com Kod Diskaun MYTAxxxxxxx Tamat : 30/8/16 Nila Sagara Sdn. Bhd. (923924-X)Majlis Bandaraya Shah AlamAksesori dan Alat Ganti KeretaTiadaDBP/KPB/201604/12098Lulus20/04/201621/04/201614:27:54
JAWATAN KOSONG10613/2015JAWATAN KOSONG OPERATOR PENGELUARAN BERTEMPAT DI JTEKT AUTOMOTIVE (MALAYSIA) SDN BHD, BATU TIGA, SUBANG HI-TECH INDUSTRIAL PARK, SHAH ALAM. GAJI KASAR : RM1600 SEBULAN (ANGGARAN MINIMUM) KELAYAKAN : TAMAT TINGKATAN 3 DAN 5 (PMR/SPM) BOLEH MENULIMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201503/08109Lulus27/03/201530/03/201508:24:41
PUSAT SENAMAN BAHARU UNTUK WANITA47893/2016Promosi Pembukaan RM 179 -RM 0 YURAN PENDAFTARAN PROMOSI RM169 SEBULAN RM99* SEBULAN HUBUNGI KAMI MELALUI TALIAN: 03-55235208/019-3182513 FB: Femme Fitness Promosi tamat pada 31 Oktober 2016Majlis Bandaraya Shah AlamPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201610/10870Lulus30/09/201604/10/201607:47:51
QUANTUM ORIENT HOLDINGS SDN BHD35214/2015permohonan kedua selepas perbetulkan kesilapan yang pihak tuan katakan. harap pihak Tuan dapat mengesahkan sekadar segera kerana kami sangat2 memerlukan lesan perniagaan ini utk "renew" perkerja kami yang akan tamat tempoh bekerjanya sebelum dihantar kepaMajlis Perbandaran Subang JayaPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201509/06389Lulus07/09/201509/09/201508:10:05
Tadika Inovasi Ceria18253/2014تاديكا اينوۏاسي چريا TADIKA INOVASI CERIA No. 45, JALAN SETIA PERDANA U13/25K, SEKSYEN U13, SETIA ALAM, 40170 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN Tel.: 012-3413310 Faks: 03-33419172 No. Fail KM: Tarikh Tamat: Had Bilangan Pelajar:Majlis Bandaraya Shah AlamPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201408/03570Lulus13/08/201414/08/201416:09:17
Bunting (Gegantung)28407/2015Taman Tronoh Timah Rumah Teres 2 Tingkat Fasa 1 - Unit Terhad Fasa 2 - Dibuka Untuk Pendaftaran Baru Percuma Yuran Guaman & Duti Setem dari RM213,800 & ke atas 5% Diskaun untuk bumiputra No Lesen Pemaju : 12000-2/12-2014/01485(L) Tempoh Tamat :30TiadaPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201507/08407Lulus24/07/201524/07/201509:26:14

Kembali ke atas