Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.par] | تمڤر

Definisi : pukulan dgn tapak tangan, tepuk (dgn kuat): kena ~ dan nista;biar kena ~ dgn jari yg bercincin drpd kena jentik dgn tangan yg berkudis = kalau kena ~, biarlah dgn tangan yg pakai cincin, kalau kena tendang, biarlah dgn kaki yg pakai kasut prb kalau tersalah dlm sesuatu perkara biarlah dihukum oleh orang yg berkuasa atau ditegur oleh orang yg berilmu drpd dianiaya oleh orang yg bodoh; se~ seemas, dua ~ seemas baik ditampar benar-benar prb sepala-pala nama jahat jangan kepalang;bertampar bertepuk; ~ dada bertepuk dada; ~ tangan bertepuk tangan; bertampar-tampar saling menampar antara satu sama lain; bertampar-tamparan saling menampar antara satu sama lain; menampar 1. memukul dgn tapak tangan, menepuk: dua tiga kali sudah Tun Biajid diikat oleh ayahnya, sekali kerana ~ hamba raja; 2. ki memukul perlahan (angin), memu­put, menempuh (ombak dll): angin malam yg dingin ~ tubuhnya; kedengaran bunyi ombak perlahan-lahan ~ pantai;menampar-nampar, menampari menam­par berulang-ulang (berkali-kali): permaisuri pun meratap juga serta menumbuk-numbuk dan ~ dada; menamparkan menggunakan sesuatu utk menampar, menampar dgn; tamparan 1. pukulan dgn tapak tangan, tepukan: dia terkenang pd ~ suaminya; 2. ki pukulan (ombak dll), tempuhan (angin): ~ ombak yg tidak berhenti itu memecahkan timbunan batu-batan; 3. peristiwa, kritikan, dsb yg tidak menyenangkan hati: isu bahasa itu memberikan ~ yg hebat kepadanya; ~ nyamuk tulang belikat;penampar pukulan dgn tapak tangan, tam­paran: sebuah ~ dr tangan kiri hinggap ke pipinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.par] | تمڤر

Definisi : ~ hantu sj tumbuhan (pokok), sepetir, sepetir (hantu, senduk), Sindora wallichii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.par] | تمڤر

Definisi : ; menampar memukul atau menepuk dgn tapak tangan: Kerana terlalu marah, dia ~ muka budak itu. menamparkan menggunakan se­suatu utk menampar; menampar dgn sesuatu. tamparan hasil perbuatan menampar; pukulan dgn tapak tangan. penampar tangan utk menampar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tampar
Kata Terbitan : menampar, tamparan,

Peribahasa

Kalau kena tampar biarlah dengan tangan yang pakai cincin,
     kalau kena tendang biarlah dengan kaki yang pakai kasut.

Bermaksud :

Kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, jangan dianiaya oleh orang-orang kecil dan tak tahu apa-apa.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
TADIKA KHALIFAH GENIUS BESTARI5905/2015TADIKA TADIKA KHALIFAH GENIUS BESTARI NO. 2A, TINGKAT 1, JALAN BOLA TAMPAR 13/14, SEKSYEN 13, 40100 SHAH ALAM SELANGOR. TEL. : 03-55244188Majlis Bandaraya Shah AlamPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201502/06129Lulus23/02/201524/02/201508:52:16
ETERNITY HEALTHCARE SDN BHD3720/2014PEJABAT URUSAN ETERNITY HEALTHCARE SDN BHD NO 54, JLN BOLA TAMPAR 13/14, SEKSYEN 13,40100 SHAH ALAM SELANGORMajlis Bandaraya Shah AlamPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201402/04325Lulus28/02/201428/02/201411:37:41
KLINIK PAKAR KESUBURAN KASIH20642/2017KLINIK PAKAR KESUBURAN KASIH FERTILITY SPECIALIST CLINIC NO.32, TINGKAT BAWAH, JALAN BOLA TAMPAR 13/14, SEKSYEN 13, 40100 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN DIMILIKI OLEH IVFKASIH SDN.BHD. (1169442-D)Dewan Bandaraya Kuala LumpurUbat-ubatanTiadaDBP/KPB/201704/15156Lulus07/04/201711/04/201708:57:56
iM4U SENTRAL32744/2017Teks dalam iklan: Komuniti. Sukan. Inspirasi (Aktiviti perniagaan: Kemudahahan sewa dewan, gelanggang badminton, takraw, futsal, bola tampar, bola keranjang dll sewaan, gymnasium, dan asrama)Majlis Perbandaran Subang JayaSukan dan PeralatanTiadaDBP/KPB/201706/14476Lulus01/06/201701/06/201714:10:43

Kembali ke atas