Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.nam] | تانم

Definisi : cucuk ~ perihal tanam-menanam (bertani); musim ~ musim menanam padi; bertanam 1. sedang bercucuk tanam, mem­buat pekerjaan pertanian: kehidupan mereka itu memukat dan ~ padi; 2. sl mengebumi­kan, menguburkan mayat: di bawah gereja itulah tempat orang Hollanda ~ orang mati; ~ cacar bersuntik; berkotek (berketuk) di luar sangkar, ~ di luar pagar prb sesudah perkara selesai barulah terdengar keterangan atau aduan; menanam 1. menaruh (mencucuk, menabur, dll) benih ke dlm tanah supaya tumbuh: ben­dang ialah tempat ~ padi; 2. menaruh sesuatu dlm lubang dan dikambusi dgn tanah, menim­buni sesuatu yg di dlm lubang dgn tanah, menguburkan (mayat, bangkai, dll): ia me­nyum­­pah orang yg ~ barang letupan itu; maka baginda pun mangkatlah, maka di­tanam orang hampir masjid; 3. = me­na­nam­­­kan menyebarkan sesuatu ajaran (faha­m­an dll), membangkitkan dgn memupuk (semangat, perasaan, dll): di sana beliau telah mena­nam­kan semula benih-benih kebang­saan yg telah patah; 4. memasukkan wang (modal) dlm sesuatu perusahaan dll, memodali, melabur: ia telah ~ modal sebanyak RM600; 5. menegakkan (kekuasaan), memperluas (pengaruh, kepentingan): pihak Komunis sedang giat berusaha ~ pengaruh mereka di dunia sebelah sini; 6. memasukkan benih penyakit ke dlm badan (utk mencegah drpd dihinggapi penyakit), menyuntikkan, mem­biak­kan (benih penyakit dll); 7. mempunyai niat, berhajat (utk berbuat sesuatu), berniat: ~ niat utk naik haji; 8. mengangkat atau menempatkan (sbg wakil, pegawai, dll); 9. Pl, bp masuk ke dlm lumpur (ikan), mem­benamkan diri (dlm lumpur): puas aku men­cari ikan haruan tadi, sudah ~ agaknya; ~ budi berbuat kebajikan (kebaikan) kpd; ~ modal mengeluarkan modal utk sesuatu per­usahaan, melabur; ~ semula menanam pokok baru utk mengganti yg tua (getah); bagai­mana ditanam, begitulah dituai prb tiap-tiap kejahatan itu, kejahatan jugalah akan balas­annya; tanam-menanam perihal menanam tumbuh-tumbuhan dll; menanami menanam sesuatu di: di atas pulau itu ditanami pelbagai kayu-kayuan, buah-buahan dan bunga-bungaan; tertanam 1. sudah ditanam (ditanamkan), termasuk ke dlm, terbenam: baru ia bertum­pu hendak melompat maka ~ ke bumi hing­ga lehernya; 2. ki tersemat di hati: apabila ~nya iman dan terlaksananya usaha utk men­dirikan masyarakat...; tanaman 1. tumbuh-tumbuhan yg biasa di­tanam (spt ubi, keladi, dll), apa yg ditanam: sebahagian drpd hasil ~nya dijual; ~ kontan tanaman yg diusahakan dlm sesuatu kawasan tanam­an utk mendapatkan hasilnya semen­tara menantikan hasil tanaman kekalnya; ~ penutup (Bio) tumbuhan (lazimnya drpd jenis rumput rampai) yg ditanam utk menghalang berlakunya hakisan serta mengekalkan kelem­bapan dan kesuburan; 2. sesuatu yg tertanam, pendaman;tanam-tanaman berbagai-bagai jenis ta­nam­­an; petanaman tempat menanam tumbuh-tum­buhan; penanaman perihal menanam (menanam­kan): petani-petani dlm mukim tersebut ber­setuju memulakan ~ padi jenis baru itu; ~ modal perihal menanam modal, pelaburan; penanam orang yg menanam (menanam­kan); ~ padi pesawah; ~ modal orang yg mengeluarkan modal (wang dll) utk menjalan­kan perniagaan dll, pemodal, pelabur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.nam] | تانم

Definisi : ; bertanam membuat kerja-kerja pertanian, spt bersawah, ber­kebun: Mereka membuat bermacam-macam pekerjaan spt memukat dan ~ padi. menanam 1 membubuh, menabur atau memasukkan benih ke dlm tanah supaya tumbuh: ~ jagung. 2 menaruh sesuatu di dlm lubang dan mengambusnya dgn tanah: Mereka ~ peti itu di belakang rumah. 3 ki menyebarkan ajaran (fahaman dll); membangkitkan atau memupuk (semangat, perasaan dsb): Semangat tolong-menolong patut ditanam dlm jiwa seorang. ~ budi berbuat baik kpd (terhadap). ~ cacar memasukkan benih cacar ke dlm tubuh utk mencegah penyakit cacar. ~ modal memasukkan modal ke dlm sesuatu perusahaan. ~ semula menanam pokok yg baru utk menggantikan pokok yg lama (tua). tanam-menanam perbuatan atau hal bercucuk tanam. menanami menanam di: ~ ladang itu kelapa sawit. Ladang itu ditanami kelapa sawit. tanaman tumbuh-tumbuhan spt ubi, padi yg biasa ditanam; apa-apa jenis tumbuhan yg ditanam. ~ kontan tanaman yg ditanam terutamanya utk dijual. ~ selingan ist tanaman yg ditanam di ruang atau di celah-celah tanaman utama atau, tanaman yg ditanam semasa tanaman utama tidak ditanam. ~ tutup bumi tanaman yg ditanam (di antara tanaman utama dsb) utk menahan hakisan tanah dll. tanam-tanaman berbagai-bagai jenis tanaman. penanaman perbuatan atau hal menanam. penanam orang yg menanam: ~ padi orang yg kerjanya bertanam padi; pesawah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanam
Kata Terbitan : bertanam, menanam, tertanam, penanam,

Puisi
 

Tanam limau tanam kedondong,
     Tanam mari tepi pantai;
Harimau garang jangan dikepung,
     Buat rosak sahabat handai.


Lihat selanjutnya...(99)
Peribahasa

Tanam padi tumbuh lalang,
     ayam ditambat disambar elang.

Bermaksud :

Nasib yang malang.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Tanam Sebatang Pokok, Segarkan Persekitaran Anda!18766/2014TiadaMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201408/04003Lulus18/08/201421/08/201407:41:31
Tanam Sebatang Pokok, Segarkan Persekitaran Anda!18765/2014TiadaMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201408/04002Lulus18/08/201421/08/201407:40:44
TEKNIK TANAM FOLIKEL KULIT RAMBUT31511/2017TiadaMajlis Bandaraya Melaka BersejarahMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201705/19448Lulus29/05/201730/05/201708:38:29
PUSAT KONTRAKTOR KERJA PENYELENGGARAAN SHAMUGAM MAINTENANCE SERVICE ENTERPRISE6827/2017PUSAT KONTRAKTOR KERJA PENYELENGGARAAN SHAMUGAM MAINTENANCE SERVICE ENTERPRISE TB : 010-4218667/ 012-7152730 POTONG RUMPUT ATAU POKOK, MEMBERSIHKAN KAWASAN LAPANG DAN RUMAH, TANAM POKOK BUNGA, ANGKAT SAMPAH SERTA SEMUA KERJA PEMBERSIHANMajlis Perbandaran KluangPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201702/10983Lulus08/02/201710/02/201708:44:53

Kembali ke atas