Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.man] | تمن

Definisi : 1. kawan, handai, sahabat, taulan: mengapa sendirian pula, tiada ~, tiada rakan; 2. orang yg bersama-sama melakukan sesuatu, lawan bercakap-cakap (bermain dsb): ~ bercakap; 3. sesuatu sbg pelengkap, jodoh, kawan: buah pinang dimakan orang jadi ~ sirih; 4. Pr ganti diri yg pertama, saya, aku;~ hidup orang yg dijadikan pasangan hidup (isteri atau suami); ~ lelaki lelaki yg menjalin hubungan cinta dgn seseorang wanita; ~ sejawat kawan sekerja; ~ tetangga jiran; ~ tidur orang yg dijadikan kawan tidur; ~ wanita wanita yg menjalin hubungan cinta dgn seseorang lelaki; usahlah ~ dimandikan pagi prb janganlah terlalu memuji-muji; berteman 1. berkawan, bersahabat: sebenar­nya kedua-dua orang itu ~ baik; 2. tidak se-orang diri, ada kawannya: ke mana pun pergi jarang-jarang aku ~; bertemankan mempunyai (seseorang, se­suatu) sbg teman; menemani 1. turut serta, mengawani, meng­iringi, menyertai: dia senang melihat kawan­nya ~nya duduk di situ; malam itu Ramlan ~ Swee Meng pergi memanggil bidan; 2. ki menjadikan sbg pemakan (nasi dll), melawan­kan: sayur pucuk ubi ditemani oleh sambal belacan dan ikan goreng; peneman seseorang (sesuatu) yg menjadi teman kpd: hanya linangan air mata ~ duka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.man] | تمن

Definisi : 1 kawan; sahabat; rakan: Dia bermalam di rumah ~nya. 2 orang yg bersama-sama melakukan sesuatu (bekerja dll): ~ berbual-bual. 3 sesuatu yg dimakan, dipakai dll bersama dgn benda lain; jodoh; kawan: Buah pinang dimakan orang sbg ~ sirih. ~ hidup orang yg dijadikan pasangan hidup (suami atau isteri). ~ sejawat orang yg menyandang jawatan yg sama tarafnya. ~ tetangga jiran. berteman 1 berkawan; bersahabat. 2 tidak seorang diri; ada temannya. menemani men­jadi teman kpd; mengiringi: Dia ~ saya pergi ke pasar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teman (kata nama)
1. Bersinonim dengan kawan: sahabat, rakan, taulan, handai, konco, kenalan, sekutu, komrad, bandu, saki, kanti, nyapang, ratik, sobat, alif,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan jodoh: kawan, judu, pelengkap, pasangan, regu, sandingan, setelan,

Kata Terbitan : berteman, bertemankan, menemani, peneman,

Puisi
 

Aduilah adui meniti batang,
     Si teman bujang dicari juga;
Berapa jauh dia datang? Kalau jadi dari semula.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Jika cerdik teman berunding,
     jika bodoh disuruh diarah.

Bermaksud :

Sahabat yang tulus ikhlas dan suka membantu.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
TADIKA TEMAN CERIA53146/2015TADIKA TEMAN CERIA DIMILIKI OLEH: LITTLE PAL SDN. BHD.Majlis Perbandaran Subang JayaPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201512/09903Lulus29/12/201529/12/201514:04:18
TAMAN TEMAN INDAH3031/2016Bersesuaian dengan nama taman yang bersebelahan iaitu Taman TemanMajlis Perbandaran JasinMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201601/10325Lulus26/01/201626/01/201609:49:47
TEMAN @ TAMAN SRI ANJUNG52765/2016RUMAH BERBANDUNG SATU TINGKATPihak Berkuasa TempatanPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201610/14921Lulus26/10/201627/10/201616:49:29
Teman-Taman Serom Baru2510/2016Taman Serom BaruPihak Berkuasa TempatanPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201601/09693Lulus20/01/201620/01/201611:17:17
teman-taman bintang28480/2014TAMAN BINTANGPihak Berkuasa TempatanPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201411/05159Lulus20/11/201420/11/201414:59:50
TEMAN MEMBELI-BELAH ANDA26059/2014KINI DIBUKA!Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201410/06246Lulus28/10/201429/10/201420:43:02
TF TEMAN20273/2016TiadaMajlis Perbandaran TemerlohMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201604/13058Lulus26/04/201628/04/201612:53:22
Pusat Tuisyen Teman Sejati27501/2014seperti yang dilampirMajlis Perbandaran MuarPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201411/04370Lulus11/11/201412/11/201408:55:36
papan tanda4546/2015TEMAN PERCETAKAN ANDA IPRINT TO UTiadaAlat TulisTiadaDBP/KPB/201502/04876Lulus04/02/201506/02/201508:51:47
PUSAT TUISYEN41565/2015DIMILIKI OLEH : TEMAN SEJATIMajlis Perbandaran MuarPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201510/09094Lulus20/10/201520/10/201509:34:56
12

Kembali ke atas