Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pu.rung] | تمڤوروڠ

Definisi : 1. kulit yg keras pd beberapa jenis buah (terutama kulit buah kelapa): senduk itu dibuat drpd ~ kelapa; 2. kulit kelapa yg keras yg dibelah dua (utk bekas air dll), batok, geluk: pengemis-pengemis itu menghulurkan ~ mereka kpd orang-orang yg lalu di depan mereka; 3. sesuatu yg menyerupai tempurung; ~ betina belahan tempurung yg di sebelah bawah; ~ jantan belahan tempurung yg di sebelah atas; ~ kepala = ~ otak tulang kepala yg melindungi otak; ~ lutut tulang bulat pd lutut di sebelah depan, Patella rotula; ~ rebab badan rebab (biasanya drpd tempurung). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.pu.rung] | تمڤوروڠ

Definisi : buah ~ sj tumbuhan (pokok yg buahnya berwarna hijau), buah advokat, Persea gratissima. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.pu.rung] | تمڤوروڠ

Definisi : 1 kulit yg keras pd bebe­rapa jenis buah (terutamanya kulit buah kelapa): Senduk itu dibuat drpd ~ kelapa. 2 kulit kelapa yg keras yg dibelah dua (biasanya dijadikan bekas air dll): Seorang pengemis tua telah menghulurkan ~nya kpd kami. ~ kepala tulang kepala yg melindungi otak. ~ lutut tulang yg agak bulat pd lutut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempurung (kata nama)
Bersinonim dengan geluk, batok, sayak.,

Puisi
 

Tempurung bermata tiga,
     Ayam di bawah rumah kandang-kandangan;
Akan terturun akan tiada,
     Lekat di rumah berpandangan.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Sudah bertongkat tempurung,
     tak terangkat pelupuk matanya lagi.

Bermaksud :

Sudah tua sekali.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Tempurung Kitchen8243/2017Kafe , Tempurung KitchenMajlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201702/12923Lulus20/02/201721/02/201712:56:07
Restoran Tempurung17206/2015Bangunan terletak dallam kebun kelapaMajlis Perbandaran Alor GajahMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201505/05903Lulus06/05/201511/05/201508:36:22

Kembali ke atas