Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.pung] | تڤوڠ

Definisi : 1. barang yg hancur dan lumat kerana ditumbuk dll (beras, gandum, dll): ~ jagung; 2. barang-barang yg sedia lumat, bubukan, serbuk: ~ sari; ~ beras tepung yg dibuat drpd beras (utk mem­buat kuih); ~ berperasa tepung yg me­ngan­­dungi serbuk perasa (spt garam, rempah, daun perasa, dsb); ~ berserbuk penaik = ~ naik sendiri tepung yg mengandungi serbuk penaik; ~ bungkus sj kuih yg diberi berinti; ~ cat serbuk cat; ~ gandum tepung yg dibuat drpd gandum; ~ gomak sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut dan tepung kacang hijau (ber-intikan kacang dan gula); ~ jagung tepung drpd jagung, digunakan utk memekat­kan kuah, membuat kuih dsb; ~ pelita sj kuih yg dibuat drpd tepung beras serta gula dan santan yg dikukus; ~ pulut tepung drpd beras pulut, digunakan utk membuat kuih-muih; ~ sagu tepung drpd sagu; ~ susu serbuk susu; ~ talam sj kuih yg dibuat drpd tepung gandum serta gula melaka dan santan (dimasak di dlm bokor); ~ torak sj kuih drpd tepung beras, santan dan gula, diberi perasa pandan dsb; ~ ubi (kanji) tepung yg dibuat drpd ubi kayu; ~nya ia mahu, kuihnya pun ia mahu prb hal orang yg tamak, diberi sedikit hendak banyak, diberi banyak hendak semua; tepung-tepungan bermacam-macam jenis tepung: yg termasuk dlm makanan pemberi tenaga ialah beras, jagung, ~, dll; menepung menumbuk atau mengisar (biji-bijian dll lumat-lumat) supaya menjadi tepung: ~ beras (jagung); (spt hendak) ~ tiada berberas prb a) pekerjaan yg dibuat dgn tiada cukup syarat, jaranglah boleh menjadi sem­purna; b) cakap sahaja besar, hasilnya sedikit pun tidak ada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.pung] | تڤوڠ

Definisi : Mn; menepung menggocoh, memukul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.pung] | تڤوڠ

Definisi : 1 benda yg ditumbuk, di­giling dll hingga hancur dan lumat: ~ jagung. 2 benda yg sejak asalnya sedia lumat; bubuk; serbuk: ~ sari debunga. ~ beras tepung yg dibuat drpd beras utk dibuat kuih. ~ gandum tepung yg dibuat drpd gandum. ~ gomak kuih berinti yg dibuat drpd tepung pulut dan diselaputi tepung kacang hijau. ~ sagu tepung yg dibuat drpd sagu. ~ suji tepung yg kasar (drpd gandum). ~ talam kuih yg dibuat drpd tepung gandum serta gula melaka dan dimasak di dlm bokor. ~ ubi (kanji) tepung yg dibuat drpd ubi kayu. menepung menumbuk atau mengisar beras dll hingga menjadi tepung: ~ jagung me­numbuk atau mengisar biji jagung hingga menjadi tepung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tepung

Puisi
 

Tetak tepung tetak sedahan,
     Segar-segar pancung sekali;
Mana kampung mana halaman,
     Telaga keruh bekas kumandi.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus,
     tepung jangan terserak.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sulit yang harus dikerjakan dengan hati-hati sekali.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Stun Flour62791/2016KAFE - restoran kecil yg menyajikan makanan dan minuman ringan. STUN - menakjubkan; (pass.) takjub: para pelancong takjub dgn keindahan pemandangan itu FLOUR - tepung: rice ~, tepung beras; wheat ~, tepung gandum.Majlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201612/13095Lulus21/12/201622/12/201607:33:10
TEPUNG KEK PREMIX COKLAT MOIST14427/2017Tepung Kek Premix coklat moist Mudah. Sedap. BerkualitiMajlis Perbandaran SepangMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201703/16384Lulus14/03/201715/03/201718:57:36
KILANG TEPUNG11663/2015KILANG TEPUNG SAYIDAH NO. P4, JALAN IPOH GARDEN, BATU 4, JALAN IPOH, 51200, KUALA LUMPUR. DIMILIKI OLEH: SAYIDAH FLOUR MILL SDN BHD (628593-H)Dewan Bandaraya Kuala LumpurKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201504/05085Lulus01/04/201502/04/201511:16:27
KILANG MEMPROSES TEPUNG UBI KAYU8157/2015TiadaMajlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201804/19595Lulus28/08/201512/04/201816:44:29
KILANG KISAR TEPUNG3295/2015TiadaMajlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201702/11834Lulus29/04/201515/02/201716:36:56
Bestari Food Tepung Tempura (260116) Gary4174/2016TiadaTiadaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201601/10450Lulus26/01/201626/01/201614:49:06
Bestari Food Tepung Goreng (260116) Gary4173/2016TiadaTiadaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201601/10447Lulus26/01/201626/01/201614:48:36
KILANG SUSU TEPUNG BERKHASIAT42595/2015TiadaMajlis Daerah KulaiHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201510/10198Lulus26/10/201527/10/201508:30:02
Bunting14805/2014susu tepungMajlis Perbandaran KuantanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201407/04049Lulus01/07/201401/07/201413:42:50
UNTUK MEMOHON LISEN MBJB21499/2014Pemborong Tepung MEGA FLOUR SDN BHD (1062465-w)Majlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201409/04319Lulus15/09/201419/09/201408:59:52
12

Kembali ke atas