Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.bang] | تربڠ

Definisi : 1. melayang atau bergerak di udara dgn menggunakan sayap (tenaga jentera dll): beberapa ekor burung layang-layang ~ di udara; sebuah helikopter ~ di atas kota; 2. menumpang atau naik kapal terbang: petang itu juga beliau ~ ke Singapura; 3. Id mudah meruap (minyak dll), mudah kering, mudah menjadi gas: minyak ~; zat ~; 4. = berterbangan melayang-layang di udara (debu, daun-daunan, dll), berhamburan di udara; 5. ki berlari (bergerak dll) dgn laju, bergerak dgn cepat, melarikan diri: kereta itu ~ bukan main laju; pencuri itu sudah ~; 6. ki hilang lenyap, hilang milik, musnah: tengok harta kita yg tinggal tiga relung ~ waktu Hamdan di Sekolah Melayu; 7. ki melayang-layang ke mana-mana (fikiran), menerawang: semua fikirannya sudah ~ pd orang yg bakal ditemuinya; ~ arwah (semangat) a) pengsan; b) hilang ingat­an, sangat terperanjat; ~ darahnya sangat terkejut; ~ fikiran hilang fikiran; ~ lalat (langau) pagi-pagi hari (lebih kurang pukul 6.00–6.30); ~ bertumpu, hinggap mencekam prb jika merantau hendaklah mencari kaum keluarganya (karib-baitnya); berterbangan 1. terbang ke merata-rata tempat, terbang banyak-banyak: unggas ~ dr suatu dahan ke dahan yg lain serta bersiul-siul mencari makanan; 2. berhamburan (ber­taburan) di udara, melayang-layang di udara (debu dll): debu di jalan raya ~ ke udara apabila dihembus angin; menerbangi terbang melalui (menempuh), berpergian dgn kapal terbang di; menerbangkan 1. membiarkan terbang, me-lepaskan terbang: beberapa ekor merpati telah diterbangkan utk memulakan pera­yaan tersebut; 2. membawa terbang (angin, burung, dll): biji buah ini amat kecil dan ringan, maka mudah diterbangkan oleh angin; 3. membawa (mengangkut) dgn kapal terbang, memandu (mengemudikan) kapal terbang: askar-askar yg tercedera dlm per­tempuran itu telah diterbangkan ke rumah sakit Kuching utk mendapatkan rawatan cemas; 4. ki melarikan wang dll, melarikan diri: orang yg ~ wang syarikat itu telah dihukum; penerbangan 1. perihal terbang (mener­bangi, menerbangkan); 2. perjalanan dgn kapal terbang, lalu lintas kapal terbang: semua ~ dlm negeri telah dibatalkan; 3. segala yg berkaitan dgn lalu lintas udara; ~ awam = ~ sipil Id urusan penerbangan utk keperluan orang awam (bukan utk tentera); ilmu ~ pengetahuan atau kepandaian dlm hal terbang (dgn kapal terbang); penerbang orang yg menerbangkan kapal terbang, jurumudi kapal terbang, juruterbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.bang] | تربڠ

Definisi : Jw rebana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.bang] | تربڠ

Definisi : ikan ~ sj ikan laut, Exocoetidae. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.bang] | تربڠ

Definisi : 1 melayang atau bergerak di udara dgn menggunakan sayap spt burung atau dgn menggunakan tenaga jentera spt kapal terbang: Beberapa ekor burung ~ di udara. 2 pergi ke sesuatu tempat dgn kapal terbang: Pd malam itu juga, beliau ~ ke Bangkok. 3 ki melayang jauh fikirannya (ingatannya): Fikirannya sudah ~ pd orang yg akan ditemuinya itu. 4 ki menghilangkan diri; pergi atau berlari dgn cepat; hilang lenyap (ttg wang, harta dsb): Wangnya ~ kerana dia ditipu oleh jurujual itu. ~ arwah a. pengsan. b. hilang fikirannya atau hilang ingatannya; sangat terkejut. ~ darah sangat terkejut. ~ fikiran hilang fikiran. berterbangan 1 terbang atau me­layang-melayang ke merata-rata tempat; terbang banyak-banyak: Burung kelihatan ~ di udara. 2 melayang-layang di udara; bertaburan di udara (ttg debu yg ditiup angin dsb): Debu ~ di udara ditiup angin. menerbangi terbang di atau terbang melalui: Sebuah kapal terbang kelihatan ~ ruang angkasa. mener­bangkan 1 membawa terbang; menyebabkan ter­bang: Biji buah ini amat mudah diterbangkan angin. 2 mengangkut dgn kapal terbang: Askar-askar yg tercedera dlm pertempuran itu diterbangkan ke rumah sakit. 3 ki melarikan wang dll; melepaskan diri drpd bahaya atau dr tahanan: Orang yg ~ wang syarikat itu telah ditangkap dan dihukum pen­jara. penerbangan 1 perbuatan (cara, hal dll) terbang, menerbangi atau me­nerbangkan. 2 perjalanan dgn kapal terbang: Semua ~ dlm negeri telah dibatalkan oleh sebab rusuhan yg berlaku. penerbang orang yg menerbangkan kapal terbang; juruterbang; pemandu kapal terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terbang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan melayang: bergerak di udara, mengapung,

2. Bersinonim dengan hilang: lenyap, lesap, langsai, lingkup,

3. Bersinonim dengan berkhayal: berangan-angan, mengangan, mengangan-angan, mengelamun, melayang jauh, mengerawang, termenung-menung, membayang-bayangkan,

Kata Terbitan : berterbangan, menerbangkan, penerbang,

Puisi
 

Anak helang dibawa terbang,
     Bawa terbang terpingit-pingit;
Kalau abang tahu membilang,
     Cubalah bilang bintang di langit.


Lihat selanjutnya...(198)
Peribahasa

Ayam hitam terbang malam bertali ijuk,
     bertambang tanduk,
hinggap di kebun rimbun.

Bermaksud :

Kejahatan (perkara dan sebagainya) yang dilakukan di dalam sulit, sukar diketahui. (Biasa juga: Ayam putih terbang siang, hinggap ke rimba dalam, bertali ijuk bertambang tanduk; atau Ayam hitam terbang malam, hinggap pada pohon mempelam; atau Ayam hitam terbang malam, berdebas bunyinya). tambang = pancang untuk mengikatkan tali ayam.

 

Lihat selanjutnya...(49)

102

Catch your bear before you sell its skin

Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.

Burung yang terbang dipipiskan lada

Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. Catch your bear before you sell its skin . Wait until they give you an appointment letter.

Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah burung yang terbang dipipiskan lada. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(19)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
egen jualan tiket kapal terbang berdaftar37495/2016egen jualan tiket kapal terbang berdaftar domestik & antarabangsa / pakej pelancungan ( inbound & outbound) / pakej umrah / tempahan hotel & pengangkutan / permohonan visaMajlis Perbandaran KuantanPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201608/08250Lulus03/08/201604/08/201609:07:25
Pembekal alat ganti kapal terbang7691/2014pembekal alat ganti kapal terbang FJ GLOBAL SOLUTIONS (M) SDN BHDMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201404/04137Lulus22/04/201423/04/201408:15:41
Bengkel Menghias Lilin & Bengkel Membuat Kapal Terbang16319/2014Aktiviti menghias lilin & Aktiviti membuat kapal terbangMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201407/05405Lulus17/07/201418/07/201417:46:00
tigerair11098/2014Nikmati Destinasi Hebat Terbang ke Borakay, Chiangmai, Maldives dan lebih melalui Singapura Pengangkutan ulang-alik percuma dari Lapangan Terbang Changi dari Terminal II KotarayaMajlis Bandaraya Johor BahruPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201405/05023Lulus27/05/201428/05/201410:03:55
Transtar Cross Border TS 19607/2014Terminal Kota Raya JB ll - Lapangan Terbang Changi/Changi Airport Terminal 1, Terminal 2 dan Terminal 3 Lapangan Terbang Changi (65) 6297 9009 www.transtar.travel/crossborder Melalui/via Changi Business Park/Singapore EXPOMajlis Bandaraya Johor BahruPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201405/04116Lulus14/05/201415/05/201417:23:16
Transtar Cross Border TS 19605/2014Terminal Kota Raya JB ll - Lapangan Terbang Changi/Changi Airport Terminal 1, Terminal 2 dan Terminal 3 Lapangan Terbang Changi. (65) 6297 9009 www.transtar.travel/crossborder Melalui/via Changi Business Park/Singapore EXPOMajlis Bandaraya Johor BahruPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201405/04114Lulus14/05/201415/05/201417:21:56
LAPANGAN TERBANG7558/2015TiadaMajlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201802/14999Lulus14/08/201527/02/201817:51:09
JOHOR BAHRU - LAPANGAN TERBANG CHANGI7172/2015TiadaMajlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201801/15825Lulus05/08/201522/01/201817:11:05
Hias Rumah dan Terbang Percuma10923/201625-27 Mac 2016 IDCC Shah Alam 11 pagi - 9.30 MalamMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201603/10000Lulus09/03/201610/03/201612:23:11
ETIHAD27247/2014KAMI TERBANG KE LEBIH 250 DESTINASI DI RANGKAIAN KAMIDewan Bandaraya Kuala LumpurPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201411/04136Lulus06/11/201410/11/201412:00:38
1234

Kembali ke atas