Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.je.mah] | ترجمه

Definisi : menterjemah membuat kerja-kerja terjemahan; menterjemahkan 1. memindahkan (karangan dll) drpd suatu bahasa kpd bahasa yg lain, mengalihbahasakan: masalah kekurangan buku dlm bahasa kebangsaan boleh diatasi dgn ~ buku-buku bahasa Inggeris; 2. ki membawa pengertian, men­tafsirkan: penguat-kuasaan boleh diterjemah­kan sbg langkah menolak perniagaan dan mengarahkan para pelabur ke pasaran lain; 3. menukarkan atau mengubah sesuatu kpd keadaan, bentuk dsb yg konkrit atau nyata: segalanya akan menjadi kenyataan sekira­nya kita ~ impian itu kpd pelan tindakan yg berkesan; terjemahan 1. hasil drpd menterjemahkan, yg (telah) diterjemahkan: di samping cerpen asli dimuat juga cerpen ~; 2. cara (gaya, kaedah) menterjemah; ~ bebas cara men­terjemah yg menunjukkan bahawa pen­terjemah tidak mengikuti gaya penulisan atau penyampaian penulis asal karya yg diter­jemah­kan; penterjemahan perihal (kerja, usaha, dsb) menterjemahkan; penterjemah orang yg menterjemahkan sesuatu, juruterjemah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.je.mah] | ترجمه

Definisi : ; menterjemah melakukan kerja menukarkan bahasa sesuatu ka­rang­an dsb kpd bahasa lain: Dia mengedit bukan ~. menterjemahkan menukarkan bahasa (sesuatu karang­an dsb) kpd bahasa lain: Sudah tiga bulan dia ~ buku itu, tetapi belum juga siap. terjemahan sesuatu (kar­ya dll) yg su­dah diterjemahkan; hasil menterjemahkan se­suatu. pen­ter­­jemahan perbuatan, hal dsb menterjemah atau men­ter­jemah­kan. penterjemah orang yg men­terjemah atau menterjemahkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terjemah
Kata Terbitan : menterjemah, terjemahan, penterjemahan, penterjemah,


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PUSAT PENDIDIKAN KREATIF46212/2016terjemah dari "Creative Education Oasis (CEO)", untuk letak di papan iklan (sign board) di kedai bertingkat 3 (2nd floor) - inilah papan iklan yang kecil letak di sisi tepi kedaiMajlis Bandaraya Shah AlamPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201609/12578Lulus28/09/201629/09/201613:38:12
PUSAT PENDIDIKAN KREATIF OASIS47484/2016terjemah dari "Creative Education Oasis (CEO)", untuk letak di papan iklan (sign board)Majlis Bandaraya Shah AlamPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201610/10931Lulus03/10/201604/10/201608:07:49
Pusat Pendidikan - PENDIDIKAN KREATIF OASIS46216/2016terjemah dari "Creative Education Oasis (CEO)", untuk letak di papan iklan (sign board) di kedai bertingkat 3 (2nd floor) - Papan Iklan Utama di hadapan kedai dengan ukuran 20x3kakiMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201609/12619Lulus28/09/201629/09/201615:43:51
belli 2x6 b23815/2014"cash & carry" terjemah dalam bahasa melayu..Majlis Perbandaran KluangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201410/04702Lulus10/10/201410/10/201411:58:54
kedai peralatan dapur5340/2014kepala lembu itu adalah logo tak boleh diubah. tagline original tak boleh terjemah. Terima KasihMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201403/04351Lulus26/03/201427/03/201407:51:59
HEARING PARTNERS51548/2016PROMOSI AKHIR TAHUN NERA 2 NERA 2 PRO DISKAUN 50% 50% DISKAUN UNTUK UNIT KEDUA DENGAN PEMBELIAN UNIT PERTAMA **DESIGN RITE --NAMA PRODUK..TAK BOLEH TERJEMAH RIA PRO NERA PRO ALTA PRO BELI 1 PERCUMA 1 BELI 1 UNIT DAN MENDAPATKAN UNIT KEDUA - PMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201610/14122Lulus21/10/201624/10/201608:37:38
Agensi Pekerjaan Pyramid Sdn.Bhd33209/2016Agensi Pekerjaan Pyramid Sdn.Bhd. 012-772 9510 IM. 101/HQ-J/857/4 (877)(JTK 2506) (953326-T) MBJBT (L/I) PS: The "MAN POWER" adalah part of logo kami, perlukah terjemah?Majlis Perbandaran Johor Bahru TengahPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201607/10036Lulus13/07/201614/07/201607:59:21

Kembali ke atas