Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.jun] | ترجون

Definisi : 1. melompat dr atas ke bawah: pencuri-pencuri itu pun ~ ke dlm sungai, lalu berenang ke seberang; air ~ air yg mengalir dan jatuh dr tempat yg tinggi; 2. lebih rendah (jika dibandingkan dgn yg lain); 3. mencebur-kan diri (dlm sesuatu lapangan), menyertai, turut serta: beliau sudah lama ~ ke dlm gelanggang politik; berterjunan bersama-sama (beramai-ramai) terjun, banyak yg terjun: setelah ia mengamuk itu ~lah orang dr balairung; menerjun ark terjun; menerjuni 1. terjun ke (di), terjun utk (mengambil, menolong, dll): lurah yg dalam telah kita terjuni dan bukit yg tinggi telah sama kita daki; 2. ki memeriksai atau menyelidiki dgn mendalam, menyelami: beliau cuba ~ ilmu psikologi kanak-kanak yg kurang diketahui oleh ibu bapa dan guru-guru; 3. ki mematuhi perintah dll, mengikut; 4. ki mengeluarkan wang utk menutup kerugian; menerjunkan 1. membiarkan terjun, menyuruh terjun: dia ~ anjingnya ke dlm sungai; 2. menggugurkan (dr kapal terbang dll); 3. merendahkan, menghinakan; ~ diri menceburkan diri, menyertai (sesuatu perkara), turut serta (dlm sesuatu perkara); terjunan hasil perbuatan terjun dr kapal terbang (oleh askar) atau dr tempat yg tinggi (oleh ahli renang dsb): kebanyakan penerjun asing menggunakan alat video bagi meng­kaji setiap ~; keterjunan perihal ditimpa sesuatu; ~ sawan kena penyakit sawan; penerjunan perihal (perbuatan dsb) mener-juni atau menerjunkan; penerjun 1. orang yg terjun dr kapal terbang (dgn menggunakan payung terjun): ~ memakai dua payung terjun; 2. ahli renang yg mengambil bahagian dlm acara terjun dr tempat yg tinggi ke dlm kolam air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.jun] | ترجون

Definisi : melompat dr tempat yg tinggi ke tempat yg rendah atau dr atas ke bawah: Kakinya patah ketika ~ dr kereta api yg sedang bergerak. air ~ air yg mengalir turun dr tempat yg tinggi. berterjunan terjun ramai-ramai; ramai yg terjun: Mereka ~ ke dlm sungai utk mengelak drpd digigit tebuan. menerjuni 1 terjun di; terjun ke: Tanpa berlengah-lengah, dia terus ~ air tasik yg jernih itu. 2 menyelidiki (mendalami, menyelami dll) sesuatu bidang, ilmu dsb: Beliau ~ bidang aeroangkasa kerana amat meminatinya. menerjunkan 1 membiarkan terjun; menyuruh terjun: Dia ~ anjingnya ke dlm sungai. 2 menggugurkan sesuatu dr kapal terbang dsb: Kapal terbang tsb ~ beberapa biji bom di tempat itu. ~ diri memasuki atau menyertai sesuatu perkara atau kegiatan; menceburkan diri. terjunan lompatan terjun: Pere­nang negara mempamerkan ~ yg baik dlm acara itu. penerjunan perbuatan (hal dsb) terjun, menerjuni atau menerjunkan. penerjun orang yg terjun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terjun (kata kerja)
Bersinonim dengan jatuh, melompat ke bawah, turun, menghambur ke bawah;,
Kata Terbitan : berterjunan, menerjuni, terjunan, penerjunan, penerjun,

Puisi
 

Petang ini petang Jumaat,
     Anak kuda mandi terjun;
Bukan tak tahu kumbang bersengat,
     Baik jaga bunga di kebun.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Naik melompat,
     turun terjun.

Bermaksud :

Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Bengkel Membuat Pemegang Telur Dan Bengkel Belajar Cara Menggunakan Payung Terjun23062/2014Aktivity membust pemegang telur dan belajar cara menggunakan payung terjunMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201410/03907Lulus29/09/201401/10/201415:24:23
Geo Bukit Rimau45294/2016DI SINILAH KEDIAMAN YANG MEWAH DAN BERHARMONI Pesona kediaman moden, kehebatan senibina unik dan keseimbangan feng shui Dibuka untuk pendaftaran! Kedai dibuka untuk jualan Kolam renang ultra moden dengan air terjunMajlis Perbandaran KajangPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201609/10576Lulus14/09/201615/09/201608:40:45
SETIA ECO CASCADIA53232/20151) KAWASAN LANDSKAP SEPANJANG 20 KAKI 2) RUMAH EKO DUA TINGKAT JUPITER 20' X 80' 3) RUMAH KLUSTER CLAREMONT 32' X 80' 4) RUMAH BERKEMBAR TREMONT 40' X 80' 5) SELAMAT TAHUN BARU CINA 2016 6) AIR TERJUN MERCU TANDA KAWASAN PERUMAHANMajlis Bandaraya Johor BahruPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201512/10028Lulus29/12/201530/12/201508:28:57
SETIA ECO CASCADIA48229/20151. DILENGKAPI DENGAN KAWASAN LANDSKAP SEPANJANG 20 KAKI 2. (JUPITER) EKORUMAH DUA TINGKAT 20'X80' 3. (CLAREMONT} RUMAH KLUSTER 32' X 80' 4. (TREMONT) RUMAH BERKEMBAR 40' X 80' 5. SELAMAT HARI KRISMAS DAN TAHUN BARU 2016 6. AIR TERJUN MERCU TTiadaPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201511/09795Lulus27/11/201530/11/201508:07:17

Kembali ke atas