Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


2°v´ | تياڠ

Definisi : 1. kayu yg dipasang tegak utk menyo­kong sesuatu bahagian bangunan (spt lantai dll): kesemua ~ rumah itu drpd kayu jati; 2. tonggak (drpd kayu, besi, dll) yg ditanam atau didirikan tegak utk kegunaan tertentu; ~ bendera tiang utk mengibarkan bendera; ~ telegraf (telefon) tiang utk digantungkan wayar telegraf (telefon); mengibarkan bendera setengah ~ menaikkan bendera ke takat separuh tiang (sbg alamat berdukacita atau berkabung); 3. kayu dll yg didirikan tegak dlm kapal utk memasang layar; 4. ki orang atau sesuatu yg menjadi unsur atau sumber kekuatan (kesempurnaan dll) sesuatu: pemuda harapan bangsa, pemudi ~ negara; ~ agama solat (dlm Islam); ~ agung tiang kapal yg terpenting; ~ balai badan penasihat yg terdiri drpd empat orang utk menasihati Undang di Negeri Sembilan; ~ beralas tiang rumah yg berasas (berlapik) batu; ~ gantung tiang yg tidak jejak ke tanah (utk menyam­bung bahagian tambahan rumah kpd rumah ibu); ~ gol satu drpd dua tiang yg dihubungkan dgn kayu palang utk matlamat tendangan bola; ~ guntung tiang perahu yg papak pd puncaknya; ~ kampung orang yg tertua dlm kampung; ~ negara orang dll yg menjadi sumber kekuatan negara; ~ seri (tengah, sendi rumah) tiang rumah yg mula-mula sekali didirikan (letaknya di tengah-tengah rumah); ~ topang tiang depan (perahu); ~ pandak hendak menyamai ~ panjang prb hendak meniru-niru orang kaya (orang besar-besar); bertiang mempunyai tiang, ada tiangnya; bertiangkan mempunyai atau menggunakan (sesuatu) sbg tiang, bertonggakkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

2°v´ | تياڠ

Definisi : 1 kayu dll yg dipasang tegak utk menyangga bangunan (spt rumah, jambatan): ~ rumah itu belum didirikan lagi. 2 kayu dll yg didirikan tegak utk sesuatu tujuan: ~ bendera; ~ gol; ~ layar; ~ seri tiang rumah yg mula-mula di­dirikan yg letaknya di tengah-tengah rumah. 3 ki sesuatu yg menjadi tonggak atau pokok kekuatan dll: Pemuda ha­rapan bangsa, pemudi ~ negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiang (kata nama)
1. Bersinonim dengan tonggak: turus, pancang, pacak, turas, cerucuk,

2. Bersinonim dengan sendi: teras, tunjang, asas, dasar, rukun, prinsip, pokok,

Kata Terbitan : bertiang,

Puisi
 

Rumah kecil tiang seribu,
     Rumah besar tiang sembilan;
Dari kecil dikandung ibu,
     Sudah besar mencari makan.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Layar menimpa tiang.

Bermaksud :

Kawan menjadi lawan.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Tiang BRT - Visual Pekerjaan (Work)46061/2015PEKERJAAN KEHIDUPAN SUNWAY KEHIDUPAN BERKOMUNITIMajlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201511/07664Lulus13/11/201516/11/201510:02:04
Tiang BRT - Visual Keselamatan (Be Safe)46059/2015KESELAMATAN KEHIDUPAN SUNWAY KEHIDUPAN BERKOMUNITIMajlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201511/07668Lulus13/11/201516/11/201510:05:23
Tiang BRT - Visual Hiburan (Play)46058/2015HIBURAN KEHIDUPAN SUNWAY KEHIDUPAN BERKOMUNITIMajlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201511/07662Lulus13/11/201516/11/201509:57:02
Tiang BRT - Visual Kehidupan (Live)46057/2015KEHIDUPAN KEHIDUPAN SUNWAY KEHIDUPAN BERKOMUNITIMajlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201511/07660Lulus13/11/201516/11/201509:56:27
Tiang BRT - Visual Pengajian (Learn)46056/2015PENGAJIAN KEHIDUPAN SUNWAY KEHIDUPAN BERKOMUNITIMajlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201511/07659Lulus13/11/201516/11/201509:56:02
Tiang BRT - Visual Kesihatan ( Be Healthy)46055/2015KESIHATAN KEHIDUPAN SUNWAY KEHIDUPAN BERKOMUNITIMajlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201511/07684Lulus13/11/201516/11/201514:46:56
Tiang BRT - Visual Berhubung (Be Connected)46052/2015BERHUBUNG KEHIDUPAN SUNWAY KEHIDUPAN BERKOMUNITIMajlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201511/07683Lulus13/11/201516/11/201514:46:24
Tiang BRT - Visual Mesej Korporat (Connected)34112/2015TERHUBUNG Perjalanan Yang Selesa dan Mudah Bergerak Ke Mana-mana SahajaMajlis Perbandaran Subang JayaPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201509/05819Lulus03/09/201504/09/201507:44:25
Tiang BRT - Visual Mesej Korporat (Live)34110/2015HIDUP Kemudahan Gaya Hidup Berintegrasi untuk Kehidupan yang BerkualitiMajlis Perbandaran Subang JayaPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201509/05818Lulus03/09/201504/09/201507:44:14
Tiang BRT - Visual Mesej Korporat (Learn)34109/2015BELAJAR Institusi Pendidikan Bertaraf DuniaMajlis Perbandaran Subang JayaPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201509/05437Lulus27/08/201501/09/201515:12:27
1234

Kembali ke atas