Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ba] | تيبا

Definisi : 1. sampai (di), datang: apabila kereta api ~ di stesen itu ramai penumpang yg turun; mereka sedia menerima sebarang bahaya yg akan ~; 2. sudah sampai (waktu dll), sudah mulai: setelah ~lah masanya; kalau ~ musim lada itu bukan buatan ramainya orang berjual beli; setiba sebaik-baik tiba, sesampai, seketika selepas tiba: ~nya di Pulau Pinang beliau telah melakukan upacara pembukaan bangun­an UMNO; ketibaan perihal tiba (sampai), kesampaian, kedatangan: ~ Nabi di Madinah disambut dgn sangat meriahnya. tiba-tiba dgn tidak disangka-sangka, dgn men-dadak, sekonyong-konyong: sebuah kereta berhenti dgn ~ di hadapan mereka; hujan turun dgn ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ba] | تيبا

Definisi : 1 sampai di sesuatu tempat: Rombongan itu ~ di Bandung pd pukul tiga petang. 2 sudah sampai musimnya, waktunya dll: Musim kemarau sudah ~. ketibaan hal sampai atau hal tiba di: ~ baginda disambut dgn penuh istiadat. setiba sebaik-baik tiba di; seketika selepas tiba; sesampai: ~nya di hotel, dia pun menelefon abangnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ti.ba] | تيبا

Definisi : ; tiba-tiba dgn tidak disangka-sangka; sekonyong-konyong: Ia melo­long dgn ~ spt orang ketakutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiba (kata kerja)
Bersinonim dengan sampai, datang, mari, muncul, timbul, terpacul, terjengul;,
Kata Terbitan : setibanya, ketibaan,

Puisi
 

Orang pulang ke negeri China,
     Tiba di luar air ditimba;
Dagang di rantau terbaring merana,
     Menunggu maut menjemput tiba.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Malang tak berbau.

Bermaksud :

Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.

 

Lihat selanjutnya...(28)

202

Every flow must have its ebb

Kesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama. Esok lusa pasti datang kesusahan.

Ada pasang berturun naik

He came into fortune but he forgot easily. I'd helped him a lot but he treated me like a dog. I told myself, every flow must have its ebb. One day, he would realize that nothing lasts forever.

Dia tiba-tiba meraih kekayaan tetapi dia mudah lupa. Aku telah banyak membantunya tetapi dia melayani aku seperti anjing. Aku berkata pada diriku, ada pasang berturun naik. Satu hari nanti, dia akan sedar bahawa semuanya ini tidak kekal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(20)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
tiba masanya ke CIC44987/2016TIBA MASANYA KE CICDewan Bandaraya Kuala LumpurPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201609/10343Lulus09/09/201613/09/201611:03:42
Girang syawal tiba25102/2015MYDIN Selamat Hari Raya Aidilfitri, Girang syawal tibaMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201506/08751Lulus23/06/201524/06/201510:49:35
ERA BAHARU PERODUA BAKAL TIBA - MEI 20157118/2015TiadaMajlis Bandaraya Petaling JayaPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201503/05053Lulus03/03/201504/03/201512:28:19
FORD VAGANZA - TAHUN BAHARU KINI TIBA!62124/2016SERVIS FORD ANDA BERSEMPENA DENGAN TAHUN BAHARU CINA INI DAN NIKMATI TAWARAN HEBAT DARIPADA KAMI.Majlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201612/11534Lulus08/12/201609/12/201609:14:32
Samurai Ayam45227/2015Samurai Ayam Kini Tiba. Samurai Burger Ayam.Pihak Berkuasa TempatanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201511/07120Lulus09/11/201511/11/201508:14:22
AMoffice25754/2014-Masa depan telah tiba. -Memperkenalkan kerusi pejabat yang canggih.Majlis Bandaraya Petaling JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201410/05965Lulus24/10/201427/10/201411:45:54
Jualan Hebat12273/20171. Corak Terbaharu Hari Raya Sudah Tiba 1 Mac Hingga 31 Mac 2017TiadaPakaianTiadaDBP/KPB/201703/15803Lulus13/03/201714/03/201710:12:00
GAINT BANNER JAKEL PROMOSI8399/2017KAIN BARU TELAH TIBAMajlis Bandaraya Johor BahruMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201702/12474Lulus17/02/201720/02/201708:36:24
Koleksi Raya19572/2016Koleksi Jati Hari Raya Sudah Tiba. Jom Pakat SinggahMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201604/12646Lulus25/04/201626/04/201609:14:26
JAKEL BELI AWAL TEMPAH AWAL2403/2017KAIN BARU TELAH TIBA 2017Majlis Bandaraya Johor BahruMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201701/13071Lulus13/01/201716/01/201709:13:37
123

Kembali ke atas